"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Sayangilah makhluk Allah di dunia.. pasti kita disayangi makhluk langit..

Salam and good day!



Saya boleh dikategorikan salah seorang INFJ. Tak perlu saya cerita panjang lebar psl  kategori ni.. Cuma uniknya orang INFJ ni sukar dicari dan dan hanya 1% manusia tergolong kategori INFJ. Saya tidak katakan saya ni pelik or whatsoever... cuma betul atau tidak, itu hanyalah kajian manusia yang boleh jadi betul atau salah.. Hanya kalam Allah sahaja yang selayaknya betul dan benar.

Orang INFJ amat sensitif dan setiap perbuatan penuh dengan kehalusan dan pengertian.. actually, saya pun tak reti mcmana nak explain pasal diri saya nih.. 

Hari ni saya menerima SEEKOR tetamu yang dihantar olehNya.. Entah dari mana, tiba2 seekor kucing putih kurus masuk ke dalam kelas saya... Ketika itu saya baru memulakan kelas. Saya yang pertama melihat kelibat kucing itu terus berkata.. "eh sayangggg..."

Anak murid terkejut tiba2 saya seperti excited mengucapkan "sayang"..hehe.. "cikgu kabo saang pada sape??" "bakpe cikgu panggil kucing tu sayang" "oooo.cikgu sayang kucing ehhh" ... mcm2 kata2 anak2 murid respons daripada ucapan sayang saya itu.. anak2 murid mmg perhati perbuatan dan pertuturan kita.. dan "scan" serta serap sebagai panduan mereka.. menjadi tanggungjawab guru untuk mnjawab segala persoalan sebaiknya dan penuh hikmah.

Saya kebetulan tidak membawa bekal makanan.. Jadi terpaksa "memaksa" anak murid yang tinggal sebelah pejabat saya untuk membawa nasi dan ikan untuk diberikan kepada kucing itu. Alhamdulillah, ia makan penuh bahagia.. Selesai makan ia masuk kembali ke dalam kelas dan tidur.. Melihat gelagatnya sudah memberikan ketenangan dan semangat buat saya..

Seharian berada di kelas saya membawa dirinya.. kadang2 anak2 murid bergurau senda dengan kucing itu.. Hari ini kehadiran kucing putih misteri itu menyerikan kelas saya.. ramai yang tertarik, kasihan, geli... mcm2 gelagat lagi yang  dapat saya perhatikan. Kelas berakhir pukul 9.30 mlam.. kesemua pelajar dan guru telah pulang. Setelah memeriksa kesemuanya, saya pun bersiap pulang. Kucing itu, yang saya namakan Puteh seperti memberitahu saya supaya jangan tinggalkannya.. berkali-kali saya terpaksa keluar dari kereta kerana Puteh duduk dekat dengan kereta, bimbang terlanggarnya.. Terlintas di fikiran untuk membawanya pulang.. tapi mungkin banyak mudaratnya.. 


Ketika menaip post ni, saya nekad untuk membawanya pulang ke rumah. Saya yakin ia tidak bertuan.. Memang tak boleh tidur saya memikirkannya..! Jika betullah saya yang dipilih untuk menjaganya, insyaAllah Puteh akan tetap setia menunggu saya di pejabat esok.. Jika saya tidak mampu menjaganya, ada orang lain yang lebih layak menjaganya. Rezeki Allah yang kurniakan.. Dia Maa Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas tiap2 satu ciptaanNya.. Allah Maha Pemberi Rezeki.. Kita sebagai makhlukNya sentiasa mengharap dan mendambakan kurnianNya..

Bila melihatkan kucing yang yatim piatu itu, terfikir saya bagaimana keadaan manusia yanh terpaksa hidup sorang2 tanpa teman dan keluarga.. Kita yang memiliki segalanya WAJIB bersyukur dan menjaga sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan.. Kehadiran kucing itu amat menyentuh hati dan fikiran saya.. Bercucuran airmata bila muhasabah kembali segala dosa2 lalu dan memikirkan kehidupan di sana kelak.. Allahurabbi..

Kesimpulannya, kita tidak mampu mengawal dan menjaga segalanya, kerana kita adalah makhluk yang tiada berkuasa.. Sebaliknya hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya, Maha Sempurna, Maha Agung, Maha Merancang agar kita sentiasa di dalam jagaanNya.. Amiin.. Moga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayahNya serta istiqomah melakukan kebaikan. Allah suka dan sayang kepada orang yang penyayang.. doa orang penyayang mudah dimakbulkan jika dekat padaNya.. Moga kita menjadi hamba yang sentiasa dekat padaNya dan diredhaiNya... Amiin..

Lega rasanya dapat pujuk diri memikirkan keadaan dan kehadiran kucing itu.. Alhamdulillah. Moga Puteh dalam jagaanNya.. panjang umur, ada jodoh.. dapatlah saya jaga Puteh! 

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?