"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Nasihat pada orang boleh... tapi untuk diri sendiri...?

Salam and good day!





Bile bace komik ni, what can I say iss..... It's sooo true..hehehe.. Teringat mase pelancaran blog kelmarin, perasmi yang merasmikan program tu ade menyebutkan peranan IT, terutamanya facebook sangat kuat. Dari fb dan internet pelbagai maklumat dan perkembangan terkini yang dapat diperoleh.. Dari fb jugak ada yang bertemu jodoh. Jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah. Kita tidak dapat mengelaknya. Namun yang penting, carilah jodoh yang baik dan diredhai Allah..Moga jodohku nanti adalah yang terbaik dariNya dan diriku juga terbaik buatnya... insyaAllah. InsyaAllah, Allah sentiasa bersamaan persangkaan hambaNya.. Dan DIA Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita..


Ambik dari SINI.

Read More......

Alunan Syahdu Azan Dalam Gereja

Salam and good day!


Indahnya alunan azan... jika dihayati dan dialun dengan sebaiknya. Ketika pemuda Islam ini mengalunkan azan, kesemua hadirin yang terdiri daripada non-Muslim khusyuk mendengar. Tak tau lah mereka faham atau tak, tapi mereka menghormati azan dan tidak membuat bising atau bercakap-cakap.


Panggilan Azan ini dialunkan oleh Abdelwahab Ben Youcef di Gereja Marble Collegiate yang terletak di 275, Fifth Avenue, Manhattan, New York City, Amerika Syarikat telah dibuat semasa dialog kepercayaan antara Kristian, orang-orang Yahudi dan umat Islam yang hidup di sana. Islam, Yahudi dan Kristian merupakan agama wahyu/langit. Namun, oleh kerana kerosakan dan pecah amanah para pengikut Yahudi dan Nasrani mengubah kitab-kitab mereka mengikut acuan dan kehendak mereka sendiri. Islam diturunkan oleh Allah kepada rasul akhir zaman, Muhammad s.a.w merupakan agama terakhir dan hanya diredhaiNya. Islam dan ajarannya tetap dipelihara oleh Allah hingga kiamat, suci daripada penyelewengan.


Kita sebagai umat Islam, wajib memberikan contoh terbaik dan sebagai model kepada ajaran Islam yang kita anuti dan yakini. Jangan kerana kejahilan dan kejahatan kita menyebabkan musuh dan orang bukan Islam memandang serong kepada Islam. Islam Itu Indah.


Moga Allah beri kekuatan dan kelebihan kepada pemuda tersebut untuk terus menyebarkan sinar Islam yang suci kepada semua. Buat kita pula, baiki lah diri dan sebarkanlah kebaikanNya selagi terdaya supaya Allah membukakan pintu hidayahNya kepada yang lain. Pahala dan rahmat berterusan kita perolehi selagi orang lain membuat kebaikan dan insaf dengan kebaikan yang kita sebarkan insyaAllah.



I Am A Muslim, and I Am Proud of it!





Read More......

Anjing jawab azan

Salam and good day!


Allahuakbar! Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Banyak keajaiban dan kekuasaanNya yang ditunjukkanNya kepada kita. Hanya yang mahu berfikir dan beriman sahaja yang mahu mengikutiNya.


Ya Allah, jadikanlah cintaku padaMu melebihi segala-galanya cintaku pada dunia ini.. Dunia ini hanya persinggahanku demi untuk persiapanku bertemuMu di syurgaMu nanti.. Ya Allah, bantulah dan lindungilah aku dari segala ketakutan dan kekufuran padaMu..




Read More......

Wanita Itu Amanah Allah

Salam and good day!



Solat lah kamu.. Sesungguhnya solat itu amalan pertama yang akan dihitung di Padang Mahsyar kelak.. Sanggupkah kite berdepan dengan Allah kelak dalam keadaan tidak cukup amalan solat ketika di dunia..?


Solat itu tiang agama.. Jika tak solat maka hilang lah agama mu.. Na'udzubiLlah!




Read More......

SubhanAllah! Amazing!

Salam and good day!


Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali TUA dan MATI.. Setiap tumbuhan yang Allah cipta ada kegunaan dan kebaikan pada manusia.. ALhamdulillah, saya ni memang ANTI ubat/pil2.. Kalau sakit saya akan cari ubatan herba.. Saya akan pastikan setiap makanan yang masuk adalah ubat buat badan saya, bukan nya ubat sebagai makanan... Moga Allah terus bagi kita kekuatan dan kesihatan yang baik untuk kita menjalani hidup dan mengabdikan diri padaNya.. insyaAllah..


Read More......

HADITH OF AI'SHA ANIMATED - Allah will Provide

Salam and good day!

SubhanaLlah, satu perkongsian yang menarik utk ditatap.. Bersedekah lah, insyaAllah Allah akan mencukupkan keperluan mu.. Yang penting yakinlah pada Allah.. Istiqomah dengan kebaikan..

Read More......

Kini Hidup Kami Lebih Bercahaya...!



Salam and good day!


Video ni saya kongsi dari youtube, Isang Litrong Liwanag Advertisement.. Menarik sungguh lelaki ni gunakan akal dan kelebihan yang ada untuk bantu orang lain.. Sangat kreatif dan inovatif.. Betullah, walaupun punyai pelbagai kekurangan, namun jika kita mahu usaha ke arah kebaikan.. maka Allah akan tunjukkan jalannya.. Allah Maha Pengasih kepada semua makhlukNya, tanpa mengira keturunan dan agama kerana semuanya adalah ciptaanNya dan punya hak padaNya.. namun Allah Maha Mengasihani pada hamba-hambaNya yang mukmin... Bersyukurlah pada nikmatNya selagi diberi peluang untuk beribadat padaNya insyaAllah..


Read More......