Kucing Bercakap
Salam and good day!
Pernahkah anda berjumpa kucing yang mempunyai beberapa kelebihan yang istimewa? Tiada yang mustahil di dunia ini, dengan izin Allah... Saya pernah terbaca paper kucing suka makan buah durian, suka makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Ada macam-macamlah lagi... Kucing saya ada jugak yang istimewa, namanya Ricky. Pada mulanya saya tak perasan kelebihan dia ni, yang saya tahu Ricky suka cicak. Maklumlah kucing jantan suka memburu dan ganas. Oleh kerana rumah takde tikus, jadi cicak lah yang jadi sasarannya. Kalau tak pun, biasa jugak dia bawak balik burung, mengkarung dan anak ular pun pernah. Takde masalah dia nak buru ape pun, tapi masalahnya dia suka bawak masuk rumah. Pernah sekali, bulu burung penuh atas lantai die heret. Mungkin dia nak tunjuk 'kehebatan' dia memburu pada tuannya, tapi kene marah pulak...huhu. Ye lah, sape tak naik angin kene basuh sokmo darah atau bulu binatang setiap kali dia bawak masuk bangkai-bangkai tu...
Ok, berbalik pada cerita Ricky tadi... Oleh kerana dia sukakan cicak saya selalu 'berkomunikasi' dengan dia. Saya pelik jugak setiap kali saya cakap, die akan dongokkan kepala tengok siling. "oo..nak cicak yeee.."kata saya. Sekali lagi die akan tengok siling. Rupanya dia faham perkataan 'cicak' dan akan terus tengok atas siling. Jadi setiap kali saya nampak cicak, saya akan teriak "cicak".. dia akan terus tengok atas dan terkam cicak tu! SubhanaLlah.. saya kagum seketika. Kalau dia takleh nak tangkap cicak saya akan 'bekerjasama' dengan melastik cicak dengan getah kasar supaya ia jatuh ke lantai lalu menjadi santapan Ricky. Itu dulu lah, sekarang Ricky dah takde...
Kucing bercakap? Takde yang mustahil... kucing saya pun pernah jugak 'menyahut' dan 'mengiyakan' percakapan saya. Mungkin itu satu kebetulan aje.. Tapi tak sempat nak rakamlah...hehe. Enjoy yourself!
Ada satu 'dialog' antara Chessie dan tuannya..
Tuan: what do you think i am chessie?
Chessie: slave (hamba)
Tuan nya kaget, terkejut di gelar slave oleh kucingnya..
Akhirnya Chessie minta maaf dan mengucapkan 'Thanks' kepada tuannya.
Digelar rude (kurang ajar), tapi mungkin salah didikan kot, tak pun pengaruh luaran..hehe.
Tambahan...hehe
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?