"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Salam and good day!



-Gambar Hiasan-



Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)






Sama-sama hayati kisah ni...




Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.




Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.



Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.



Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?




"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..



Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".




Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya."



Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."



Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.




Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .



PENGAJARAN
Orang yang mengaku beriman pasti akan diujiNya. Siapa yang benar-benar ikhlas inginkan keredhaan Allah insyaAllah pasti berjaya mengharungi setiap ujianNya. Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. InsyaAllah peringatan untuk diri sendiri.



Read More......

2 Jenis Cermin

Salam and good day!




Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai. Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.


Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?

Mengapa Cermin Dicipta?
Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?


Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.


Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?


Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh." [1]


Cermin yang betul dan Cermin yang salah

Cermin yang betul, apabila memandangnya, kita mampu menginsafi akan kelemahan diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah bersih melihat wajah kawannya yang kotor itu.Jika kita ada seorang kawan yang baik sifatnya, maka mereka adalah cermin untuk menilai apa yang masih kurang pada diri. Jika kawan itu kurang baik pula sifatnya, ia tetap boleh menjadi cermin bagi mengingatkan adakah kita juga begitu sebenarnya?


Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu muhasabah diri.Cermin yang salah pula, apabila memandangnya, kita semakin berbangga akan kesempurnaan palsu pada diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah kotor melihat wajah kawannya yang bersih itu.Dalam kes ini, kawan di sekeliling dijadikan cermin untuk melihat betapa sempurnanya diri kita jika dibandingkan dengan mereka. Pada akhirnya, cermin yang salah ini dijadikan justifikasi untuk kita kekal di takuk lama.


Kata kita kepada diri sendiri, "Aku ni kira baguslah. Kalau nak dibandingkan dengan si polan yang duduk seberang jalan, lagi macam setan dia tu!"Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu syok sendiri akan kesempurnaan diri.



---Nota Kaki[1]

Sebenarnya soalan ini berasal daripada novel
The Zahir oleh Paulo Coelho. Ini petikannya:Marie, let's suppose that two firemen go into a forest to put out a small fire. Afterwards, when they emerge and go over to a stream, the face of one is all smeared with black, while the other man's face is completely clean. My question is this: Which of the two will wash his face?''That's a silly question. The one with the dirty face of course.''No. The one with the dirty face will look at the other man and assume that he looks like him. And, vice versa, the man with the clean face will see his colleague's grime and say to himself: I must be dirty, too. I'd better have a wash.'







p/s: Artikel ni saya copy dari SINI. Menarik untuk dimuhasabah. Sahabat atau orang sekeliling adalah cermin diri kita. Kadang2 sahabat sekeliling dan orang terdekat bagi pendapat atau komen tentang diri kita.. Tapi pernahkah anda tidak percaya? Kita lebih mengenali diri sendiri? Orang lain tak kenal kita? Atau sape yang tak kenal sape ni? Pendek kata, setiap komen atau pendapat yang diberikan mestilah kita muhasabah. Jika semua manusia kenal diri sendiri, maka aman dan sejahtera lah dunia ni. Betul tak? Jangan biarkan ego menguasai diri. Peringatan untuk diri sendiri: memang degil (bersebab..hehe).

Read More......

Pesta Fesyen Islam Rosmah.. Islamik ke?



Salam and good day!

NGO Islam digesa kaji pesta fesyen Rosmah
20 Okt, 10 4:39pm




Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disaran mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yangdisifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Pesta FesyenIslam atau Islamic Fashion Festival (IFF), lapor Harakahdaily.



Menurut ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada seorang daripada peraga fesyen yang tidak menutup aurat.



"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.



Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Katanya, walaupun dilabelkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaianyang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu."Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" soal Lo' Lo'.





















































































p/s: dulu Islam Hadhari Pak Lah pendekatan lain.. sekarang pendekatan Islam 1Malaysia ke...? Na'udzubiLlah.. Islam itu Indah. Islam adalah Islam. Hanya Allah yang akan selamatkan agamaNya. InsyaAllah.

