Wanita Itu Amanah Allah
Salam and good day!
Solat itu tiang agama.. Jika tak solat maka hilang lah agama mu.. Na'udzubiLlah!
"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"
Salam and good day!
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Tazkirah
Salam and good day!
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Info / Tips
Salam and good day!
SubhanaLlah, satu perkongsian yang menarik utk ditatap.. Bersedekah lah, insyaAllah Allah akan mencukupkan keperluan mu.. Yang penting yakinlah pada Allah.. Istiqomah dengan kebaikan..
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Salam and good day!
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan / Kegemaran
Salam and good day!
Ya Allah.. walaupun aku sering melupakanMu... Namun Engkau tetap setia dan tidak pernah meninggalkanku..
-Gambar Hiasan-
Seringkali kita temukan para mad'u (orang yang didakwah) yang menjauh dari para du'aat(pendakwah). Terkadang sering pula para pendakwah memandang gejala ini sebelah mata. Mereka menyalahkan para mad'u tanpa mereka memuhasabah kesalahan mereka.
Begitu juga dengan diri saya, ketika diri baru disapa hidayah dan tawfiq dari Allah bagi memikul tanggungjawab berdakwah, saya seringkali bersikap keras, bahkan membuat orang menjauhi dakwah yang dilakukan berbanding mendekati Islam.
Sehingga sampai suatu ketika, saya terkesan membaca kalam seorang ulama' yang amat saya sayangi, iaitulah Samahatu As-Syaikh Abd Aziz Ibn Baz RahimahuLLAH. Kata syaikh:
،هذا العصر: عصر الرفق، والصبر، والحكمة، وليس عصر الشدّة. الناس أكثرهم في جهل، في غفلة وإيثار للدنيا، فلا بدّ من الصبر”
ولا بدّ من الرفق؛ حتى تصل الدعوة، وحتى يبلغ الناس، وحتى يعلمو. ونسأل الله للجميع الهداية”. [مجموع فتاوى سماحته 8/376. و 10/91
Maksudnya: “Zaman ini, zaman berlemah-lembut, bersabar dan berhikmah. Bukan lagi zaman “Syiddah” (menggunakan kekerasan), manusia kebanyakannya dalam keadaan jahil, lalai dan mengutamakan dunia.
Maka para pendakwah mestilah bersabar, bersifat lemah-lembut, supaya dakwah kita dapat sampai kepada mereka dan sehingga mereka mengerti. Kami memohon kepada Allah SWT agar memberi hidayah kepada semua. ”(Majmu' Fatwa Ibn Baaz)
Seorang dai'e sepatutnya senantiasa berlemah lembut dalam berbicra dan menunjukkan sikap yang paling baik dan layak dijadikan contoh oleh orang sekelilingya, kerana da'ie yang baik ibarat sebuah 'magnet' yang hidup, yang senantiasa akan menjadikan orang tertarik kepada personaliti dan kebaikan yang ada pada dirinya. Lihatlah bagaimana Rasulullah Shallallahu 'Alayhi Wa Sallam, kemana sahaja baginda pergi, orang-orang tidak akan menyebut tentang baginda, kecuali tenang keelokan peribagi baginda yang agung.
Para da'ie juga perlu menginsafi dan merasakan perasaan yang sama yang dirasakan oleh mad'u nya, kerana tidak semua orang lahir dalam keadaan direzekikan oleh Allah dengan hidayah. Dan Rasulullah Shallallahu 'Alayhi wa Sallam mengambil masa yang lama untuk membentuk peribadi para sahabat, dan baginda tidak sama sekali berputus asa dan mengharapkan perubahan yang drastik, tetapi baginda konsisten dalam mentarbiyah jiwa-jiwa manusia yang ada di sekeliling manusia. Maka para dia'e yang telah merasa manisnya hidayah, jangan sesekali mencemuh, apatah lagi, menghina mad'u yang masih belum direzekikan untuk berkongsi rasa manisnya hidayah sebagaimana yang anda kecapi.
