"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Jalan Menuju ke Syurga Allah...

Salam and good day!


Dah lama saya simpn artikel ni... Kebetulan malam Jumaat (hari Jumaat) kita berkongsi artikel ni. Moga pengajaran yang sedikit ni mampu untuk mendidik jiwa kita untuk ikhlas membantu agamaNya. Allah tidak perlukan kita untuk mambantuNya, sebaliknya kitalah yang memerlukan Allah untuk terus hidup dan dalam rahmatNya..Ameen.

Mata siapa yang tidak pernah menangis kerana Allah?

-Gambar Hiasan-


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.



Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.



Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"



Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"



"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"



"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"



Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"



Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"



Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"



"
Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.



Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.



Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.



Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.



Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"



Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.



"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut



Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"



Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.



"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".



"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"



"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".



"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".



"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"



Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!



Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.



Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.



Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang



p/s: Masih lagi berdukacita kerana salah seorang junior saya ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya. 6 orang pekerja Petronas Carigali yang kecelakaan baru-baru ni, seorang daripadanya adalah junior UTP. Saya sempat melawat beliau di HSNZ. Zaujah die takde mase tu, hanya nenek die saje. Walaupun tak berapa kenal Arif, zaujah die Hasuna adalah adik usrah zaman U dulu. Moga Hasuna dan keluarga sentiasa dipeliharaNya dan tabah menghadapi ujian. Segan sebenarnya sebab dah lama tak jumpa kawan-kawan lama..huhu. Namun, bagi saya jauh di mata tapi dekat di hati... Saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka dari jauh.. Saya tetap mendoakan kebahagiaan mereka yang telah banyak berkorban dan mambantu saya mendekati Islam dan perjuangan selama ni. Saya sayang kamu semua!


Read More......

Konvoi Ulat Bulu

Salam and good day!


Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;


Soorah Al Furqan 25:63



Kejadian di Afrika Selatan pada 6 September 2010…


UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG



South Africa Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.











Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam peristiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.






Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah , Allahua’lam




Read More......

Saman: Mustafa sifatkan laporan tidak beretika

Salam and good day!

Sumber: harakahdaily.net

Majdan Yahya

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika. Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut.

Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan. “Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti,” ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily.

Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut.

Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk,” katanya.

Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu.

Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno.

Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut. “Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno,” jelasnya lagi. Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik.

p/s: Kelmarin terbaca kisah seorang pemuda curi RM10, kene penjara 4 tahun… Salah tu memang salah, tapi dalam hukum Islam memang hukuman kepada pesalah adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Ayah saya yang agak emosi kemarin mengeluarkan statement… Orang main politik kotor kalau kene jail semua kene 100 tahun penjara… Takdok hok bersih.. hehe..

Read More......

Bantahan Kenaikan Air


Salam and good day!
Kuala Lumpur - Gambar-gambar sekitar Bantahan Kenaikan 37% Air oleh Syabas yang telah berlangsung di Masjid Negara dan mereka berarak ke Istana Negara untuk menghantar memorandum bantahan. Lebih 10,000 rakyat Selangor menyertai himpunan aman ini. Sindrom BN (Barang Naik) makin menjadi-jadi. Bila petrol naik, harga barang mentah naik, pendidikan naik, kos sara hidup makin naik, macam-macam lagi kesempatan akan diambil untuk menampung kenaikan harga barang. Tahun 2010 ni saja, dah berapa kali harga petrol naik. Pening kepala saya, isi minyak RM30 dulu penuh tangki... sekarang ni isi RM30 boleh tahan 2-3 hari je..
























































Read More......

Menjamu Selera di RFC

Salam and good day!

AlhamduliLlah dapat jugak merasa makan di RFC Terengganu. Weekend je saya free nak keluar pegi mana-mana. Tu pun kalau takde program. Tak mahu tulis panjang-panjang... saya sempat ambik beberapa gambar menarik semasa kami menjamu selera... :)

Dari kiri: Balqis, Safiah dan Maisarah. Balqis datang nun jauh dari Johor. Bercuti di Terengganu beberapa minggu. Suka betul die boleh makan bersama-sama kami. Baru kali pertama jumpa die tapi dah mesra macam dah lama kenal.



Ekspresi muka Mardiana dah cukup menunjukkan dia enjoy makan di sini. Dah lah ambik paha ayam saya! Memang diorang ni makan tak pandang dah kiri kanan :) Saya pulak takdelah excited sangat sebab dah biasa makan di RFC. Cuma tak mahu ketinggalan 'merasmikan' RFC Terengganu.

