"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Hikmah Dalam Berdakwah

Salam and good day!

Dakwah kontemporari... Zaman sekarang nak tarik minat masyarakat
mendekati Islam mestilah mengikut selera mereka,
tapi mengikut acuan Islam..
- Gambar Hiasan -




Hikmah Dalam Berdakwah

Seorang pelajar madrasah tergesa-gesa ingin pulang ke kampungnya.
“Di kampung saya muncul seorang guru yang sesat yang telah mempengaruhi saudara dan teman-teman saya. Saya perlu pulang segera untuk mencegah kemungkaran!”





“Sabar dulu. Aku ingin mengajarmu sedikit lagi tentang hikmah,”
kata gurunya.





“Tak sempat. Saya perlu cepat!” si pelajar segera bergegas pulang ke kampungnya. Di sana dilihatnya guru yang sesat itu sedang mengajar.





“Aku ahli syurga. Aku telah nampak syurga dengan mata kepalaku. Sesiapa yang mengikut ajaranku akan masuk ke syurga. Kamu harus berbakti kepadaku dengan menyerahkan segala harta dan tenagamu.” Begitulah kata-kata guru yang sesat itu.




Apalagi, dia pun berteriak dengan lantang, “kamu sesat! Tidak ada siapapun yang selamat jika mengikut ajaranmu!”




“Berani kau membantah kata-kata ahli syurga! Wahai pengikut-pengikutku, ajar pemuda yang kurang ajar ini!” perintah guru itu kepada para pengikutnya. Para pengikut guru yang sesat itu segera bertindak. Mereka menumbuk, menampar dan menendang si pemuda yang berani mengecam guru mereka.





Dengan tubuh dan muka yang berlumuran darah dan tangan yang patah, pelajar itu kembali ke madrasah pengajiannya. “Aku dipukul oleh pengikut setia ajaran sesat,” adu pelajar itu kepada gurunya.





“Dalam usaha mencegah kemungkaran, kita bukan sahaja perlukan keberanian tetapi ilmu serta kebijaksanaan. Mari kita berangkat ke sana!”





Sesampai sahaja di sana mereka terus ke tempat guru sesat itu mengajar. “Saya ahli syurga. Saya boleh beri jaminan bahawa sesiapa yang sayang dan berbakti kepada saya akan masuk syurga. Sebelum kamu bertaubat kepada Allah, kamu wajib bertaubat kepada saya,” kata guru sesat itu.




“Ya tuan memang ahli syurga,” tiba-tiba suara guru pelajar itu kedengaran dari belakang. Para pengikut guru yang sesat itu berpaling. Mereka lihat seorang lelaki yang belum mereka kenali mengucapkan perkataan itu.




Si guru itu tersenyum sambil berkata, “Saya datang dari jauh untuk bertemu dengan ahli syurga. Guru di tempat saya berpesan, apabila bertemu dengan tuan, tidak cukup kita menyerahkan harta dan memberikan tenaga kepada tuan, tetapi mesti mengambil cenderahati sebagai bukti kecintaan daripada tuan!”




“Bukti kecintaan daripada saya? Silakan,” kata guru sesat itu dengan senang hati.




“Guru saya berpesan, jika hendak masuk syurga bersama tuan, hendaklah ada pada kami sehelai bulu daripada mana-mana bahagian tubuh tuan sebagai berkat.”




Sebaik sahaja berkata demikian, dia terus meluru ke hadapan dan menarik janggut guru sesat itu sambil berkata, “Ayuh saudara-saudara! Mari kita cabut sebarang bulu pada kulit tuan guru kita sebagai bekalan menuju syurga!”




Mendengar seruan itu, semua pengikut yang taksub itu meluru dan menerpa guru mereka. Ada yang mencabut rambut, bulu dada, bulu ketiak dan bermacam-macam lagi.




“Aduh! Aduh! Sakit! Sakit!” jerit guru sesat itu. Tetapi orang ramai tidak peduli. Mereka ingin masuk syurga. Dagu dan kepala guru sesat itu luka-luka. Darah mengalir. Badannya dihenyak, bahkan kainnya hampir dilondehkan.




“Jangan! Jangan! Aku bukan ahli syurga. Jangan cabut bulu-buluku! Aku sakit! Aku sakit!” jerit guru sesat itu.




“Dengar tu saudara-saudara semua! Semua ini tipu belaka. Dia manusia biasa macam kita juga. Syurga hanya diraih dengan ketaatan yang ikhlas kepada Allah. Jangan bertuhankan manusia,” kata si guru kepada pengikut-pengikut guru sesat itu.




Sambil merenung pelajarnya dia bertanya, “Sekarang kau mengerti?” “Ya, sekarang saya mengerti apa itu hikmah.”





