"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

C.E.M.B.U.R.U.


Salam and good day!



Aku cemburu...! Salah ke..??
-Gambar hiasan-


Kali ni terpanggil utk bercerita pasal CEMBURU atau senangnya di panggil jealous. Cemburu ni bermaksud kurang percaya atau syak wasangka. Setiap insan ciptaanNya (termasuk haiwan) punya rasa cemburu. Adakalanya cemburu itu bagus, malah ada juga kalanya cemburu itu binasa!


Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga (jenis orang) yang Allah s.w.t haramkan syurga ke atasnya: orang yang ketagih arak, orang yang menderhaka kepada ibu bapanya dan orang yang dayus - iaitu orang yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" 
 (Musnad Ahmad, no. 6113 dan dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth)



Yang saya tau, cemburu ada BAGUS dan BURUK (cemburu buta lah).. Kalau ada istilah dan jenis lain yang ditemui boleh lah saya kongsi pada entri akan datang..hehe.. 



CEMBURU YANG BAIK
Cemburu yang baik boleh diambil kira seperti berikut;
1)      Cemburu seorang ayah – tidak akan biarkan anak-anaknya (lelaki mahupun perempuan) membuat maksiat selama mana mereka semua di dalam tanggungannya. Ayah akan pastikan mereka mengikut dan patuh pada syariatNya.
2)      Cemburu seorang anak- tidak sanggup melihat ibu bapa membuat kemungkaran serta menasihati ibubapa secara berhikmah agar mereka tidak tersinggung dengan kata-kata mereka.
3)      Cemburu seorang suami- tidak akan biarkan isteri lalai pada perintahNya serta tidak menjadi seorang suami yang dayus.
4)      Cemburu seorang isteri- akan pastikan suami menjalankan tugas serta tanggungjawab sebaiknya samada di rumah (sebagai ketua keluarga) mahupun di luar rumah (sebagai pekerja dan milik masyarakat).



CEMBURU BUTA
Banyak kisah yang kita selalu baca di dada akhbar berkaitan kisah pembunuhan akibat cemburu, bergaduh kerana berebut kekasih, simbah asid kerana tidak puas hati dengan madudan bermacam-macam lagi yang kadang-kala ‘serabut’ jiwa dan fikiran memikirkan kebobrokan masyarakat sekarang yang dipandu oleh nafsu, bukan dengan iman.


Malah ada juga berita yang pernah saya baca, seorang isteri nelayan yang punya ‘kekasih gelap’ ketika suaminya keluar mencari rezeki di lautan beberapa hari. Anak-anak yang mengesyaki dan menghidu kecurangan ibunya tidak pula ‘cemburu’ dengan tindakan jahat ibunya itu… malah membiarkan saja, seolah-olah ‘redha’ serta malas ambil pusing urusan ibunya itu.. 


Saya punya seorang sahabat yang baru mendirikan rumahtangga. AlhamduliLlah, tahniah saya ucapkan. Doa saya moga masjid yang dibina itu akan berkekalan hingga ke Syurga. Ameen!


Pernah suatu malam ketika sahabat saya sedang tidur, suaminya baru masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba telefon si isteri berbunyi menandakan sms masuk. Si suami pun mengambil telefon isterinya, dan membaca kandungan sms tersebut. Pengirim daripada nombor yang tidak dikenali, “Hai Sofia (bukan nama sebenar).. Boleh saya nak berkenalan dengan awak?..”


Selesai sms dibaca, si suami terus tidur. Keesokannya si suami tidak menegur si isteri, malah tidak mengejutkan isteri seperti biasa.. (Saya bukan mahu memburukkan sesiapa, Cuma ingin berkongsi situasi…)


Bagi saya, setiap orang punya privasi.. Begitu juga suami dan isteri. Namun, jangan sampai menyalah gunakan privasi demi kepentingan peribadi.. Ada kalanya, ada perkara yang tidak perlu diketahui untuk lebih menjaga keharmonian hidup. Contohnya, suami keluar dengan siapa, apa yang dibuat, dia bercakap dengan siapa..dll.. Sama juga dengan isteri.. Dia ingat tak lagi bekas kekasihnya dulu? Isteri ada tak berhubungan lagi dengan kawan-kawan lelakinya.. dll..


Saya ni bukannya orang yang terbaik untuk berbicara berkenaan hal ini.. Cuma pandangan peribadi! Kahwin pun belum..huhu..


Kita sebagai perempuan mesti kuat pergantungan pada Allah. Kita kena yakin, jika kita dekat pada Allah, Allah pasti menolong kita. Kisahnya seorang isteri yang solehah yang taat pada Allah. Suaminya suka berbuat jahat di belakang isterinya. Setiap malam selalu keluar atas alasan ada urusan. Tapi sebenarnya dia keluar untuk minum arak dan berfoya-foya. Setelah puas berfoya, dia pandai ‘cover’ kejahatannya dengan bersolat malam. Takbirnya kuat serta bacaannya yang bersungguh.. Namun, hari berganti hari, pada suatu hari si isteri menegur suaminya.. 

“Abang, apa yang abang buat ni??”


“Laa.. abang kan nak solat ni..”


“Habis tu.. abang nak solat macamana ni? Kain abang tak pakai!”


Kan dah kantoi!


Cemburu lebih kepada sangkaan kita kepada orang yang kita kasihi… Cemburu itu tandanya kita amat kasih pada orang tersebut.. Kalau tak kasih, pendek kata, LANTAK lah nak buat apepun.. Betul tak?? Cemburu pada keluarga, suami, isteri, tunang, sahabat,dll.. Jadi berhati-hatilah untuk cemburu. Tidak salah untuk cemburu, namun berpada-padalah! Peringatan untuk diri saya sendiri yang memang KUAT cemburu..huhu..


Namun, insyaAllah cemburu saya hanya MERANA saya seorang sahaja.. Saya tidak akan ‘memudaratkan’ orang yang saya kasihi… Boleh percaya ke? Hehe… Kita kena yakin, setiap insan dan harta adalah milik Allah. Jika kita kasihkan seseorang berpadalah.. Pendek kata, kasihi lah seseorang sepenuh hati, bukan sepenuh jiwa.. Kerana jika kita dikhianati (na’udzubiLlah) kita hanya sakit hati, bukannya sakit jiwa..hehe.. 


Apapun, TRUST (kepercayaan) adalah penting. Jika segala urusan kita serahkan padaNya, maka DIA akan mengawal dan membantu kita. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jika pasangan kita (suami/isteri/tunang dan sewaktu dengannya) berbuat jahat atau curang.. pasti Allah akan tunjukkan. Pemuda/di yang baik adalah untuk pemudi/da yang baik juga.. Jadi, jagalah hubungan dengan Allah, insyaAllah segala urusan kita (yang di luar kawalan dan jangkaan kita) pasti akan dijagaNya.. Yakinlah!


Saya doakan moga kita semua cemburu kerana Allah! Kasihilah dan hargailah orang sekeliling kita supaya kita tidak menyesal jika kehilangan mereka suatu ketika nanti.. Kehilangan? Setiap makhluk adalah milikNya. Sudah tentu kita akan kembali kepada Pencipta Yang Maha Mencipta!

Boleh juga rujuk ke blog INI untuk baca mengenai cemburu :)

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?