KUCING
Salam and good day!
Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah
-Gambar Hiasan-
AlhamduliLlah, sy dan 2 orang lagi rakan telah berjaya mengikuti kursus marketing untuk menjadi usahawan yang berjaya dunia dan Akhirat insyaAllah. Banyak input untuk di apply di dalam bidang perniagaan saya.. Banyak yang nak dikongsi bersama kawan2.. Ramai jugak kawan2 yg nak dengar sharing saya berkenaan program tersebut.. InsyaAllah, saya sangat berbesar hati nak berkongsi bersama mereka.. Letih berkursus masih terasa.. Namun, insyaAllah semangat untuk berjaya dan maju untuk diri, keluarga dan Islam tidak akan pudar.
Hari ni semangat dan emosi saya sangat terganggu... Jika anda yang mengenali saya secara personal, pasti mengetahui betapa saya AMAT sayangkan haiwan dan ciptaanNya.. Saya sanggup menyusahkan diri untuk membantu makhlukNya kerana mereka diciptakanNya tiada akal untuk berfikir.. Oleh sebab itu, bagi menunjukkan kesyukuran saya padaNya.. saya akan membantu makhlukNya selagi termampu..
Pernah beberapa ekor kucing yang dibuang oleh tuannya berkeliaran di pejabat saya.. Beberapa hari jugaklah saya bawa bekal makanan untuk mereka sehinggalah mereka semua hilang entah ke mana pula.. Malah kambing yang berkeliaran di pejabat saya akan saya tolong.. Saya BENCI dan GERAM pada tuan punya binatang yang membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran mencari makanan hingga membahayakan nyawa mereka.. Ya Allah, andainya aku berkuasa untuk melakukan sesuatu, pasti akan aku lakukan. Namun, aku tahu.. kekuasaan hanyalah milikMu.. setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.. Aku hanya mampu berdoa dan bertindak mengikut kemampuanku...
Semalam, setelah selesai sesi pembelajaran dan kesemua pelajar saya telah pulang... maka saya pun bersiap sedia untuk pulang.. Kebetulan keesokan paginya saya akan ke bandar KT.. Jadi saya pun singgah lah ke stesen minyak untuk mengisi minyak.. Saya memang suka mengisi minyak waktu malam, terutamanya selepas kelas untuk menjimatkan penggunaan petrol..
Ketika ingin membayar di kaunter, saya terlihat seekor kucing yang agak besar saiznya, mungkin kucing jantan dan berbulu lebat.. Terdetik di hati saya.. Comelnya kucing ni.. Selepas itu saya meneruskan urusan saya di stesen minyak tersebut.. Setelah selesai mengisi minyak, saya pun menghidupkan enjin kereta.. Tetapi di dalam fikiran saya teringatkan kucing tadi.. Ya Allah, kenapa ya aku teringatkan kucing tu? Ada sesuatu ke yang Engkau ingin beritahu ku..? Namun, saya abaikan dan meneruskan perjalanan...
Tidak sampai 2 minit perjalanan saya keluar dari stesen minyak tersebut, ada bunyi kedengaran di tayar depan sebelah kiri kereta.. Ya Allah! Aku langgar apa..? Bunyi apa tu..? Tayar aku pancit ke..? Pelbagai perasaan datang ketika itu.. Saya pun menghentikan kereta ke bahu jalan tiba-tiba.. Nasib baik tiada kereta di belakangku ketika itu.. Jalan agak lengang ketika itu.. Saya memberanikan diri keluar untuk melihat situasi sebenar.. Saya perhatikan tayar saya dalam keadaan baik.. Saya pun melihat bawah kereta dan sekeliling tiada apa-apa yang berlaku dan kesan pun.. Saya agak pelik.. Kalau tiada apa-apa, bunyi apa yang kuat tadi..?
Beberapa saat ketika itu, sepupu ku yang dihantar olehNya yang kebetulan lalu menaiki motosikal menegurku.. Memang ketika itu tiada orang yang membantu.. Tapi tanpa diduga sepupu saya yang tinggal berdekatan tempat kejadian lalu.. Terima kasih Allah!
Saya meminta bantuannya untuk melihat keadaan kereta dan tayar saya... Semuanya ok setelah diperiksa... Namun hati saya masih mengatakan masih ADA SESUATU! Tiba-tiba datanglah seorang lagi pemuda yang juga kawan kepada sepupu saya itu.. Dia pun menyuruh kereta saya dialihkan ke tempat lain yang lebih selemat untuk diperiksa...
Dia perasan ada sesuatu bunyi pada tayar saya.. Setelah diperiksa dengan teliti..... ADA KUCING!!! Ya Allah, berderau dan naik bulu roma saya mendengarnya.. Mahu saya saya menjerit ketika itu! Rupanya bunyi tadi adalah datang dari kucing tadi yang mungkin meronta atau dah mati untuk menyelamatkan dirinya.. Pemuda itu memberitahu kucing tersebut telah mati akibat tersepit di celah rim (atau ape punya istilah pun saya tak tau)... Dia pun hairan bagaimana kucing tersebut boleh duduk di celah kawasan tersebut. Tayar kereta saya terpaksa dibuka untuk mengeluarkan kucing tersebut. Kucing tersebut mungkin tersepit dan tidak dapat keluar menyelamatkan dirinya...! Dan apa yang pasti, kucing tersebut adalah kucing yang saya nampak di stesen minyak beberapa ketika tadi... Ya Allah..
Setelah hampir sejam bertungkus-lumus mengeluarkan kucing tersebut... Akhirnya berjaya juga.. Saya memang memandang jauh kereta saya, apatah lagi kucing tersebut.. Tidak sanggup nak tengok betapa seksanya kucing tersebut.. Ya ALlah, ampuni dosaku! Aku tidak sengaja dan TIDAk TAHU kucing itu berada pada tayar keretaku.. Aku tidak sengaja... Andainya ku tahu, aku sanggup tunggu walaupun 10jam menanggung kesusahan mengeluarkan kucing tersebut dengan selamat...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Ya Allah, kadang2 Kau berikan inspirasi dan bisikan hati supaya sentiasa berhati-hati.. Ya Allah, insyaAllah akan ku jadikan peristiwa ini sebagai teladan.. Walaupun dihantui perasaan bersalah, sedih, kecewa,dll... Akan ku teruskan semangat dan kehidupan ini.. Moga Kau ampuni segala dosaku YA Allah... Kesenangan, Kepahitan dan kesedihan adalah ujian bagi hambaNya yang mengaku beriman. InsyaAllah, aku akan kuatkan semangatku dan mendekatiMu seikhlasnya.. Andai peristiwa ini adalah kaffarah dosa2ku yang lalu, aku redha..
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?