Pengajaran:
Dalam berdakwah perlu disepadukan dengan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, kebenaran akan ditolak. Dan yang paling penting, jangan gopoh melakukan sesuatu tindakan, walaupun apa yang ingin dilakukan demi kebenaran… kene ada strategi.




Sumber: Majalah Solusi No.23

Read More......

Kenali Cikgu Mala

Salam and good day!





Lebih 20,000 mengiringi Cikgu Mala
LABIS- Lebih 20,000 orang ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat hadir mengiringi calon PAS Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis, disini.




Perarakan bermula pada jam 8.18 pagi selepas selesai silat hajat dan munajat yang diadakan di Dataran PAS Labis berhampiran Markaz Besar Pilihanraya.


Sebelum perarakan dimulakan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berucap memberikan kata-kata semangat kepada hadirin.




Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat turut bersama ribuan penyokong antaranya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Mahfoz.



Perarakan tiba di hadapan bangunan Majlid Daerah Labis pada jam 9.30 pagi.




























Sekitar Proses Penamaan Calon PRK Tenang

Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria


Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat.


8.02 am: Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

8.06 am: Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.15 am: Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.

8.20 am: Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.23 am: Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.

8.28 am: Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.


8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.

8.40 am: Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.

8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.


8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.


Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.


8.50 am:
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

8.54 am: Perarakan kini tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.

9.02 am: Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.


9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.


Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.07 am:
Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

9.12 am: Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.50 am: Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

10.00 am:
Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

10.05 am:
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.10 am:
Calon PAS Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10.40 am: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.

10.55 am:
Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR memberitahu menerima bantahan tetapi selepas meneliti, tiada pencalonan yang ditolak.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

11.30 am: Normala pada sidang medianya memberitahu, sekurang kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang, kedua- menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan mewakili suara majoriti guru di Labis.

Tambahnya lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.

11.40 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

12.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari.

Sila klik link di bawah untuk mengenali Cikgu Mala;

KENALI CALON PRK N.05 TENANG PAS

Kepada semua warga Dun Tenang, selamat mengundi. Undilah calon yang berwibawa dan ikhlas memimpin anda semua. Hargailah peluang anda untuk mengundi!


Read More......

The Japanese & Fish Story

Salam and good day!


- Gambar Hiasan -





The Japanese have always loved fresh fish. But the waters close to Japan have not held many fish for decades. So to feed the Japanese population, fishing boats got bigger and went farther than ever.




The farther the fishermen went, the longer it took to bring in the fish. If the return trip took more than a few days, thefish were not fresh.





The Japanese did not like the taste.




To solve this problem, fishing companies installed freezers on their boats.




They would catch the fish and freeze them at sea. Freezers allowed the boats to go farther and stay longer. However, the Japanese could taste the difference between fresh and frozen and they did not like frozen fish.




The frozen fish brought a lower price. So fishing companies installed fish tanks. They would catch the fish and stuff them in the tanks, fin to fin. After a little thrashing around, the fish stopped moving. They
were tired and dull, but alive.




Unfortunately, the Japanese could still taste the difference. Because the fish did not move for days, they lost their fresh-fish taste. The Japanese preferred the lively taste of fresh fish, not sluggish fish.




So how did Japanese fishing companies solve this problem? How do they get fresh-tasting fish to Japan? If you were consulting the fish industry, what would you recommend?




How Japanese Fish Stay Fresh:

To keep the fish tasting fresh, the Japanese fishing companies still put the fish in the tanks. But now they add a small shark to each tank. The shark eats a few fish, but most of the fish arrive in a very lively state. The fish are challenged.




Have you realized that some of us are also living in a pond but most of the time tired and dull, so we need a Shark in our life to keep us awake and moving? Basically in our lives Sharks are new challenges to keep us active and taste better...




The more intelligent, persistent and competent you are, the more you enjoy a challenge.




"If your challenges are the correct size, and if you are steadily conquering those challenges, you are Conqueror. You think of your challenges and get energized. You are excited to try new solutions. "





Read More......

Pakar Menjelaskan Impak Kenaikan Harga Minyak

Salam and good day!



Sila klik pada gambar untuk membaca lebih jelas.

Saya SUKA Matematik.... :)


Hari ni seharian berkurung di rumah. Deman, batuk, selesema. Pakej lengkap sekaligus. Kelmarin, suhu badan 39 degree. Panasnya badan hanya Allah sahaja yang tahu. Badan terasa seram sejuk. Guna selimut tebal pun tak berpeluh-peluh jugak. Hari ni baru lah keluar sikit peluh, rasa kurang panasnya. Tak pernah lagi demam sepanas ni...

