"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Barisan Neraka

Salam and good day!
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:
“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya; “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’)
Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih
Dipetik dpd blog Ust Yussaine

Read More......

Musafir di Shah Alam

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus yang Engkau redha,
bukannya ke jalan yang Engkau murkai dan benci...
berikanlah kami kekuatan untuk menuju ke jalanMu..Ameen
-Gambar Hiasan-


Salam and good day!

AhamduliLlah..baru selesai satu amanah, banyak lagi amanah menanti lagi. Namun, rasa lega hanya Allah sahaja yang tahu. Saya berharap moga sepanjang kepergian kami ke Shah Alam baru-baru ini diterimaNya sebagai pahala kebajikan berlipat ganda. Sekiranya kepergian kami ke sana banyak membuatkan kami ‘lagha’ dan banyak melakukan dosa, semoga Allah mengampuni dan rahmati kami kerana sesungguhnya kami ini amat jahil dan tidak sengaja untuk tidak taat padaNya...

Banyak sangat kalau nak cerita kat sini... walaupun kontinjen Terengganu tidak memenangi sebarang kemenangan dalam Suara Nisa’ peringkat Kebangsaan, sekurang-kurangnya ada juga lah hadiah diterima dalam pertandingan Gubahan, tempat ke-2 dan ke-3. AlhamduliLlah... Sahabat-sahabat yang lain ada yang bersemangat bergambar dan mengambil gambar. Ye lah, dah ada kamera dan handset berkamera...maka tak lepas peluanglah.. Saya pun tak tahu saya ni, dah lah tak suka ambik gambar, nak bergambar pun kurang gemar. Apatah lagi nak masuk tv ataupun surat khabar...hehe. Pendek kata, tidak suka menonjolkan diri...huhu.. Banyak kenangan pahit dan indah ada dalam kepala dan memori ni, biarlah bersarang dalam fikiran ni... kalau nak tahu, kene tanyelah saya ye..!

Selain menguruskan pasukan Terengganu untuk pertandingan Suara Nisa’ dan Gubahan, Terengganu juga tidak kurang hebatnya berniaga barangan Made In Terengganu. Riuh betul gerai kami, terutamanya hari terakhir jualan... ye lah nak menghabiskan barang, especially keropok sira. Atie, Liyana, Kak Chik, Yati antara orang bersemangat melelong dan mencari (pendek kata ‘paksa rela’) customer. Sampai ada yang bila lalu depan gerai kami, cepat-cepat lari ataupun mengelak takut kena ‘cekup’..hehe. Sebab bila dah ‘lekat’ kat gerai kami ni, memang takde modal dah nak elak sebab ‘dibelasah teruk’ oleh kami untuk membeli sebanyak-banyaknya... tapi kami bukanlah dahsyat sangat, maybe sangat teruja untuk menghidupkan suasana saje.. orang kate, dok lah sunyi sepi gerai.. kene ceria lah sikit, baru semangat sih...! Saya pun boleh lah menambah perisa sikit-sikit...nak sedapkan promosi..huhu.

Saya sempat check kesihatan di booth Masterskill. Boleh check tekanan darah, blood grouping, BMI dan nasihat pakar. Best jugaklah, even saya dah tahu saya darah O+ve, tapi banyak lagi maklumat saya dapat dari booth ni. InsyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin saranan dan nasihat doktor pakar tersebut untuk menjaga kesihatan saya. Next booth, saya mencuba memanah. Tak pernah lagi mencuba, kalau dart tu biasalah. Takut sebenarnya nak cuba memanah ni, seram sebab nampak ganas, lagipun kene tarik tali sampai dekat dengan mata...huhu.. Tapi bila difikirkan balik, sukan memanah ni adalah sunnah RasuluLlah, baru lah ada semangat untuk meneruskan niat. Terketar-ketar pada mulanya memegang busur panah, nak letak panah kat tempat die pun shaking...nasib baik orang tak perasan..hehe. Namun, instructor perempuan tu bagi penerangan dengan baik sekali, hilang separuh gemuruh saya.. Dengan bayaran RM6, dapat membuat 10 panahan. Mula-mulanya nak buat 5 panahan je, pastu serah pada orang lain sambung..tapi bila dah start memanah jadi excited bangat! Saya masih ingat, pesanan dari seorang kakak...KALAU KAMU TAKUTKAN SESUATU, MAKA KAMU KENA BUAT/LAKUKAN JUGA PERKARA ITU. contohnya, jika kamu takut atau gemuruh bercakap di depan orang..maka kamu kena sahut cabaran itu dan bercakap lah depan orang untuk menghilangkan fobia kamu itu. perkara ini hanya untuk kebaikan sahaja, jangan pula takut nak buat dosa, terus berani buat dosa sebab nak hilangkan takut... ni bukan pandai, tapi dah memandai interpret sesuka hati je... don’t misunderstood ok...?

