Alangkah Indah Hidup Ini Jika Segalanya kerana Allah!
Salam and
good day!
Hidup ini adalah pilihan.. Jika bahagia yang dipilih, maka berbahagialah! |
Setiap hari
saya akan buka facebook untuk menambahkan ilmu bacaan dan isu semasa.
Alhamdulillah banyak perkongsian, pengalaman dll sepanjang memiliki akaun
facebook ni.. Yang penting kena pandai jaga diri dan muamalat di alam maya. Bukan
untuk bermuka-muka.. Sebab kadang-kadang keterujaan dan semangat berkobar-kobar
bisa ‘membutakan’ dan membinasakan. Sebagai perempuan, da’ie dan hamba kepada
Allah… Sudah tentu pandangan Allah yang kita utamakan. Pada masa yang sama,
kita ingin mengajak orang kepada kebaikan, sudah tentu kita juga turut serta
membaikkan diri kita (walaupun tidak sempurna).
Sedang khusyuk
membaca status facebook, tiba-tiba ada seorang pemuda pm saya… “Ambe minta maaf
segala salah silap. Walaupun raya dah lama habis, nak mintak maaf jugak atas
terkasar bahasa tempoh hari.. Mana tau, nanti tak sempat nak minta maaf dah.. ”
Terkejut
jugakdapat pm dari sahabat ni.. Tak sangka dia minta maaf atas kejadian
beberapa bulan yang lepas…
Tiba-tiba
fikiran saya menerawang kepada kejadian yang berlaku tersebut….
Saya kebetulan
menghadiri dan bertugas untuk satu program. Dan ketika itu, program telah tamat
dan saya pun beransur untuk pulang. Namun, dari kejauhan saya perasan seorang
pemuda (pemuda tersebut) meluru ke arah saya.. Saya hanya mampu tersenyum ‘menyambut’
kehadiran pemuda tersebut.. curious kenapa pemuda tu mari pada saya… belum
sempat berkata-kata….
“Kenapa…..
dok reti ke….. bla bla bla” tiba-tiba saya diserang! Senyuman saya sebelum itu
kembali kendur… hanya kerutan di dahi dan ‘kekejangan’ mulut daripada
berkata-kata.. Selepas saya dimarah tanpa usul periksa itu, pemuda tersebut
terus berlalu dan melakukan tugasnya.. saya yang terkulat-kulat menahan marah
dan membebel keseorangan.. Kebetulan seorang kakak yang ‘bersama’ ketika saya
dimarah turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana kejadian tersebut… Ini
tidak adil!! Saya adalah mangsa keadaan… Mengapa saya yang dimarahi dan
dipersalahkan atas kesalahan dan kecuaian pihak terbabit..???
Kejadian tersebut
saya simpan kemas tanpa dendam… Cuma hanya berkongsi dengan seorang sahabat
yang mengenali pemuda tersebut.. Saya seorang yang takkan melupakan ‘kejahatan’
atau kebaikan yang orang lakukan pada saya… Namun, saya bukan seorang pendendam..
Pendek kata, memaafkan tidak semestinya melupakan..
Saya
menjawab pm pemuda itu (tanpa rasa was-was)… “Saya dah lama maafkan.. Walaupun
bukan salah saya, perkara biasa aje.. Takde apa2 lah..” … “tq, jazakillah”
jawabnya balik..
Alangkah indahnya
hidup ini tanpa dendam dan hasad dengki… Saya kagum dengan pemuda tersebut yang
berani meminta maaf pada saya.. Maknanya dia sedar akan kesalahannya.. Marah
tidak bertempat dan tanpa usul periksa.. Bukan senang seorang lelaki minta
maaf! Ego mereka umpama maruah mereka.. Dan saya tidak berniat untuk memanjangkan
peristiwa tersebut.. Tak ingin bercerita segala benda yang tidak berkenan di
hati.. Biarlah dia dan sahabat-sahabatnya mencari jalan penyelesaian.. Jika
pendapat saya yang diperlukan, ya… saya sudi untuk member pandangan dan
cadangan seikhlasnya..
Memang
berbeza memiliki kawan dan sahabat.. Kawan banyak saya jumpa merata-rata..
Namun, sahabat saya hanya bisa ketemu di dalam jamaah! Bergaduh dengan sahabat
tidak sama bergaduh dengan kawan.. Itulah indahnya jika hidup kita ini
segala-galanya kerana Allah.. Memaafkan kerana Allah. Meminta maaf kerana
Allah.. Menegur kerana Allah.. Berkasih sayang kerana Allah! Subhanallah!
Kawan2..
Sahabat2 semua.. Diri sendiri.. Moga kita menjadi orang yang bersyukur.
Sentiasa memperbaiki diri menjadi hambaNya yang taat dan kasih padaNya.. Rahmat
Allah tidak akan pernah terhitung banyaknya oleh kita.. Jika kita benar-benar
ingin hidup dan mati kerana Allah, PROVE IT!!