Sepetang @ Batu Burok
AlhamduliLlah, petang kelmarin saya sempat be-rehlah di Pantai Batu Burok.. Kalau mai KT ni, mmg tempat tumpuan orang lah pantai ni. Mcm2 ada.. taman permainan, pelbagai jenis restoran biasa dan makanan segera, main kuda, rekreasi,dll.. Sangat sesuai untuk seisi keluarga beriadah.. Orang muda yang melepak saje, tapi ada juga untuk pelbagai aktiviti berfaedah yang dapat mengeratkan silaturrahim..
Saya ni lalu je pantai ni kalau nak shortcut ke bandar... takde keinginan pun nak berenti sebab ramai sangat orang.. rimas jugak... tu belum kalau terserempak dengan orang dating atau buat projek..huhu.. Lagipun, saya banyak keluar sorang-sorang untuk uruskan hal bisnes atau jamaah..
Cuma kali ini, waktu yang agak sesuai kerana hari Khamis dan tidak ramai yang tertumpu ke pantai ni.. Terasa pantai tu milik kami yang punye..hehe.. Saya sebenarnya nak meraikan sahabat lama saya (junior saya di UTP dulu).. Ein namanya.. Die bekerja di Sabah, berkursus selama seminggu di Terengganu. Asal orang Johor.. Saya ni dah lama sebenarnya tak jumpe sahabat-sahabat lama.. kecuali beberapa orang saje di Kerteh atau Paka sana... Lama tak jumpa kadang-kadang janggal dan segan pun ade.. Dah lama saya 'menyendiri' dari menghadiri mana-mana program alumni kampus saya... Tak pernah terlintas di hati ni nak futur dari perjuangan.. Na'udzubiLlah.. Cuma mungkin ade lah beberapa perkara yang membuatkan hati saya 'dingin'...
Merajuk..? Saya ni bukan jenis cepat merajuk.. mungkin sensitif la.. Namun saya jenis yang mudah untuk memujuk diri.. Namun, bila seseorang berlaku 'kurang ajar' pada saya.. Memang saya tak dapat terima.. Ye, mungkin saya memaafkan orang tu, tapi lepas tu mmg saya akan menyendiri dan tidak ingin berjumpa orang tersebut lagi.. Saya tidak mahu, hati saya yang dipujuk ni kembali berdarah dan pedih.. AstaghfiruLlah.. Memang itu kelemahan saya.. Saya tidak suka dan TIDAK boleh berpura-pura.. Orang lain mungkin boleh berlakon gembira, namun dari riak muka saya walaupun 'berlakon' memang TIDAK MENJADI.. Jadi lain pulak nantinya.. Sebab itu saya ambik jalan selamat, biarlah saya MENJAUH.. hmmm..
Masa kami sampai, majoriti yang makan sepanjang kedai adalah lelaki...
Diorang tengok kami ni mcm makhluk asing kot.. tengok macam dok pernah tengok orang..huhu
Ni lah junior saya, Ein (tudung hitam).. Seronok die jumpa kami.. Terutamanya berjumpa saya, setelah sekian lama terpisah..
Sotong celup tepung..
Makanan kat sini tak lah berapa best sangat.. tak fresh berbanding area Wakaf Tengah tu... tapi ni je pilihan paling tepat kami ada.. makan je lah..
Cendawan celup tepung...
Harga makanan sini pun boleh tahan jugak 'murahnya'... nak cekik darah orang!
Arwah datuk yang namakan saya.. Maklumlah cucu sulung..
masa kecik2 dulu saya tak suka nama saya, maklumlah nama tak glemer..
ala.. zaman budak tau ape kan...
dah besar, baru saya bersyukur betapa bermaknanya nama HIDAYAH..
moga HIDAYAH Allah sentiasa bersamaku... insyaALlah..
Maksud die ni.. Fatihah sayangkan kak in-in...hehe
tapi yang klakarnye kak in-in... Kak Ein la sayang woi...