3H 2M
Salam and Good day!
A Trip to KL
AlhamduliLlah... saya telah selamat menjalani kursus kepimpinan di KL baru-baru ini. Pada mulanya memang agak keberatan untuk pergi, maybe sebab tidak tahu kepentingan dan pengisian nya macamana. At the same time, tak ramai sahabat yang dapat pergi.. tak best lah sebab rasa macam keseorangan. Tapi bagi saya lepas ni kena buang sifat begitu.. bila ada kawan baru semangat nak wat keje. Bila sorang tak mau wat keje. Saya pergi bukan sorang-sorang, Cuma belum biasa bermusafir dengan orang yang kita jarang-jarang jumpa ni.. but it’s ok, asalkan kita tahu orang yang kita nak bermusafir ni orang yang baik.. jangan ragu-ragu untuk bermuamalat dan bersilaturrahmi insyaAllah.
Banyak sebenarnya nak dikongsi bersama semua, tapi rasanya ada yang patut dirahsiakan...hehe. Pertamanya saya nak sentuh kehidupan di kota.. saya bukannya anti-pemodenan. Saya sukakan kemajuan, moden kerana kita ingin mencapai wawasan negara maju suatu hari nanti. Bagi saya, kemajuan duniawi patut sangat diiringi dengan kemajuan ukhrawi. Pendek kata, makin maju negara maka makin zuhud dan beriman lah rakyatnya dan pemerintahnya baru lah aman dan sentosa sesebuah negara itu.
Saya bersyukur sebab saya masih di Terengganu. Walaupun Terengganu ni masih mundur dan antara negeri termiskin di Malaysia, saya masih merasa tenteram. Keluar ke mana sahaja berseorangan masih merasa selamat, berhati-hati sudah pasti. Ibu dan bapa saya tidak perlu risau jika saya keluar dan pukul 12 tengah malam belum balik rumah. Tapi, menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan keluarga keberadaan saya kepada mereka untuk tidak merisaukan mereka. Tambahan pula, untuk menjaga ‘reputasi’ supaya lain kali boleh keluar lagi dengan mudah...hehe.
Berada walau sekejap di kota amat ‘menyesakkan’ saya. Dengan kesibukan trafik, ramai orang, jalan bersimpang-siur dan pelbagai ragam manusia membuatkan saya hampir ‘migrain’. Jumpa orang pelik yang membuatkan saya ‘terperanjat beruk’ yang menyapa saya, kedai berhantu dll membuatkan saya tak sabar-sabar nak balik rumah. Sungguh menakutkan! Mujur saya tidak berseorangan, senantiasa bekalkan diri dengan pelindung diri dari kejahatan manusia dan jin. Namun, insyaAllah saya tidak akan serik untuk ke kota ini seandainya ada kewajipan yang perlu saya uruskan. Namun, untuk saja-saja pergi MUNGKIN TIDAK! Tidak perlulah saya huraikan satu persatu hal yang menakutkan ini. Kalau boleh nak lupakan terus...huhu..
Satu video dari program tersebut yang ingin saya kongsikan dengan anda semua....
Pertama kali saya tengok video ini terus MENGALIR air mata saya mencurah-curah tanpa mempedulikan orang sekeliling melihat saya, malah penceramah tu pun nampak saya menangis! Sampaikan ketika saya minta presentation dan video dia dah tau saya nak kan video ini... menangis di khalayak amat saya elakkan. Walau sedih manapun, walau marah manapun saya akan menangis sorang-sorang. Saya tidak mahu tunjukkan kelemahan saya di hadapan orang.. Tapi kali ini memang tak dapat nak elak, nasib baik junior di sebelah saya ada tisu untuk saya gunakan...huhu.
Saya amat tersentuh dengan kasih-sayang yang terjalin antara mereka. Bolehkah anda bayangkan bagaimana setelah setahun berlalu singa itu masih mampu mengingati tuannya? Singa yang ganas, Raja Rimba tetapi mampu ‘bergurau senda’ dengan tuannya. Binatang pun mampu menghargai dan menyayangi tuannya. Pernahkah anda mendengar kisah binatang yang pulang ke pangkuan tuannya setelah berbulan malah bertahun berpisah dari tuannya? Pernah saya terbaca keratan akhbar bagaimana seekor kucing di salah sebuah negeri di USA berjalan dan meredah lebuhraya dan lembah beratus-ratus kilometer jauhnya untuk mencari jalan pulang. Setelah hampir setahun akhirnya kucing tersebut berjaya menemui tuannya. Sebelum itu tuannya juga puas mencari kucingnya itu yang hilang. Walaupun mengalami kecederaan dan dalam keadaan lemah, itu menunjukkan ‘miracle’ dariNya. Begitu setianya kucing tersebut mencari tuannya. Bagaimana dengan manusia yang sanggup membuang anak, membunuh sesama sendiri, saling benci-membenci? Saya amat sedih dengan keadaan sekarang. Siapa yang patut dipersalahkan? Adakah kerana manusia telah jauh dari Allah?
Setiap kali kita memberi pasti akan menerima balasan atau ganjaran. Jika tidak di dunia insyaAllah di Akhirat kelak. Lagi berkat seandainya pemberian baik kita itu adalah ikhlas, maka nantikanlah ganjaran hebat dariNya. Tetapi jika memberi perkara yang buruk, maka bersedialah untuk menerima balasanNya kelak. Setiap makhluk Allah samada manusia ataupun haiwan mempunyai hak-haknya daripada kita.
Begitu juga dengan perjuangan Islam. Janganlah kita ‘kedekut’ untuk memberi semampu yang kita mampu untuk menerima hadiah dari Allah kelak iaitu rahmat dariNya. Yang penting janganlah kita memberi untuk menerima. Faham tak? Maknanya memberi tetapi pada masa yang sama mengharapkan orang membalas kebaikan kita dengan setimpal. Balas atau tidak itu lain hal. Yang penting dalam kerja Islam ini kena banyak datangnya dari kita. Hanya Allah yang mampu membalasnya...
Oklah, banyak saya berceloteh ni. Sambil menaip sambil mengalir airmata teringatkan kisah singa dan kucing tadi...huhu. Moga kita semua dalam rahmatNya. Pesan saya pada semua, kasihilah dan hargailah setiap insan dan makhlukNya yang berada di sisi kita. Supaya kita tidak menyesal andai kehilangan mereka suatu ketika nanti. InsyaAllah.
2 comments:
Salam, kak ida... Sedey......... Sedey sungguh.. terharu btol bila tgk singa tu macam sangat rindu kepada tuannya tu..
Elok kan kalau kita bandingkan dengan hubungan kita dan Tuhan.. Rabbi yang memelihara kita daripada kita tiada, kepada ada dan hidup selesa sekarang.. Seharusnyua kita juga merindui dan mencintai Tuhan sepenuh hati, seakan-akan singa tersebut..
Wallhu ALam...
Salam...setuju dengan pandangan dianah tu. Allah tetap mengasihi dan mengasihani kita walaupun kita selalu menderhakaiNya, jarang mengingatiNya. Allah tetap memelihara dan memberi rezeki pada makhlukNya walaupun Dia tidak memerlukan semua itu...
Moga kita sentiasa merinduiNya dan diberkatiNya. InsyaAllah.
Post a Comment
Apa komen anda...?