Pada sebelah malamnya pula, sebelum bertolak pulang..saya, Nabihah anak Kak Ton, Shahrul adik Kak Chik dan suami Ella (peserta) masuk pertandingan memanah. Walaupun kami TIDAK BERJAYA, BUKAN KALAH YEE... at least merasa juga lah gemuruhnya pertandingan tu... tak tahu lah berapa markah yang saya dapat... agak kurang memberangsangkan sebab ada tersasar ke kawasan PUTIH (markah 1 dan 2 sahaja). Panahan saya banyak di kawasan merah dan biru (markah 6,7,8), ada juga lah masuk kawasan kuning (markah 9). Takde pun tersasar ke tengah (10 markah)..it’s ok, saje je masuk nak meriahkan suasana... lepas memanah, baru lah perasan tangan ni shaking dan seram sejuk. Sampai kakak instructor tu tegur saya, “Sejuknye tangan..”huhu... biasalah adat pertandingan kak..

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami sempat menonton filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB 1 dan 2). Saya dah baca novel karya Kang Abik ni, jadi takde lah asing tengok filem ni. Rasanya novel die lagi terperinci menjelaskan situasi dan bab-bab fikah ni. Sangat bagus sebab banyak pendedahan agama yang kadang-kadang kita tak ambik berat pun. Contoh bab poligami, mencari calon...yang penting kebergantungan kita kepada Allah. Selama ini bila dengar nasihat lisan saja tak ‘meresap’ pun ke dalam jiwa. Tapi bila dah di zahirkan maka dapat difahami dan dihayati dengan jelas..insyaAllah.

Semenjak membaca novel KCB lagi...saya amat tertarik dengan nama dan watak Abdullah Khairul Azzam. Sebaik-baik azam/semangat.. sungguh hebat semangat yang ditunjukkan oleh pemuda ini. Sanggup ‘menjual’ harga diri menjual tempe dan bakso demi menjaga kebajikan keluarga di tanahair. Tidak kisah diperli kerana 9 tahun tidak lulus peperiksaan..kerana tahu niat dia yang mulia itu. Kadang-kadang ada perkara yang tidak perlu kita beritahu pada orang lain...hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Pendek kata, ini lah calon yang saya cari...hehe. Kadang-kadang, orang memperkatakan...nak cari orang hebat, tapi hebat sangat ke kita..?

Saya jawab... saya bukan orang yang hebat.. tidak secantik, sepandai, sekaya Anna Althafunnisa... tetapi saya mencari orang sehebat Abdullah Khairul Azzam supaya saya boleh menjadi sebaik Anna Althafunnisa’. Boleh kan..? kan..? Kalau kita ni lemah, kena lah cari orang yang kuat. Kalau kita miskin, kene cari orang kaya..?? Ape-ape je lah labu... Pendek kata, jangan pernah bersangka buruk dan memutus rahmat padaNya.. kerana tanpaNya maka matilah kita..faham?!

p/s: Program akan datang...Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Nisa’ (K3N) di Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Jemput semua graduan, penganggur dan semua yang berminat untuk hadir memeriahkan dan menyumbang buah fikiran pada program itu! Jumpa di sana!!!

Read More......

SELAMAT HARI GURU!

Ni hadiah dari Ain...anak tauke keropok..huhu
Memang cukup lah bekalan untuk 2 minggu ni..!

Macam-macam hadiah ada...best lah..AlhamduliLlah

"Cikgu tak kisah awak nak bagi atau tak hadiah, bagi cikgu hadiah paling bermakna adalah
awak berjaya dalam pelajaran...faham???"
"Faham cikgu...."

Salam and good day!


