Kursus Pra Perkahwinan
Salam and good day!
Kursus pra perkahwinan.. Bukan saje-saje nak promote
orang dalam gambar ni yee.. :)
-Gambar Hiasan-
KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM
Tarikh:
29 & 30 April 2011
29 & 30 Julai 2011
14 & 15 Oktober 2011
Tempat:
Kuala Terengganu sahaja
Yuran:
Masih lagi RM50.00
Berminat untuk menyertai?
Hubungi:
09-6262 590 / 013-992 5813
Anjuran:
Raudhah Ilmi Enterprise
dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
AlhamduliLlah dapat jugak update blog hari ni.. Maklumlah orang busy katekan..hehe. Baru je selesai menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Balakong, Selangor. Tak sangka dapat bersaudara dengan orang Boyan pulak. InsyaAllah saya akan post artikel special pasal majlis tu..
Sebut kursus kahwin ni, mesti orang yang dekat-dekat nak kahwin baru sibuk nak pergi kursus. Tak perlu tunggu-tunggu nak pergi kursus ni.. Saya dah 4 tahun lepas kot ambik kursus kahwin ni, di KUSTEM (sekarang UMT). Masa tu batch paling ramai join kursus kahwin anjuran syarikat dengan kerjasama JHEAT. Lebih kurang 200 lebih. Penuh dewan kuliah masa tu.. Teringat kembali masa zaman universiti dulu-dulu..huhu.
Kenapa ya kene pergi kursus kahwin? Susah-susah je.. kahwin terus kan senang..hehe. Gitu lah pikiran orang yang nak senang je.. Bagi saya, tarbiyyah sejak dari awal pembinaan keluarga itu penting untuk memastikan generasi yang lahir selepas itu adalah yang soleh dan solehah. Masa kursus dan sebelum akad pasangan perlu diingatkan akan tanggungjawab masing-masing. Kalau orang yang ada agama, insyaAllah semua ilmu dah ada dalam kepala.. Tapi bagaimana pulak dengan orang yang jahil? Siapa yang nak ingatkan mereka? Gitu lah kirenye..
Kahwin itu sunnah nabi dan fitrah manusia. Jadi apa-apa sahaja yang membawa kebaikan maka buatlah... cuma jangan sampai menyusahkan nak kahwin. Ok, dah lah pasal kahwin ni... Sape2 yang nak join kursus ni, silakan contact nombor yang saya tulis kat atas tu.. Terbuka kepada semua, terutamanya orang Terengganu atau bakal suami/isteri orang Terengganu.. :)
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?