"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

B.E.L.A.J.A.R.



Saya masih dan akan terus BELAJAR

-Gambar Hiasan-




~SAYA BELAJAR~


Saya belajar,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..


Saya belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya…


Saya belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.


Saya belajar,
Bahawa orang yang saya rasaa adalah orang yang jahat,
Adalah orang yang membangkitkan semula semangat hidup saya
Serta orang yang begitu perihatin pada saya.


Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.


Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya…


Saya belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya….
Dan untuk itu saya harus memaafkannya….


Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain…
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus…


Saya belajar,
Bahawa kawan2 dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan…


Saya belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza…

Saya belajar,
Bahawa tidak penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..


Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..


Saya belajar,
Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berkelakuan bengis…


Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..


Saya belajar,
Bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya…


Buat diri saya yang masih perlu belajar,
Semoga saya lebih mempelajari dan memahami hidup ini..

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?