Cara Mudah Mencari Mukasurat dalam Al-Quran
  Nak  kongsikan ngan kawan2 semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa  Allah. Bila dah jumpa xdak apa yang kluar dari mulut saya ni melainkan  hanya perkataan SUBHANALLAH..
 Al-Quran  adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda  yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga  Sunnah. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran  kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah  kalam Allah bukan diciptakan manusia
 Tip  yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap  juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan  formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk  Al-Quran.
 Contoh 1
 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
 Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
 Contoh 2
 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
 Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
 Contoh 3
 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
 Subhanallah, sungguh menakjubkan.

 



0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?