It's Called Mindset
Salam and good day!
As my friend was passing the elephants, he suddenly stopped, confused by the fact that these huge creatures were being held by only a rope tied to their legs. It was obvious that the elephants could, at anytime, break away from the ropes they were tied to but for some reason, they did not. My friend saw a trainer nearby and asked why these beautiful, magnificent animals just stood there and made no attempt to get away.
“Well”, he said, “when they are very young and much smaller we use the same size rope to tie them and at that age, it’s enough to hold them. As they grow up, they are conditioned to believe they cannot break away. They believe the rope can still hold them, so they never try to break free”. My friend was amazed. These animals could at any time break free from their bonds but because they believed they couldn’t, they were stuck right where they were. The powerful and gigantic creature has limited its present abilities by the limitations of its past.
Like the elephants, how many of us go through life holding onto a belief that we cannot do something, simply because we failed at it once before? How many of us refuse to attempt something new and challenging because of our so called MINDSET?
Your attempt may fail, but never fail to make an attempt..
Choose not to accept the false boundaries and limitations created by the past..
Bertemu lagi kita dalam satu lagi tazkirah motivasi setelah lama tiada khabar berita.. huhu. Sedih benar saya sebab tak pandai uruskan masa sendiri (walaupun alasannya sibuk), terutamanya membiarkan saja artikel-artikel yang telah dikumpul untuk dikongsi bersama menjadi ‘basi’..dah tak releven untuk di post kan. Tapi tak mengapa… seperti teladan kisah hari ni.. jangan sesekali mengalah!
Nak buat sesuatu yang baik memang banyak je halangan dan cabaran.. Pernah sekali saya hulurkan minyak But-But untuk merawat luka seseorang.. Tiba-tiba orang tersebut ‘mempersendakan’ saya..
buk-buk? Minyak mende ni…? Mu ambik mane gok minyak ni..?
huwaaa… rasa nak luruh hati dan jantung ni.. saya hanya tersenyum kelat. Nak cakap banyak-banyak kang jadi macam penjual ubat pulak… biar masa dan waktu yang tentukan… itu yang saya selalu pegang. Bila kita dah terkena batang hidung sendiri, barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah. Allah Maha Mengetahui niat saya.. redha Allah yang kite cari bukan..?
sebagai contoh jugak semasa mula-mula saya menjadi 'bidan terjun' dalam bidang pendidikan swasta ni… saya memang mula-mula kurang berminat nak jadi guru ni. Maklumlah tengah fresh dari U, berangan-angan nak jadi System Analyst lah… jadi boss lah, dll. Tapi rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Contohnya Khairul Fahmi tu, tuah die dulu takde sape nak pandang die…penuhkan bangku simpanan je. Peluang die beraksi mula-mula dulu pun, sekadar terpaksa kerana tiada lagi yang dapat diharapkan. tapi berkat usaha gigih, semangat juang dan keyakinan die.. akhirnya tiada sapa mampu menolak rezeki yang Allah kurniakan kepadanya.. masuk topic bola pulak dah..!
berbalik pada kisah guru tadi… bermula dari ‘nak tolong kawan’ akhirnya menjadi igauan..hehe. nak dikatakan jodoh agaknya gitulah. Lama-kelamaan bidang pendidikan ni menjadi sebati dengan jiwa saya. Walaupun berniaga adalah 9/10 daripada pintu rezeki, nak Berjaya bukannya mudah. Rasanya berbesen-besen air mata saya tumpah kerana berperang dengan emosi, keadaan sekeliling, persepsi orang, dll lah. Tu belum masuk kerenah tuan rumah, penyewa lain yang banyak auta nya, mak ayah budak yang banyak songeh, budak-budak yang kurang ajarnya..dll. Kalau ikutkan akal pendek, dah lama saya give up. Tapi Allah sentiasa membantu saya. Saya selalu berfikir, pasti ada sebabnya Allah campakkan aku ke sini! Sekiranya apa yang aku lakukan ini baik untuk dunia dan akhirat ku..maka Kau tolong dan bantulah aku Ya Allah..!
sebenarnya dalam hidup ni adalah apa yang kita pilih untuk menjalani kehidupan. Kalau kita nak Berjaya, maka kita akan berusaha. Kalau kita tak pandai bercakap, kita pasti akan gilap skill komunikasi kita supaya tidak gugup bercakap dengan pelanggan. Kalau tak cantik, kita pasti akan pakai cantik dan bersolek supaya nampak cantik. Kalau banyak duit sanggup pergi spa buat rawatan,dll. Sebenarnya kalau kita rasa kita cantik (bukan untuk riak, it’s about mindset) memang kita akan cantik! Orang tengok muka kite sentiasa ceria, walau kulit gelap tapi menawan.. apa guna kalau kulit putih melepak tapi muka banyak jerawat dan pucat lesi…? Lagi parah mulut muncung menyombong kalah itik!
Nak Berjaya perlukan 1001 cara, bukan 1001 alasan! Saya takut lah. Saya segan lah. Saya benci lah. Saya itu lah. Saya ini lah. Macam-macam saya lah…! Patutnya begini.. saya mesti itu. Saya kena ini. Saya pasti boleh. Dan lain-lain saya jugaklah..hehe. namun, walaupun kita yakin pada diri sendiri, ingatlah pertolongan Allah lah yang kita pinta. Walau sehebat mana perancangan kita, tetapi tanpa izinNya maka tidak akan terjadi. Sebab itu lah, kalau kita nak Berjaya.. kena sentiasa mengharapkan pertolongan dan kasihNya sentiasa mengiringi kejayaan kita..insyaAllah.
Saya bukanlah hebat sangat nak tazkirah orang ni.. sebenarnya nasihat ni untuk diri saya terutamanya, dan untuk renungan anda semua. Bukankah Allah suka orang yang sentiasa menyebarkan kebaikan..? kalau takut kena uji, jangan cakap.. tapi nak jadi orang yang beriman, kene lulus ujian kan…? Sebab tu lah hidup ni, tak boleh nak mengelak.. kita perlu tempuhi dan hadapi setiap cabaran supaya kita boleh dan lebih bersedia. insyaAllah kalau kita ikhlas nak baiki kesilapan dan kelemahan, PASTI Allah akan tolong. Pendek kata, SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH! Wassalam.
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?