Read More......

Binatang Kurang Upaya

Salam and good day!



Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih hidupkan kita dan merahmati kita. Moga rahmatNya sentiasa bersama kita, dunia dan Akhirat..Ameen.



Kali ni saya amat berminat nak kongsi satu artikel menarik. Dah lama nak post kan, tapi ada je yang kene didahulukan.. Saya memang peminat dan menyayangi kucing. Kucing adalah binatang kesukaan Rasulullah s.a.w. Semua makhluk Allah berhak untuk disayangi dan dilindungi, hatta seekor anjing. Anjing dan babi Allah ciptakan haram untuk kita makan, iaitu dari segi zatnya sahaja, dari segi hukum jika kita tersentuh binatang tu, maka perlulah di samak (kecuali jika diyakini bulunya dan tangan kita kering). Islam sama sekali melarang kita menzalimi binatang, apatah lagi manusia..


Inilah die Comel.. Comel tak..?

Kucing istimewa ni dipanggil Comel. Bukan saya yang membelanya.. ‘Orang pejabat’ yang membelanya. Al kisahnya, sejarahnya mula-mula ibu si Somel ni, Che Tam dibela di pejabat jadi bodyguard waktu malam. Maklumlah dapur open air yang unik di bahagian belakang selalu menjadi sasaran anasir-anasir luar yang menjengkelkan. Beberapa bulan selepas itu maka lahirlah Comel di pejabat..


Pada mulanya Comel dikenali sebagai Si Capek.. Kasihan pulak dengar nama ni. Walaupun hanya sekadar binatang, kita tiada hak untuk menghinanya. Maka lahirlah nama Comel. Se comel Si Comel ni... Kenapa ya nama Si Capek..?

Perasan tak sesuatu...?

Kuku kaki depannya ada 2 sahaja..

Mintak maaflah gambar-gambar yang diambil kurang berkualiti.. Comel ni susah betul nak di control. Memang kene pegang baru boleh ambik gambar die.. Masa dipegang pun meronta-ronta lagi, suke gigit tangan orang pulak tu...!


Ini gambar kakinya secara dekat.. unik kan? Maha Besar Maha Berkuasa Allah ciptakan makhlukNya. Comel ni kurang stabil sikit bila jalan. Paling takut kalau die nak lompat dari tempat tinggi.. yelah, bimbang cedera pulak sebab takde cengkaman nak mendarat..macam gitulah. Tapi Comel ni redah je, tahan lasak jugaklah. Kite pulak terlebih bimbang.


Sekarang ni tinggal Comel je.. Ibunye Che Tam dah hilang entah ke mana. Maybe dah 'tiada' kot.. Sebelum Che Tam hilang, tuan die bawak ke klinik untuk operate. Rupenye beberapa minggu sebelum tu Che Tam yang disangka mengandung rupaya mengalami bengkak pundi kencing. Memang jarang terjadi kes begini. Jadi terpaksalah Che Tam tu dibedah. Selepas pembedahan berjaya dilakukan, Che Tam pulak menghilang sampai sekarang. Kesian pulak ye.. Comel sekarang tinggal sorang-sorang jaga pejabat. Jadi ‘anak emas’ di pejabat..hehe.


Macam-macam kerenah binatang ni. Percayalah, bila kita bela haiwan kesayangan (terutamanya kucing) kita akan lebih penyayang, banyak sabar, awet muda, release tension, dll. Ada beberapa kajian saintifik yang mengesahkannya. Kene carilah, saya pun dah lupe kene study balik. Apepun, yang penting pahala dan ganjaran dariNya kerana berbuat baik kepada binatang, insyaAllah. Jadi bila kita dah bersedia untuk membela haiwan ni, kene bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan mereka, makan minum, kebersihan, kesihatan,dll. Bukannya nak seronok semata-mata. Peringatan untuk diri sendiri jugak.. :)

Read More......

