"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Kenali Cikgu Mala

Salam and good day!





Lebih 20,000 mengiringi Cikgu Mala
LABIS- Lebih 20,000 orang ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat hadir mengiringi calon PAS Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis, disini.




Perarakan bermula pada jam 8.18 pagi selepas selesai silat hajat dan munajat yang diadakan di Dataran PAS Labis berhampiran Markaz Besar Pilihanraya.


Sebelum perarakan dimulakan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berucap memberikan kata-kata semangat kepada hadirin.




Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat turut bersama ribuan penyokong antaranya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Mahfoz.



Perarakan tiba di hadapan bangunan Majlid Daerah Labis pada jam 9.30 pagi.




























Sekitar Proses Penamaan Calon PRK Tenang

Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria


Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat.


8.02 am: Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

8.06 am: Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.15 am: Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.

8.20 am: Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.23 am: Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.

8.28 am: Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.


8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.

8.40 am: Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.

8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.


8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.


Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.


8.50 am:
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

8.54 am: Perarakan kini tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.

9.02 am: Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.


9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.


Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.07 am:
Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

9.12 am: Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.50 am: Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

10.00 am:
Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

10.05 am:
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.10 am:
Calon PAS Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10.40 am: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.

10.55 am:
Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR memberitahu menerima bantahan tetapi selepas meneliti, tiada pencalonan yang ditolak.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

11.30 am: Normala pada sidang medianya memberitahu, sekurang kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang, kedua- menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan mewakili suara majoriti guru di Labis.

Tambahnya lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.

11.40 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

12.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari.

Sila klik link di bawah untuk mengenali Cikgu Mala;

KENALI CALON PRK N.05 TENANG PAS

Kepada semua warga Dun Tenang, selamat mengundi. Undilah calon yang berwibawa dan ikhlas memimpin anda semua. Hargailah peluang anda untuk mengundi!


0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?