"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Sunyi Je!

Sedihnye...huhu
-Gambar Hiasan-

Salam and good day!

Lama dah tak update blog... bukannya kekeringan idea Cuma tak sempat sebab banyak sangat nak cerita sampai tak tau nak cerita yang mana satu...huhu.. Ditambah ketiadaan ‘mood’ kerana kesihatan kurang baik akhir-akhir ini.. Nak kate demam piala dunia takde lah jugak. Saya ni bukannya kaki bola pun.. Cuma kalau ada match, biasa lepas saya balik mengajar malam-malam ada jugalah tengok-tengok. Takde lagi nak pecah rekod berjaga sampai awal pagi semata-mata ‘berqiamullail’ bola...

Minggu depan adik lelaki bongsu akan sambung belajar peringkat diploma di UiTM Segamat, Johor. Mama, abah dan adik akan menemani adik ke sana. Saya dan seorang lagi adik akan jaga rumah. Lagipun saya kerja, susah jugak nak cuti maklumlah baru jugak bercuti..

Awal Julai nanti, seminggu selepas hantar adik ke Segamat... Adik ke-2 bongsu akan sambung belajar di UPSI, Tanjung Malim pulak... Belum decide lagi siapa akan hantar. But for sure, mama dan abah akan pergi. Memang letih jugaklah.. persiapan sebelum, semasa dan selepas. Duit pun ‘riban-riban’ jugaklah berhabis... kesian mama dan abah..mesti sunyi sebab 3 orang anaknya berhijrah (seorang adik lelaki bekerja di KL) demi kelangsungan hidup.. yang tinggal 2 orang anak dara pingitan..hehe. saya pulak banyak ‘outstation’... adik pulak sibuk dengan function ke hulu ke hilir... nasib baiklah kami ada jugak di rumah menemani mama dan abah dikala sunyi...huhu..

Buat adik-adikku...belajar dan kautlah ilmu serta pengalaman sebanyak-banyaknya di negeri orang.. gunakanlah kesempatan ini untuk membina diri menjadi insan yang cemerlang akhlak dan akademik. Jangan sesekali hampakan harapan kedua orang tua.. Jangan khianati amanah dan harapan mereka. Jangan mudah lupa diri dengan kejayaan yang sementara pinjaman Allah.. ingatlah kami di sini, yang sentiasa mendoakan kejayaan kalian.. doakan juga kesejahteraan kami di sini... Dan yang paling penting, jadilah Muslim yang cemerlang di dunia dan Akhirat. Kerana dengan izinNya jualah kita mampu mengaut kejayaan dan kebahagiaan. Apabila Allah bersama kita, maka selamatlah kita dunia dan Akhirat. insyaAllah...!

p/s: sedih dan sunyi 2 orang adik akan ‘meninggalkan’ kami sementara. Tapi, biarlah demi untuk kebaikan mereka di masa akan datang. Moga mereka berjaya kelak! Saya pun tengah berkira-kira..nak pergi ke tak Tg. Malim nanti..? Tengok dulu lah...

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?