Justeru, marilah kita renungi kembali, sudah benarkah kaedah dakwah kita?Apakah ia akan menjadi sumbar hidaayah dan sumber saham akhirat kita, ataukah kitalah yang menjadi sebab musababnya terhalang hidayah Allah dari seseorang. Mudah-mudahan kita menjadi para penyeru Allah dan bukan menjadi 'tangan-tangan syaitan' yang jusgeru menambahkan lagi kerosakan kepada saudara yang seIman dengan kita. Untuk para da'ie, saya titipkan kata-kata ini, buat diri saya, dan buat kalian agar kita saling insaf:
"Sebahagian manusia, apabila dia mendapati pada dirinya hidayah, ia bersikap keras terhadap mereka yang masih lalai, seolahnya dia telah melupakan keadaan dirinya semasa belum mendapat hidayah. Beringat, berlembut dan berhikmahlah wahai du'aatal Islam!"
Sumber: SINI
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Motivasi / Tazkirah
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan
Salam and good day!
Keluarga bahagia
-Gambar Hiasan-
Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf Zahir dan Batin. Ramadhan yang berlalu belum pun sampai sebulan amat saya rindui. SubhanaLlah, betapa indahnya dan hebatnya cinta yang disulami sifat kehambaan kepadaNya.. Cinta kepada Allah itulah cinta yang hakiki.. Cinta pada manusia pasti ada cacat celanya.. Kerana manusia tidak pernah sempurna, dan penuh dengan kesilapan.. Allah tidak pernah merajuk dan kecewa pada kita, walaupun kita jarang sekali menyebut namaNya.. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku hanyut dan jauh dari rahmatMu, kerana tanpaMu sudah pasti aku binasa…
Di saat tangan ini galak menaip setiap patah perkataan, bercucuran air mata menitik dari mata ini… Entah lah, tiba-tiba terasa sayu, rindu, sedih, berharap… segala macam perasaan yang timbul..
AlhamduliLlah, awal bulan September ini saya telah memulakan operasi perniagaan setelah sebulan bercuti di bulan Ramadhan. Ini merupakan minggu kedua saya memulaka operasi. Walaupun agak lembab, maklumlah masing-masing dalam mood raya dan periksa.. jadi para pelajar saya ni ada lah yang culas nak ke kelas.. Kelas akan bermula seawal pukul 2.30 petang lagi, dan berakhir pukul 9.30 malam.
Tiap-tiap pagi rutin saya dalam 2 minggu ini adalah mengemas, menyapu dan mengemaskini fail dan akaun.. Bila semua kerja dah siap, saya berehat saje lah.. Nak surf internet pulak tak boleh, insyaAllah bulan depan kalau dimurahkan rezeki saya nak pasang wireless di pejabat. Bukan ape, sehari-hari hidup saya dihabiskan berada di pejabat. Cubalah bayangkan kalau tiada kemudahan yang baik nak membuat kerja.. Boleh ‘mati kutu’ dibuatnya.
Pagi ni sepertinya saya agak malas nak mengemas.. Entahlah, tak tahu nak buat ape.. saya pun mundar-mandir di dalam dan luar pejabat saya.. Terkeluar dari mulut saya ni, “Takdok orang nak cakap ke dengan aku ni..?” Tiba-tiba datanglah seorang pakcik lingkungan 70-an di depan pintu pejabat saya…
Assalamualaikum
Waalaikumussalam
Pejabat ape ni, Mek?
Ni pusat tuisyen pakcik…
oo… ade tuisyen ape sini..?
kat sini ade kelas cepat membaca, akademik dan mengaji
Mengaji mende?
Mengaji al-quran… (saya bayangkan pakcik ni ingatkan mengaji adalah belajar… bahasa orang zaman dulu)
Budak besar ade sini…?
Kat sini ada budak-budak sekolah rendah dan menengah..
Orang tua ade belajar sini..?
Setakat ni, takde lagi orang tua belajar mengaji sini… budak sekolah menengah je paling besar pun
Berapa sewa kat sini..?
AlhamduliLlah, tak sampai pun RM***… (memang saya takkan beritahu jumlah sewa yang sebenar pada orang asing bagi menjaga hati dan budi tuan rumah..)
Kalau sewa banyak tu, AlhamduliLlah lah… memang tuan rumah Mek ni memang nak jaga kebajikan dan buat baik lah..
AlhamduliLlah, memang betul pun
Die bagi sewa murah, lepas tu nak suruh orang mari belajar.. bila orang pandai die pun dapat syer pahala kebajikan
Haah.. betul tu pakcik (saya terkejut dan kagum dengan pakcik ni yang tiba-tiba nak start bagi saya tazkirah)
Dah Mek ni duduk mane? Anok sape Mek ni?
