"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

kartika oh kartika...

Salam. Salam Ramadhan.
Sedikit kupasan untuk dikongsi bersama. Tanahair kita baru-baru ini gempar dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman sebat kepada seorang wanita, kartika sari sukarno atas kesalahan meminum arak di depan khalayak ramai di cherating, pahang. wanita tersebut, yang merupakan model berasal dari Perak tetapi menetap di Singapura kerana berkahwin dengan warganegara republik itu. Pelbagai reaksi yang dikeluarkan oleh pemimpin dan masyarakat. Ini merupakan kes pertama wanita dijatuhi hukuman sebat. ada yang kasihan, ada yang menyokong, malah ada yang mencaci, tanpa mengira Islam atau bukan Islam. Mana satu yang betul ni?..

selepas itu, masyarakat dikejutkan lagi dengan penangguhan hukuman kepada kartika kerana bagi menghormati bulan ramadhan. pada masa yang sama, dikatakan tiada tukang sebat yang sesuai bagi menjalankan hukuman tersebut. masyarakat kebingungan kerana tidak ada penerangan jelas dibuat. pada masa yang sama, masing2 menunjukkan kehebatan berdebat dan berhujah dengan point2 yang dikira hebat... tanpa mengira hukum dan syariat Islam. Sesungguhnya, Islam itu indah. nak tau mcmana? berikut adalah petikan kenyataan media berhubung sebat menurut Islam.

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Abdul Hadi Awang | Aug 26, 09 5:51pm

komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


tambahan lagi ada satu artikel yang saya peroleh dari seorang teman, amat menarik...merotan merupakan kaedah terbaik untuk merawat ketagihan arak dan dadah.

Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

…….Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment, similar to that doled out regularly in British schools in the last century, helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommends caning and says the treatment works. A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best,

…..The Russian team says they are now charging for the caning sessions and are getting over U.S.$ 100 per patient for a standard treatment.


tepuk dada tanyalah iman. jangan kerana kita tidak menyukai sesuatu perkara, maka kita terus melupakan syariat dan hukum Islam. Kita adalah umat Islam, maka wajiblah kita berpegang kepada syariat Islam. Bukan Islam celup2.. kalau suka baru nak Islam kalau tak suka lupakan Islam. Kalau orang bukan Islam tidak suka dengan syariat Islam, itu diorang punya pasal. tapi pada masa yang sama menjadi kewajipan kita untuk menerangkan perkara yang sebenar supaya tidak menjadi fitnah. SESUNGGUHNYA ISLAM ITU INDAH.

Read More......

Peristiwa Syawal yang lepas...

Assalamualaikum.. Good day!

lama x menulis n update blog ni... bukan malas. tapi ade je alasan x sempat lh, internet lambat lh.. jadi x excited plak nak menulis. Lagipun, 'sibuk' melayari blog orang lain plak. blog sendiri terabai..huhu.

Baru je hantar family naik bas nak gi IJN tadi. Sedih rase, maklumlah x biasa berpisah ngan keluarga. Ibu saya dijadualkan ke IJN untuk rawatan jantungnya. rawatan kali ini, mungkin disusuli pembedahan sekiranya masalah jantung sebelum ini masih tidak ok. Ibu ada masalah injap dan saluran jantung tersumbat di beberapa tempat. Sebenarnya, akhir tahun 2007 lagi dah detect masalah jantung ni. Ibu sy keje federal, setiap pekerja yang berumur 50 tahun ke atas perlu menjalani rawatan intensif. jadi secara x langsung penyakit ibu saya di detect. mula2 tu, ibu buat x endah sahaja penyakitnya. lama-lama makin x sihat keadaannya. Aidilfitri tahun lepas, 2008 ibu secara senyap2 di serang sakitnya. bayangkan, sampai terlintas di fikiran akan kehilangannya..na'udzubillah.

saya masih ingat, sebelum ibu diserang sakitnya tu... saya kejut bangun sahur. maklumlah masih dalam bulan syawal, nak ambil sunat puasa syawal. saya masak sendiri lauk tengah malam, ye lah kot2 bimbang bangun lambat x sempat nak masak. saya simpan lauk elok2 tapi dalam bekas kaca. bangun pagi esok, tinggal dalam 30 minit lagi nak subuh. saya pun mamai2 bangun basuh muka nak sahur. aik..! mane lauknya?! semalam letak atas meja ni tp dah takde.geramnye, sape lh yang ambik! sy pun tanya ibu. ibu pun mengeluh, ingatkan lauk sape yg tak habis semalam, dia pun buanglah. Grrr! tiba-tiba rasa marah yg tiba2 nak keluar. sy agak meninggikan suara dan marah2 pd ibu. pada masa itu sy dah x terfikir pd pasal lain...rasa nak marah tu je...! SUNGGUH JAHIL! sy pun makan aje lh apa yg ade bg mengambil sunat sahur. sebenarnya subuh tu, dan beberapa hari sebelum tu sy dah perasan ibu seperti tidak sihat. mukanya pucat dan tidak bermaya.

hari itu berjalan seperti biasa... malam itu, selepas saya pulang dari kerja saya nampak ayah sedang mengurut ibu. sakit katanya. tidak sampai sejam selepas itu, ibu sy tidak tahan lagi menanggung kesakitan, mengadu untuk di bawa ke hospital. ketika itu, tetiba sy teringat kejadian subuh td. ketika itu juga sy menangis dalam bilik semahu-mahunya, takut sesuatu terjadi pd ibu. bimbang tidak sempat memohon maaf padanya.. IBU, SESUNGGUHNYA AKU SAYANG PADAMU! MAAFKAN AKU ATAS KELERLANJURAN DAN KEBIADABAN KU.. SESUNGGUHNYA AKU JAHIL DAN MENGIKUT NAFSU KU YANG GILA INI!!!

selepas kejadian hari itu, aku terus berubah. berubah menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih menyayangi orang di sekelilingku. SESUNGGUHNYA ALLAH SEDANG BERBICARA DENGANKU! Ya, selepas kejadian itu sylebih menghargai kehidupan dan agama. menjadi orang yang lebih pemaaf, penyabar dan bertanggungjawab. Allah menguji hambaNya, sesuai dengan kemampuan hambaNya itu. Terima kasih Allah krn masih lagi menyayangiku, dan memberi peluang padaku untuk bertaubat. Selepas kejadian itu juga, tidak kisah lh seletih manapun, sesusah manapun, sejanggal manapun sy utamakan ibu dan bapa. biarlah sy yang menanggung kesakitan dan keperitan, krn bagiku itulah tanggungjawabku terhadap kedua ibubapa selagi mrk masih di ada. Ya, harus diingat ganjaran syurga itu perlu ditebus dengan kesusahan dan kepayahan, selain kesabaran dan keikhlasan. Kejayaan itu tidak datang bergolek!

Hmm, sy menyeru pd semua sama-sama lh kita memperbaiki iman kita moga menjadi umat Islam yang baik, walaupun tidak sempurna. tiada yang sempurna melainkan Allah. jika iman nya baik, maka segala kehidupan dan akhlak yang baik itu dapat diterjemahkan. selain itu, hargailah kedua ibubapa selagi mereka masih hidup. jika banyak yang kita telah berkorban kepada mereka, apalah sangat jika dibandingkan dengan asuhan, didikan dan pengorbanan mereka membesarkan kita semenjak dari dalam kandungan sehingga kita berjaya menjadi manusia! smaa-sama lh kita berfikir dan berubah demi kebaikan di dunia dan akhirat. wassalam.

Read More......