Salam
and good day!
Aku cemburu...! Salah ke..??
-Gambar hiasan-
Kali
ni terpanggil utk bercerita pasal CEMBURU atau senangnya di panggil jealous. Cemburu ni bermaksud kurang percaya atau syak wasangka.
Setiap insan ciptaanNya (termasuk haiwan) punya rasa cemburu. Adakalanya
cemburu itu bagus, malah ada juga kalanya cemburu itu binasa!
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga (jenis orang) yang Allah s.w.t haramkan syurga ke atasnya: orang yang ketagih arak, orang yang menderhaka kepada ibu bapanya dan orang yang dayus - iaitu orang yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya"
(Musnad Ahmad, no. 6113 dan dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth)
Yang
saya tau, cemburu ada BAGUS dan BURUK (cemburu buta lah).. Kalau ada istilah
dan jenis lain yang ditemui boleh lah saya kongsi pada entri akan
datang..hehe..
CEMBURU
YANG BAIK
Cemburu
yang baik boleh diambil kira seperti berikut;
1)
Cemburu
seorang ayah – tidak akan biarkan anak-anaknya (lelaki mahupun perempuan)
membuat maksiat selama mana mereka semua di dalam tanggungannya. Ayah akan
pastikan mereka mengikut dan patuh pada syariatNya.
2)
Cemburu
seorang anak- tidak sanggup melihat ibu bapa membuat kemungkaran serta
menasihati ibubapa secara berhikmah agar mereka tidak tersinggung dengan
kata-kata mereka.
3)
Cemburu
seorang suami- tidak akan biarkan isteri lalai pada perintahNya serta tidak
menjadi seorang suami yang dayus.
4)
Cemburu
seorang isteri- akan pastikan suami menjalankan tugas serta tanggungjawab
sebaiknya samada di rumah (sebagai ketua keluarga) mahupun di luar rumah
(sebagai pekerja dan milik masyarakat).
CEMBURU
BUTA
Banyak
kisah yang kita selalu baca di dada akhbar berkaitan kisah pembunuhan akibat
cemburu, bergaduh kerana berebut kekasih, simbah asid kerana tidak puas hati
dengan madudan bermacam-macam lagi yang kadang-kala ‘serabut’ jiwa dan fikiran
memikirkan kebobrokan masyarakat sekarang yang dipandu oleh nafsu, bukan dengan
iman.
Malah
ada juga berita yang pernah saya baca, seorang isteri nelayan yang punya ‘kekasih
gelap’ ketika suaminya keluar mencari rezeki di lautan beberapa hari. Anak-anak
yang mengesyaki dan menghidu kecurangan ibunya tidak pula ‘cemburu’ dengan
tindakan jahat ibunya itu… malah membiarkan saja, seolah-olah ‘redha’ serta
malas ambil pusing urusan ibunya itu..
Saya
punya seorang sahabat yang baru mendirikan rumahtangga. AlhamduliLlah, tahniah
saya ucapkan. Doa saya moga masjid yang dibina itu akan berkekalan hingga ke
Syurga. Ameen!
Pernah
suatu malam ketika sahabat saya sedang tidur, suaminya baru masuk ke dalam
bilik. Tiba-tiba telefon si isteri berbunyi menandakan sms masuk. Si suami pun
mengambil telefon isterinya, dan membaca kandungan sms tersebut. Pengirim
daripada nombor yang tidak dikenali, “Hai Sofia (bukan nama sebenar).. Boleh
saya nak berkenalan dengan awak?..”
Selesai
sms dibaca, si suami terus tidur. Keesokannya si suami tidak menegur si isteri,
malah tidak mengejutkan isteri seperti biasa.. (Saya bukan mahu memburukkan
sesiapa, Cuma ingin berkongsi situasi…)
Bagi
saya, setiap orang punya privasi.. Begitu juga suami dan isteri. Namun, jangan
sampai menyalah gunakan privasi demi kepentingan peribadi.. Ada kalanya, ada
perkara yang tidak perlu diketahui untuk lebih menjaga keharmonian hidup.
Contohnya, suami keluar dengan siapa, apa yang dibuat, dia bercakap dengan
siapa..dll.. Sama juga dengan isteri.. Dia ingat tak lagi bekas kekasihnya
dulu? Isteri ada tak berhubungan lagi dengan kawan-kawan lelakinya.. dll..
Saya
ni bukannya orang yang terbaik untuk berbicara berkenaan hal ini.. Cuma
pandangan peribadi! Kahwin pun belum..huhu..
Kita
sebagai perempuan mesti kuat pergantungan pada Allah. Kita kena yakin, jika
kita dekat pada Allah, Allah pasti menolong kita. Kisahnya seorang isteri yang
solehah yang taat pada Allah. Suaminya suka berbuat jahat di belakang
isterinya. Setiap malam selalu keluar atas alasan ada urusan. Tapi sebenarnya
dia keluar untuk minum arak dan berfoya-foya. Setelah puas berfoya, dia pandai ‘cover’
kejahatannya dengan bersolat malam. Takbirnya kuat serta bacaannya yang
bersungguh.. Namun, hari berganti hari, pada suatu hari si isteri menegur
suaminya..
“Abang,
apa yang abang buat ni??”
“Laa..
abang kan nak solat ni..”
“Habis
tu.. abang nak solat macamana ni? Kain abang tak pakai!”
Kan
dah kantoi!
Cemburu
lebih kepada sangkaan kita kepada orang yang kita kasihi… Cemburu itu tandanya
kita amat kasih pada orang tersebut.. Kalau tak kasih, pendek kata, LANTAK lah
nak buat apepun.. Betul tak?? Cemburu pada keluarga, suami, isteri, tunang,
sahabat,dll.. Jadi berhati-hatilah untuk cemburu. Tidak salah untuk cemburu,
namun berpada-padalah! Peringatan untuk diri saya sendiri yang memang KUAT
cemburu..huhu..
Namun,
insyaAllah cemburu saya hanya MERANA saya seorang sahaja.. Saya tidak akan ‘memudaratkan’
orang yang saya kasihi… Boleh percaya ke? Hehe… Kita kena yakin, setiap insan
dan harta adalah milik Allah. Jika kita kasihkan seseorang berpadalah.. Pendek
kata, kasihi lah seseorang sepenuh hati, bukan sepenuh jiwa.. Kerana jika kita
dikhianati (na’udzubiLlah) kita hanya sakit hati, bukannya sakit jiwa..hehe..
Apapun,
TRUST (kepercayaan) adalah penting. Jika segala urusan kita serahkan padaNya,
maka DIA akan mengawal dan membantu kita. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik
buat kita. Jika pasangan kita (suami/isteri/tunang dan sewaktu dengannya)
berbuat jahat atau curang.. pasti Allah akan tunjukkan. Pemuda/di yang baik
adalah untuk pemudi/da yang baik juga.. Jadi, jagalah hubungan dengan Allah,
insyaAllah segala urusan kita (yang di luar kawalan dan jangkaan kita) pasti
akan dijagaNya.. Yakinlah!
Saya
doakan moga kita semua cemburu kerana Allah! Kasihilah dan hargailah orang
sekeliling kita supaya kita tidak menyesal jika kehilangan mereka suatu ketika
nanti.. Kehilangan? Setiap makhluk adalah milikNya. Sudah tentu kita akan
kembali kepada Pencipta Yang Maha Mencipta!
Boleh juga rujuk ke blog
INI untuk baca mengenai cemburu :)
Read More......