Aiskrim perisa vanilla.. best jugak rasanya. Try lah sendiri..


Maisarah tanpa disedari telah 'mencuri' ayam yang ditapau dalam kotak untuk dimakan tadi. Masa nak balik baru saya perasan seketul ayam dah hilang... Budak ni memang nak kena!

"Kene makan sampai habis! Selagi tak habis tak leh balik" kata saya. Mereka beriya-iya jugak menghabiskan kesemua makanan dan minuman. Nampak mereka kekenyangan (se'eh). Kesian pulak. Bukan sengaja nak paksa... tak baik membazir!





Ni aksi betul-betul ni... bukan saje-saje berlakon posing gini.. Lepas makan, saya ke stokis HPA di sebelah RFC ni.. Nak beli barang-barang yang orang tempah dengan saya. Kedai nampak eksklusif dan bersih. Takde pelanggan lain masa tu.. kami je 6 orang masuk menyerbu kedai. Budak-budak masih excited lagi menjenguk keadaan sekeliling. Saya hanya memerhati sekali-sekali kerana berurusan dengan pekerja di kaunter.





"Aduh, lenguh laahh..." Suara Fatihah kedengaran dari belakang saya. Saya pun berpaling. Fatihah dan Mardiana berbaring atas karpet empuk tu..





Ish budak ni... buat macam rumah die pulak.. Saya berkata dalam hati... Tanpa berlengah saya pun ambik lah gambar diorang ni. Memang selesa sangat... Saya sempat lagi promote kat diorang..




"Balik nanti bagitau mama... kalau nak beli ayam atau aiskrim mari beli kat sini. Semua best-best belaka..."





"Ye ke kak long? Balik nanti nak bagitau mama lah..." kata mereka tulus. Saya hanya tersenyum. Senyuman yang tulus...







p/s: saya sebenarnya tak mahu dah bawak budak-budak ni pergi jalan-jalan. Ramai orang ingat anak saya! huhu.. Tapi saya dah ajak orang besar... orang besar tak mahu ikut.. kene lah bawak orang kecik.. saya segan kalau makan sorang-sorang kat situ... Sebab tu kalau jumpa saya dengan budak, kene tanye dulu anak sape yaa... bukan main teka-teka aje ok... :)






Read More......

Radix Fried Chicken @ Ganu

Salam and good day!

Saya mungkin beribu-ribu pengguna setia HPA yang menantikan RFC ke negeri Terengganu ni. Saya memang suka suka suka makan ayam. Selama RFC mula dibuka beberapa tahun sebelum ni, saya dah hampir 4 kali makan di RFC di Kedah dan baru-baru ni di Kelantan. Memang selama ni saya ikat perut tak mau beli KFC. AlhamduliLlah kali ni dah ada peluang makan ayam setiap hari..hehe.

Saya pun memang ketinggalan mengetahui RFC Terengganu ni bakal dibuka pada 2 Disember 2010 (esok). Saya memang tak lepaskan peluang ni nak promote sama sebab over-excited sangat. Sebelum ni tunggu punya tunggu bila lah nak siap RFC ni... banyak betul dugaan dan khabar anginnya... akhirnya menjadi kenyataan. AlhamduliLlah.

Seperti restoran fast food yang lain... RFC menyediakan pelbagai jenis makanan segera tetapi berkhasiat dan dijamin HALAL. Semua produk yang digunakan adalah produk HPA sendiri.. dari ramuan rempah, pelbagi jenis air sejuk dan panas, ayam organik yang sedap, dll... Memang semua kena cuba sendiri baru merasakan kesedapannya. Selain itu, apa yang amat dibanggakan adalah RFC (rangkaian HPA) adalah produk Muslim. Bukan mudah produk Muslim dan Bumiputra untuk sama-sama terus berdaya saing dengan produk antarabangsa yang sudah establish. Namun itu semua tidak mustahil, jika kita semua umat Islam menyokong sepenuhnya produk Muslim ini. InsyaAllah, orang Islam sekarang sudah mula celik hati menggunakan barangan yang halal lagi toyyiban. Meh pakat-pakat gi RFC!



RFC di Terengganu..







Menu-menu yang menarik...sangat sedap!


Peta lokasi ke RFC Terengganu di tengah bandat KT..

Read More......