Doakan moga saya cepat sembuh, banyak urusan yang perlu dibereskan... Bukan saja kerja dunia, malah kerja untuk Akhirat pun tergendala seketika. InsyaAllah rehat seketika ni saya guna sebaiknya... mungkin ujian ini supaya saya dapat membina kembali motivasi diri (sebenarnya agak down beberapa hari sebelum ni kerana masalah peribadi) dan rehatkan badan supaya lebih sihat...insyaAllah.


Read More......

Isu Azan: Najib gagal pertahan syiar Islam

Isu Azan: Najib gagal pertahan syiar Islam

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal dengan sikap Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya mempertahankan syiar Islam dalam isu bantahan Azan di Masjid Al Ikhlasiah, Lembah Pantai.



Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sangat malang bagi rakyat Malaysia yang majoriti Islam, namun perdana menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.



"Kita merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan," katanya.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu bantahan azan yang didakwa 'terlalu lantang' di Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi oleh seorang peguam yang didakwa ahli MCA aeumur hidup.



Peguam tersebut yang tinggal di pangsapuri Pantai Hill Park juga didakwa menghantar terus surat aduannya kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jawi.



Difahamkan, setelah perbincangan diadakan, pihak masjid kemudiannya diarah memperlahankan pembesar suara di masjid tersebut.



"Kita mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Jawi tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN?



"Isu ini membuktikan bahawa Umno bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam, kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya.



Menurut Suhaimi lagi, seluruh umat Islam tidak boleh menerima dan merasa terpukul dengan arahan tersebut yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.



"Bagi kaum bukan Islam, azan tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah syiar Islam.



"Sama seperti agama Kristian dan Hindu yang membunyikan loceng tatkala waktunya, kaum Tionghua yang membakar mercun pada masanya, bagi umat Islam azan adalah kaedah bagi menandakan masuk waktu bersembahyang," terangnya lagi.



Beliau turut mempersoal, mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA, pihak Jawi dengan serta merta mengarahkan azan diperlahankan.



Apa yang dibimbangi ujarnya, jika aduan sama dibuat kepada masjid-masjid di tempat lain tindakan dan arahan sama akan turut dibuat oleh pihak berkuasa agama.



"Kita bimbang sekiranya berlaku nanti ada masjid terpaksa dibuang pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk sekitar dan pihak kerajaan melayan tuntutan mereka," jelasnya.


Read More......

PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

Salam and good day!


Wanita solehah hiasan di dunia, bidadari di Syurga...
- Gambar Hiasan -


1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."


2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.


3. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.


4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.


Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerahkan dgn tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...


WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangta perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."


Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunnatnya."


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.


Nabi S.A.W. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah S.A.W. dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"


Beliau bersabda: -

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.


2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.


3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.


4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.


5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.


6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.


7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.


8.Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.


9.Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu."


Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.


2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.


3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


4.Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.


6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.


7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.


8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.


9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.


10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.


Dan ada diantara isteri nabi-nabi yg mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.


Diantara sifat buruk mereka: -

1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.


2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.


Wallahua'lam.

Read More......

It's Called Mindset


Salam and good day!


-Gambar Hiasan-


As my friend was passing the elephants, he suddenly stopped, confused by the fact that these huge creatures were being held by only a rope tied to their legs. It was obvious that the elephants could, at anytime, break away from the ropes they were tied to but for some reason, they did not. My friend saw a trainer nearby and asked why these beautiful, magnificent animals just stood there and made no attempt to get away.



Well”, he said, “when they are very young and much smaller we use the same size rope to tie them and at that age, it’s enough to hold them. As they grow up, they are conditioned to believe they cannot break away. They believe the rope can still hold them, so they never try to break free”. My friend was amazed. These animals could at any time break free from their bonds but because they believed they couldn’t, they were stuck right where they were. The powerful and gigantic creature has limited its present abilities by the limitations of its past.



Like the elephants, how many of us go through life holding onto a belief that we cannot do something, simply because we failed at it once before? How many of us refuse to attempt something new and challenging because of our so called MINDSET?



Your attempt may fail, but never fail to make an attempt..


Choose not to accept the false boundaries and limitations created by the past..




Bertemu lagi kita dalam satu lagi tazkirah motivasi setelah lama tiada khabar berita.. huhu. Sedih benar saya sebab tak pandai uruskan masa sendiri (walaupun alasannya sibuk), terutamanya membiarkan saja artikel-artikel yang telah dikumpul untuk dikongsi bersama menjadi ‘basi’..dah tak releven untuk di post kan. Tapi tak mengapa… seperti teladan kisah hari ni.. jangan sesekali mengalah!