Saya duduk kat Kampung ABC.. Ayah saya orang Marang ni, kat Kampung XYZ. Biasa orang Marang ni panggil Ayah ABC ke ayah saye..
Hooo… Ayah ABC.. pakcik kenal sangat lah ayah Mek tu..
Oh ye ke.. pakcik ni sape?
Panggil Cikgu Syahir je (nama sebenar dirahsiakan).. Mek kawin dok lagi..? die menyambung
Belum lagi pakcik .. Jawab saya tersengih..
Mek kekgi nak cari laki, cari hok molek, ade akhlak, ade agama.. Jangan cari yang dok semayang, yang jahat
InsyaAllah pakcik, doakan saya juga.. Mesti cari hok molek..
Mek ni macam ayah Mek je.. Pakcik kenal ayah Mek tu.. memang baik die tu.. Mek kene jadi baik macam ayah Mek tu.. kene pandai jaga diri
InsyaAllah..saya cube.. (air mata saya bergenang, tak pernah lagi saya jumpe orang lain yang boleh saya panggil datuk menasihati saya sebegini.. terasa terus menusuk ke dalam hati segala nasihatnya… Ya Allah.)
Mek keje sendiri ni bagus lah..berdikari. Walaupun belajar kat universiti, tak mboh keje kerajaan tapi buka bisnes sendiri muda-muda gini..
Betul dah pakcik… saya suka bekerja sendiri.. mengajar sendiri
Yang penting kene jaga akhlak.. jangan buat jahat.. mulut kene cakap mende hok baik sokmo.. kalau orang buat jahat pada kite, kene sabar. Orang nak kate ape pun, kene sabar.. Allah tempat kite mengadu
InsyaAllah pakcik… betul tu pakcik.. (speechless lagi… rase nok menangis lalu je depan pakcik ni…)
Doh takpelah.. pakcik ade keje ni.. ingat lah mende pakcik kabo tadi.. cari calon suami yang baik, buat baik sokmo pada orang… jangan lupe kirim salam ke ayah..
insyaAllah pakcik… time kaseh banyak-banyak nasihat saya.. Jumpa lagi insyaAllah
Selesai saje perbualan yang tak terduga dengan pakcik tu, saya menangis semahunya… Tiba-tiba rindu pada arwah datuk yang dah meninggalkanku hampir 15 tahun yang lepas.. Ingat lagi arwah datuk semasa di hospital pernah berkata; “Tok nok sangat lah tengok cucu sulung tok kawin dulu sebelum tok pergi…”.. Saya ketika itu masih di Tingkatan 3, hanya tersenyum malu dan tidak mengerti apa-apa.. Saya memang agak rapat dengan arwah tok. Saya merupakan cucu sulung sebelah ibu saya. Nama saya pun arwah tok yang berikan.
Saya dijaga oleh tok dari kecil sehinggalah darjah 2 di Kemaman. Memang dari kecil saya rapat dengan tok, dan agak terasing dari keluarga saya yang ketika itu berada di Kuala Terengganu. Banyak sangat pengorbanan dan kasih sayang tok pada saya.. Pernah suatu masa dulu masa kecik di bulan Ramadhan saya dilatih berpuasa.. Hari tu saya dan tok pergi ke shopping complex.. Saya tunjuk pada atuk nak beli coklat Ferrero Rocher yang mahal sebab terliur.. Oleh kerana sayangkan cucu, atuk saya belikan juga.. Masa berbuka atuk larang orang lain makan kerana mahu saya habiskan coklat itu dan makan sepuas-puasnya.. Atuk tak mampu nak beli banyak coklat tu, mampu beli sebekas saja untuk saya makan seorang sepuas-puasnya.. Ye lah, masa tu saya masih kecil dan tidak tahu erti kesusahan.. walaupun kadang-kadang tidak tahu perbuatan dan perkataan saya ketika itu menyusahkan datuk… Kalau lah boleh diberi peluang untuk berbakti pada tok dan nenek, insyaAllah saya akan gunakan peluang tersebut sebaiknya dan jaga mereka baik-baik..
Ya Allah, rahmatilah dan sejahterakanlah roh datuk dan nenek ku.. lindungilah mereka dan kasihani lah mereka.. tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang diberi rahmat dan perlindungan olehMu.. Perkenankanlah doa ku Ya Allah…
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Diari Kehidupan