SELAMAT HARI GURU.. kepada semua warga pendidik, samada kerajaan mahupun swasta. Bagi saya guru bukan sahaja yang mengajar di sekolah-sekolah..malahan guru tadika, taska, tuisyen, dll. Malah guru pondok pun adalah guru...



Tahun ni agak special..sebab anak murid ramai.. namun begitu, saya merasakan lebih dekat dengan mereka..maybe anak murid saya tahun ni lebih matang dari sebelumnya kot..hehe..dan yang best dapat hadiah banyak!



Siapa yang tak suka dapat hadiah? Namun bagi saya hadiah bukanlah segalanya.. Kadang-kadang paa pelajar masing-masing berebut untuk memberikan hadiah yang terbaik buat guru mereka. Malah, ada juga guru yang berbangga jika menerima hadiah paling banyak dari pelajarnya. Ape2 jelah..




Kemarin sedang asyik mengajar, saya sempat berkomunikasi dengan seorang pelajar saya..
Aleya: CIkgu...tadi kite bagi hadiah kat cikgu tadika kite..
Saya : Ye ke..bestnye.. Dah untuk cikgu Hidayah takde ke...?
Usik saya menduga pelajar berumur 6 tahun ni.. Dengan tersipu-sipu malu die menjawab..
Aleya : Umi kate tak payah, sebab cikgu Hidayah kaya dah.. Tak yah bagi hadiah dah...


Die tersenyum lagi... Saya mengerutkan dahi. Ada jugak reason sebegini ya..! Kalau lah betul saya kaya...huhu.. Tak kaya harta pun, kaya dengan budi bahasa apa salahnya...huhu...


Pada sebelah malam pula, hampir 40 orang pelajar saya (dari 3 kelas) menyambut hari guru bersama-sama. Riuh sungguh suasana. Maklumlah, masing-masing excited dapat makan dan memberi hadiah kepada guru masing-masing. CIkgu-cikgu lah yang happy sebab dapat penghargaan dari pelajar yang express kasih-sayang dengan memberi hadiah...walaupun hadiah biasa-biasa sahaja.. Masing-masing membawa makanan special. Saya sediakan minuman special untuk mereka...air anggur special hehe.. 3 kali kene buat air sebab sangat laris...!



Harapan saya...semua student saya berjaya di dunia dan Akhirat. Moga mereka ni lah yang pernah di didik di sekolah saya akan menjadi insan yang akan membela dan memperjuangkan Islam dan sebagai pemuda pemudi harapan bangsa dan Islam...insyaAllah! Sesungguhnya cikgu amat sayangkan kamu semua, dan ingin melihat kejayaan kamu kelak. Berjanjilah!

Read More......

Kasih Abang



Mengapa Allah biarkan manusia menderita, musnahkan tanaman haiwan ternakan? Apakah Allah tidak kasih kepada makhlukNya? Sebenarnya takdir yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah ingin menghukum kesalahan manusia di dunia supaya kita terlepas daripada hukumanNya di Akhirat yang Maha Dahsyat. Selain dari itu hikmah di sebalik musibah ialah agar manusia merasai betapa lemah dan dhaif hingga tidak berupaya berhadapan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Seandainya kita beriman maka kita akan memahami dan dapat menerima Qadha' dan QadarNya... Hanya tinggal usaha dan harapan kepadaNya untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan Akhirat. InsyaAllah.




p/s: saya dapat gambar ni emel dari sahabat.. sedih dan terharu melihat kasih seorang abang kepada adiknya. Moga Allah selamatkan mereka, dan ada orang yang berhati mulia di luar sana akan menolong mereka.

Read More......

Wong Fei Hong


Wong Fei Hung



Salam and good day!


22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mazrina Mohd Mokhtar




Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?




Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.




Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan , namanya ialah Faisal Hussein Wong.Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu).




Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.




Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.




Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya.




Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi.




Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.




Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.




Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.




Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat.




Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.




Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.




p/s: Selama ni banyak sangat cerita kisah Wong Fei Hung ni, memang masyarakat Cina amat mengagumi beliau. Tapi bila tau Wong Fei Hung ni seorang Muslim, lagi lah saya kagum. Moga rohnya dicucuri rahmatNya...Amiin.




Read More......

Cerita Best!

Salam and good day!

Selamat membaca...memang mencabar minda dan jiwa..hehe..


Read More......