Nak buat sesuatu yang baik memang banyak je halangan dan cabaran.. Pernah sekali saya hulurkan minyak But-But untuk merawat luka seseorang.. Tiba-tiba orang tersebut ‘mempersendakan’ saya..



buk-buk? Minyak mende ni…? Mu ambik mane gok minyak ni..?



huwaaa… rasa nak luruh hati dan jantung ni.. saya hanya tersenyum kelat. Nak cakap banyak-banyak kang jadi macam penjual ubat pulak… biar masa dan waktu yang tentukan… itu yang saya selalu pegang. Bila kita dah terkena batang hidung sendiri, barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah. Allah Maha Mengetahui niat saya.. redha Allah yang kite cari bukan..?



sebagai contoh jugak semasa mula-mula saya menjadi 'bidan terjun' dalam bidang pendidikan swasta ni… saya memang mula-mula kurang berminat nak jadi guru ni. Maklumlah tengah fresh dari U, berangan-angan nak jadi System Analyst lah… jadi boss lah, dll. Tapi rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Contohnya Khairul Fahmi tu, tuah die dulu takde sape nak pandang die…penuhkan bangku simpanan je. Peluang die beraksi mula-mula dulu pun, sekadar terpaksa kerana tiada lagi yang dapat diharapkan. tapi berkat usaha gigih, semangat juang dan keyakinan die.. akhirnya tiada sapa mampu menolak rezeki yang Allah kurniakan kepadanya.. masuk topic bola pulak dah..!



berbalik pada kisah guru tadi… bermula dari ‘nak tolong kawan’ akhirnya menjadi igauan..hehe. nak dikatakan jodoh agaknya gitulah. Lama-kelamaan bidang pendidikan ni menjadi sebati dengan jiwa saya. Walaupun berniaga adalah 9/10 daripada pintu rezeki, nak Berjaya bukannya mudah. Rasanya berbesen-besen air mata saya tumpah kerana berperang dengan emosi, keadaan sekeliling, persepsi orang, dll lah. Tu belum masuk kerenah tuan rumah, penyewa lain yang banyak auta nya, mak ayah budak yang banyak songeh, budak-budak yang kurang ajarnya..dll. Kalau ikutkan akal pendek, dah lama saya give up. Tapi Allah sentiasa membantu saya. Saya selalu berfikir, pasti ada sebabnya Allah campakkan aku ke sini! Sekiranya apa yang aku lakukan ini baik untuk dunia dan akhirat ku..maka Kau tolong dan bantulah aku Ya Allah..!



sebenarnya dalam hidup ni adalah apa yang kita pilih untuk menjalani kehidupan. Kalau kita nak Berjaya, maka kita akan berusaha. Kalau kita tak pandai bercakap, kita pasti akan gilap skill komunikasi kita supaya tidak gugup bercakap dengan pelanggan. Kalau tak cantik, kita pasti akan pakai cantik dan bersolek supaya nampak cantik. Kalau banyak duit sanggup pergi spa buat rawatan,dll. Sebenarnya kalau kita rasa kita cantik (bukan untuk riak, it’s about mindset) memang kita akan cantik! Orang tengok muka kite sentiasa ceria, walau kulit gelap tapi menawan.. apa guna kalau kulit putih melepak tapi muka banyak jerawat dan pucat lesi…? Lagi parah mulut muncung menyombong kalah itik!



Nak Berjaya perlukan 1001 cara, bukan 1001 alasan! Saya takut lah. Saya segan lah. Saya benci lah. Saya itu lah. Saya ini lah. Macam-macam saya lah…! Patutnya begini.. saya mesti itu. Saya kena ini. Saya pasti boleh. Dan lain-lain saya jugaklah..hehe. namun, walaupun kita yakin pada diri sendiri, ingatlah pertolongan Allah lah yang kita pinta. Walau sehebat mana perancangan kita, tetapi tanpa izinNya maka tidak akan terjadi. Sebab itu lah, kalau kita nak Berjaya.. kena sentiasa mengharapkan pertolongan dan kasihNya sentiasa mengiringi kejayaan kita..insyaAllah.



Saya bukanlah hebat sangat nak tazkirah orang ni.. sebenarnya nasihat ni untuk diri saya terutamanya, dan untuk renungan anda semua. Bukankah Allah suka orang yang sentiasa menyebarkan kebaikan..? kalau takut kena uji, jangan cakap.. tapi nak jadi orang yang beriman, kene lulus ujian kan…? Sebab tu lah hidup ni, tak boleh nak mengelak.. kita perlu tempuhi dan hadapi setiap cabaran supaya kita boleh dan lebih bersedia. insyaAllah kalau kita ikhlas nak baiki kesilapan dan kelemahan, PASTI Allah akan tolong. Pendek kata, SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH! Wassalam.

Read More......