"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Alangkah Indah Hidup Ini Jika Segalanya kerana Allah!


Salam and good day!

Hidup ini adalah pilihan.. Jika bahagia yang dipilih, maka berbahagialah!


Setiap hari saya akan buka facebook untuk menambahkan ilmu bacaan dan isu semasa. Alhamdulillah banyak perkongsian, pengalaman dll sepanjang memiliki akaun facebook ni.. Yang penting kena pandai jaga diri dan muamalat di alam maya. Bukan untuk bermuka-muka.. Sebab kadang-kadang keterujaan dan semangat berkobar-kobar bisa ‘membutakan’ dan membinasakan. Sebagai perempuan, da’ie dan hamba kepada Allah… Sudah tentu pandangan Allah yang kita utamakan. Pada masa yang sama, kita ingin mengajak orang kepada kebaikan, sudah tentu kita juga turut serta membaikkan diri kita (walaupun tidak sempurna).

Sedang khusyuk membaca status facebook, tiba-tiba ada seorang pemuda pm saya… “Ambe minta maaf segala salah silap. Walaupun raya dah lama habis, nak mintak maaf jugak atas terkasar bahasa tempoh hari.. Mana tau, nanti tak sempat nak minta maaf dah.. ”

Terkejut jugakdapat pm dari sahabat ni.. Tak sangka dia minta maaf atas kejadian beberapa bulan yang lepas…

Tiba-tiba fikiran saya menerawang kepada kejadian yang berlaku tersebut….

Saya kebetulan menghadiri dan bertugas untuk satu program. Dan ketika itu, program telah tamat dan saya pun beransur untuk pulang. Namun, dari kejauhan saya perasan seorang pemuda (pemuda tersebut) meluru ke arah saya.. Saya hanya mampu tersenyum ‘menyambut’ kehadiran pemuda tersebut.. curious kenapa pemuda tu mari pada saya… belum sempat berkata-kata….

“Kenapa….. dok reti ke….. bla bla bla” tiba-tiba saya diserang! Senyuman saya sebelum itu kembali kendur… hanya kerutan di dahi dan ‘kekejangan’ mulut daripada berkata-kata.. Selepas saya dimarah tanpa usul periksa itu, pemuda tersebut terus berlalu dan melakukan tugasnya.. saya yang terkulat-kulat menahan marah dan membebel keseorangan.. Kebetulan seorang kakak yang ‘bersama’ ketika saya dimarah turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana kejadian tersebut… Ini tidak adil!! Saya adalah mangsa keadaan… Mengapa saya yang dimarahi dan dipersalahkan atas kesalahan dan kecuaian pihak terbabit..???

Kejadian tersebut saya simpan kemas tanpa dendam… Cuma hanya berkongsi dengan seorang sahabat yang mengenali pemuda tersebut.. Saya seorang yang takkan melupakan ‘kejahatan’ atau kebaikan yang orang lakukan pada saya… Namun, saya bukan seorang pendendam.. Pendek kata, memaafkan tidak semestinya melupakan..

Saya menjawab pm pemuda itu (tanpa rasa was-was)… “Saya dah lama maafkan.. Walaupun bukan salah saya, perkara biasa aje.. Takde apa2 lah..” … “tq, jazakillah” jawabnya balik..

Alangkah indahnya hidup ini tanpa dendam dan hasad dengki… Saya kagum dengan pemuda tersebut yang berani meminta maaf pada saya.. Maknanya dia sedar akan kesalahannya.. Marah tidak bertempat dan tanpa usul periksa.. Bukan senang seorang lelaki minta maaf! Ego mereka umpama maruah mereka.. Dan saya tidak berniat untuk memanjangkan peristiwa tersebut.. Tak ingin bercerita segala benda yang tidak berkenan di hati.. Biarlah dia dan sahabat-sahabatnya mencari jalan penyelesaian.. Jika pendapat saya yang diperlukan, ya… saya sudi untuk member pandangan dan cadangan seikhlasnya..

Memang berbeza memiliki kawan dan sahabat.. Kawan banyak saya jumpa merata-rata.. Namun, sahabat saya hanya bisa ketemu di dalam jamaah! Bergaduh dengan sahabat tidak sama bergaduh dengan kawan.. Itulah indahnya jika hidup kita ini segala-galanya kerana Allah.. Memaafkan kerana Allah. Meminta maaf kerana Allah.. Menegur kerana Allah.. Berkasih sayang kerana Allah! Subhanallah!

Kawan2.. Sahabat2 semua.. Diri sendiri.. Moga kita menjadi orang yang bersyukur. Sentiasa memperbaiki diri menjadi hambaNya yang taat dan kasih padaNya.. Rahmat Allah tidak akan pernah terhitung banyaknya oleh kita.. Jika kita benar-benar ingin hidup dan mati kerana Allah, PROVE IT!!


Read More......