Adam Lambert vs Maher Zain



Salam and good day!


Adam Lambert




Maher Zain

Esok, 14 Oktober bakal ‘bertembung’ dua budaya dan ikon muzik dunia. Pendek kata, seorang bawa budaya Timur, sorang lagi budaya Barat. Mana satu yang anda pilih? Nak pegi Dewan MBSA atau Stadium Putra Bukit Jalil? Saya antara orang yang frust sebab tak dapat pegi konsert... Konsert mana ya...? Sudah tentulah konsert Maher Zain. Tapi takpe, frust saya bukan frust ‘menonggeng’...(betul ke istilah ni..?)huhu..

Walaupun rasanya konsert Adam Lambert lagi banyak tajaan dan peminat, namun bagi saya penerimaan masyarakat Malaysia terhadap pendatang baru Maher Zain tidak boleh dilekehkan. Pendek kata, fenomena Maher Zain melanda Malaysia ketika ini. Ada beberapa feedback dari blog saya dan beberapa rujukan...ramai mat rock atau peminat muzik ‘hu-ha’ minat Maher Zain..dan bertukar selera halwa telinga mereka. Ini satu perubahan yang baik. Syarikat korporat, radio dan stesen tv pun begitu teruja menerima Maher sebagai tetamu dan model mereka.. Bertuah sungguh die ni..

Bila dengar lagu-lagu Maher Zain ni, memang penuh penghayatan dan perasaan kan..? First time saya diperkenalkan muzik die ni, beberapa bulan lepas dengan lagu Open Your Eyes. Menitis airmata ni sebab kite paham dan sedar semua yang kite miliki ni milik mutlak Allah. Tak perlu pergi jauh-jauh sampai angkasa nak kenal diri kita..cukuplah kita pikir dan faham anugerah yang Allah pinjamkan kepada kita di sekeliling kita,dll. Maher sendiri pernah alami zaman gelap suatu ketika dulu.. gaya hidup bebas, clubbing memang dah terbiasa.. Sampaikan tak ingat macamana nak baca Al-Fatihah.. Sedih betul. Namun, hidayah itu milik Allah. Orang yang diberi hidayah selepas kegelapan insyaAllah akan lebih merasai manisnya iman. Kalau dengar lagu Thank You Allah pasti terasa mesejnya.. Sebab tu Maher sangat tekankan betapa keluarga dan sahabat sekeliling banyak membantu kita untuk menjadi lebih baik dan istiqomah di jalan kebenaran insyaAllah.


Kenapa masih ada lagi artis liar luar negara bolos buat persembahan di negara kita..? Penguatkuasaan tidak tegas? Rasuah berleluasa? Dok rok cetong nak lawan golongan elit tertentu yang inginkan kebebasan...? ops, tak perlu lah cakap banyak.. saya pun bukannye reti sangat pun politik ni.. Tapi sedang mendalami politik..hehe.

Saya paste sekali artikel dari Ketua DPPP, sama-sama kita muhasabah insyaAllah.


Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan
1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .

2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .


3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.



4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]

5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .


6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?


7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .


8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .


9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .



10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .

Read More......

Kemalangan Ngeri

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
-BERNAMA































Moral:
1- Malang tidak berbau
2- Berhati-hatilah ketika memandu. Jangan kerana kecuaian kita, maka orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa.
3- Bagaimana nak didik pemandu (apa jua jenis kenderaan) supaya berhemah di jalan raya? Hanya Iman dan taqwa mampu mendidik jiwa manusia lebih tenang dan sejahtera.

Gerun rasanya sebab saya baru je balik dari Shah Alam naik bas. Sentiasa berdoa dan mohon perlindunganNya ketika perjalanan agar selamat menuju ke destinasi pergi dan balik InsyaAllah.

Read More......