"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Amirul Oh Amirul...

Salam and good day!


Hari ni cuaca tak lah terik sangat..kadang-kadang mendung dan hujan rintik-rintik. Saya suka... kalau panas terik nak keluar rumah pun malas rasanya. Hari ni macam biasa waktu pagi pergi 'berjoli' sebab petang dan malam kene kerja..hehe. Bukan berjoli apepun, gi survey tempat dan membeli beberapa keperluan bahan mengajar.

AlhamduliLlah semua kerja settle waktu pagi ni...hanya perlu tindakan susulan sahaja. Cuma cuaca tenang tidak membuatkan hati dan perasaan saya 'tenang'. Topik pagi ni, sexual harassment di tempat kerja. Geram dan macam-macam lagi lah perasaan saya ni mendengar cerita adik saya sorang tu...besar dugaan die hadapi. Dah lah muda lagi, masih mentah dengan asam garam kehidupan. Saya bukannya tua sangat...ataupun dah makan banyak garam, cuma AlhamduliLlah pengalaman hidup saya tidak lah hadapi gangguan seteruk itu. Cuba bayangkan, jika seseorang yang sama pejabat atau organisasi dengan kita mengganggu secara lisan dan perbuatan? Tersentuh tangan lah.. tergesel bahu lah.. nasib baik tak silap lempang.. bagus gak kene sekali-sekala..

Saya mungkin pernah hadapi masalah ini tapi biasa-biasa sahaja...tak perlu lah saya terangkan di sini... cumanya takde lah kritikal sangat. Mungkin setakat tenung-tenung macam tak pernah tengok manusia...cakap-cakap dari jauh je... sengih-sengih yang menampakkan gigi kuning lagi rongak.. Itu dulu lah..sekarang saya kerja sendiri je..persekitaran pun ok..sayalah bos..sayalah kuli...customer saya budak-budak... AlhamduliLlah sangat ok semuanya.. Bila fikir balik, Allah takkan uji hambaNya melainkan dengan kemampuan dan kekuatan hambaNya.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Contohnya, kita terfikir..kenapalah aku tak kaya-kaya? kalau kaya kan best boleh melancong, boleh derma banyak-banyak..etc.. ni dah lah miskin, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. rupa-rupanya, seandainya orang itu kaya dia akan menjadi seorang yang pemboros dan mengikut hawa nafsu semata, lama-kelamaan menjadi muflis dan akhirnya menjadi peminta sedekah. Oh, rupanya begitu.. kalau begitu, baiklah keadaan sekarang. sekurang-kurangnya tak perlu minta sedekah.. yang penting kene usaha...

Tengah berfikir panjang lebar ni...tak sangka kelas dah start. Saya pun mengajar seperti biasa...

"Amirul, mai baca.." panggil saya. Amirul pun seperti biasa mengepit buku membacanya lalu duduk di sebelah saya. Sebelum dia mula membaca, tergerak hati nak bertanya..

"Awak ada abang tak?"

"Takde, cikgu"

"Ada kakak tak?"

"Ada.."

"Kakak awak darjah berapa?"

"Darjah 1 cikgu.."

Tiba-tiba saya mengerutkan dahi..

"Habis tu, awak darjah berapa pulak?"

"Darjah 1 cikgu.."

Pelajar yang lain ketawa mendengar... Ye lah, ni mesti main teka-teka je..biasalah budak-budak kadang-kadang jawapan mereka tak semua yang complete.

"Oklah, awak ada adik tak?"

"Ada cikgu..." sebelum sempat saya menambah die menyambung lagi..

"Bekiting cikgu"

Saya mengerutkan dahi lagi..

"Bekinting? Bekiting?"

Pelajar yang lain ketawa lagi...

"Apa die Amirul? Awak nak kate ape?"

"Bekiting cikgu...adik kite.." sambil menunjukkan kepalanya...

"Oh, rambut kerinting..masyaAllah budak ni.." saya menggelang-gelengkan kepala. Geli hati seketika...

selepas dia selesai membaca... giliran pelajar lain pula membaca.. Tiba-tiba..

"Cikgu, ada spiderman..." teriak Amirul sambil mengibas bukunya yang ada labah-labah.

Aduh budak ni, 'buat hal' lagi... saya dan pelajar lain ketawa riuh sekelas. Die yang kalut tadi pun turut ketawa..tanpa mengetahui puncanya...

"Spider lah Amirul.. awak ni.."

Kelas berlangsung seperti biasa lagi... Jam menunjukkan hampir 6.30 petang.

"Oklah, semua dah baca? Ada tak lagi yang belum baca?"

"Cikgu, 5 ekor semua... baca dah.." Amirul membuka mulut lagi...

Aduh budak ni... apa lah nak jadi...

"5 orang lah Amirul... ekor untuk binatang saje. Kite ni kan manusia"

Pelajar yang lain ketawa riuh-rendah sekali lagi..

Amirul memang pelik hari ni.. maybe over excited kot.. biasanya dia senyap aje..hari ni banyak pulak berceloteh. Dah lah cakap yang pelik-pelik.. At least, terubat jugak perasaan saya hari ni. Geli hati pun ade. Budak-budak ni umpama span yang mudah serap segala ilmu yang diperolehinya, tetapi fragile jika tersalah didikan. Sebab itu, saya amat mesra tapi tegas pada pelajar saya. Berkali-kali saya kata kan pada mereka...

"Cikgu marah awak bukan sebab cikgu benci... tapi cikgu sayang bangat pada awak. Cikgu nak sangat tengok awak berjaya besar nanti..."

AlhamduliLlah mereka boleh menerimanya...dan terbiasa dengan perangai saya ni...

oklah, banyak berceloteh hari ni... rajin jugak saya menulis hari ni.. Tengah menulis ni pun masih tersengih-sengih teringatkan peristiwa petang tadi... Ape2 jelah, asalkan bahagia.

p/s: PESONA dah tukar tempat...konsert tak jadi. takpe, ada lah hikmahnya tu. Tapi, nak jugak rancang konsert akan datang...insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Apa komen anda...?