"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Usah Mencari Yang Terlalu Sempurna

Salam and good day!


Hmmm... bace lah sendiri ye, nasihat untuk diri saya sendiri dan renungan buat kite semua. Moga kita sentiasa di dalam redhaNya dan dikasihiNya.. Ameen



:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::



Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Read More......

La ilaha illallah by sami yusuf

Salam and good day!


AlhamduliLlah, syukur akhirnya dapat jugak cari nasyid ni. Ya Allah, walaupun selautan rinduku padaMu, namun itu tidak dapat dibandingkan rahmat dan kasih sayangMu padaku... Ampunilah segala dosaku. Kasihanilah daku. Bantulah aku untuk terus istiqomah di dalam hidayahMu..


Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya. Mari sama2 kita hayati nasyid yang indah ini.. SubhanaLlah.


Read More......

Queenie Padilla Daughter of Robin Padilla on Hajj, Showbiz and Islam

Salam and good day!



"I was lost and never been belonged... but now I have Allah... AlhamduliLlah"...


Terharu dengar rintihan dan luahan saudara baru kita ni, pelakon dan juga anak kepada aktor Robin Padilla, Queenie Padilla.. Saya pernah dengar kisah ayahnya yang memeluk Islam setelah keluar dari penjara... Pasal dadah kot tak silap... Masa mula2 tu, ramai yang terkejut dan tidak percaya... Malah ade juga sambutan yang gembira dan menerima keputusan beliau untuk menerima cahaya Islam..


Moga Allah beri kekuatan pada beliau sekeluarga supaya diberi kemudahan dan perlindungan untuk mengamalkan Islam sebaiknya.. InsyaAllah. Pada kita semua yang telah diberi hidayahNya, jangan sia2kan amanah Allah ini.. Moga kita semua dilindungiNya dan tetap istiqomah di dalam kebaikan.. Ya Allah, kurniakan lah kami husnul khatimah, dan keberkatan serta kekuatan untuk menegakkan syariatMu.. Ameen.



Read More......

Ketika Menanti Cinta


Salam and good day!



Jangan mudah dihanyutkan oleh emosi dan perasaan, kuatkan semangatmu, insyaAllah pasti Dia bersamamu... Ameen

-Gambar Hiasan-


Ketika embun masih menyelebungi si pagi, ketika sang mentari masih segan silu menampakkan wajah indah ciptaan-Nya dan ketika irama merdu alam terus memecah kesunyian si pagi, Abdullah Mifzal Audadi masih tetap setia bertasbih memuji nama Tuhan Yang Satu, Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. Butir-butir cinta terus mengalir dari kelopak mata seorang hamba Allah yang begitu kerdil disisiNya.


Abdullah yang sebenarnya dihantui suatu perasaan yang membuat hatinya tidak tenteram, yang membuat hatinya kadang-kadang terbang menerawang di awan-awan yang tidak pasti dimana penghujungnya. Titik permasalahan ini ialah Abdullah ketika ini masih mengharapkan dan sentiasa berharap agar dia dan Nur Mardhiah, gadis yang diminatinya suatu hari nanti akan disatukan dengan ikatan cinta yang halal. Meskipun begitu, dia perlu masih menunggu sehingga saat itu tiba dan ketika menunggu saat itu hatinya dilanda kerisauan, takut-takut bunga pujaan nya itu dipetik orang dan yang lebih membuatkan lagi dia takut bunga nya itu dengan rela dipetik orang lain selain dirinya.. Usai bermunajat dan beribadah kepada-Nya, Abdullah membaca sebuah kisah yang terkandung di dalam buku yang dibelinya semalam. Kisah itu benar-benar mengetuk hati Abdullah. ia mengisahkan tentang..


Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'. Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya. "Anak siapa wahai anakku?" anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata, "Wahai pak cik, saya seoranag anak yatim piatu." Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata, "Mahukah kamu menjadi anak angkatku?" Anak kecil itu berkata, "Apakah jika aku lapar engkau akan memberiku makanan?" Orang itu menjawab "Ya!!" Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan, "Ya!!" Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab, "Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu" Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala. "Aku juga tidak sanggup"


Akhirnya anak itu berkata, "Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat"(Surah As-Syu'ara' : 78-82)


Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata, "Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya." Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungannya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah. Dia merasakan cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal. Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sndiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni, esok dan seterusnya? Hati Abdullah merintih dengan sebuah penyesalan, dirinya begitu malu dengan kisah anak yatim yang begitu hebat pergantungannya pada Allah itu.


Hatinya ditebak perasaan sangat-sangat bersalah, dia tahu bahwa dirinya selama ini seolah-olah mempersoalkan ketentuan illahi, dia kerap memikirkan masa depannya bersama Nur Mardhiah yang sebenarnya bagaikan bayang-bayang yang tiada jaminan untuk muncul sebagai kenyataan. Dia menyesal dan tekad untuk bertawakal sepenuhnya kepada Allah mengenai "harapan masa depan" nya itu namun hati kecilnya utuh mengaharap Allah jodohkan mereka berdua. kisah anak yatim itu benar-benar mengajarkannya erti kesabaran, tawakal dan redha akan setiap jalan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.. Lantas.. jari-jari Abdullah terus mencoretkan sebuah luahan hati di dalam diarinya..


Andai kau tahu.
aku juga harap kau tahu.
Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku
Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa.

Bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana. tapi DIA.
DIA ,Allah yang menjadikan dirimu dan diriku,
di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui.

InsyaAllah Jodoh tidak akan lari
jika sudah memang ditakdirkan kita bersama
Biarpun beribu bidadari datang melamar ku,
InsyaAllah dirimu tetap untukku,
Jika itu yang Allah kehendaki.

Jodoh itu seperti rezeki.
Dan ku amat berharap
dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku..

Namun ku insan yang tiada daya dan upaya
melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya Allah,
Kuatkanlah imanku dan imannya..

Jika dia benar untukku,
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,

Jika dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu

Coretan hatinya itu benar-benar membuatkan hatinya tenang. Sungguh, bertawakal kepada Allah adalah jalan terbaik untuk keluar daripada kekusutan dan kerisauan.


"Barang sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi permasalahan yang menimpa mereka). Dan juga memberikannya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. " (At-Talaq : 3)


Dipetik dari SINI.

Read More......