Peristiwa Syawal yang lepas...
Assalamualaikum.. Good day!
lama x menulis n update blog ni... bukan malas. tapi ade je alasan x sempat lh, internet lambat lh.. jadi x excited plak nak menulis. Lagipun, 'sibuk' melayari blog orang lain plak. blog sendiri terabai..huhu.
Baru je hantar family naik bas nak gi IJN tadi. Sedih rase, maklumlah x biasa berpisah ngan keluarga. Ibu saya dijadualkan ke IJN untuk rawatan jantungnya. rawatan kali ini, mungkin disusuli pembedahan sekiranya masalah jantung sebelum ini masih tidak ok. Ibu ada masalah injap dan saluran jantung tersumbat di beberapa tempat. Sebenarnya, akhir tahun 2007 lagi dah detect masalah jantung ni. Ibu sy keje federal, setiap pekerja yang berumur 50 tahun ke atas perlu menjalani rawatan intensif. jadi secara x langsung penyakit ibu saya di detect. mula2 tu, ibu buat x endah sahaja penyakitnya. lama-lama makin x sihat keadaannya. Aidilfitri tahun lepas, 2008 ibu secara senyap2 di serang sakitnya. bayangkan, sampai terlintas di fikiran akan kehilangannya..na'udzubillah.
saya masih ingat, sebelum ibu diserang sakitnya tu... saya kejut bangun sahur. maklumlah masih dalam bulan syawal, nak ambil sunat puasa syawal. saya masak sendiri lauk tengah malam, ye lah kot2 bimbang bangun lambat x sempat nak masak. saya simpan lauk elok2 tapi dalam bekas kaca. bangun pagi esok, tinggal dalam 30 minit lagi nak subuh. saya pun mamai2 bangun basuh muka nak sahur. aik..! mane lauknya?! semalam letak atas meja ni tp dah takde.geramnye, sape lh yang ambik! sy pun tanya ibu. ibu pun mengeluh, ingatkan lauk sape yg tak habis semalam, dia pun buanglah. Grrr! tiba-tiba rasa marah yg tiba2 nak keluar. sy agak meninggikan suara dan marah2 pd ibu. pada masa itu sy dah x terfikir pd pasal lain...rasa nak marah tu je...! SUNGGUH JAHIL! sy pun makan aje lh apa yg ade bg mengambil sunat sahur. sebenarnya subuh tu, dan beberapa hari sebelum tu sy dah perasan ibu seperti tidak sihat. mukanya pucat dan tidak bermaya.
hari itu berjalan seperti biasa... malam itu, selepas saya pulang dari kerja saya nampak ayah sedang mengurut ibu. sakit katanya. tidak sampai sejam selepas itu, ibu sy tidak tahan lagi menanggung kesakitan, mengadu untuk di bawa ke hospital. ketika itu, tetiba sy teringat kejadian subuh td. ketika itu juga sy menangis dalam bilik semahu-mahunya, takut sesuatu terjadi pd ibu. bimbang tidak sempat memohon maaf padanya.. IBU, SESUNGGUHNYA AKU SAYANG PADAMU! MAAFKAN AKU ATAS KELERLANJURAN DAN KEBIADABAN KU.. SESUNGGUHNYA AKU JAHIL DAN MENGIKUT NAFSU KU YANG GILA INI!!!
selepas kejadian hari itu, aku terus berubah. berubah menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih menyayangi orang di sekelilingku. SESUNGGUHNYA ALLAH SEDANG BERBICARA DENGANKU! Ya, selepas kejadian itu sylebih menghargai kehidupan dan agama. menjadi orang yang lebih pemaaf, penyabar dan bertanggungjawab. Allah menguji hambaNya, sesuai dengan kemampuan hambaNya itu. Terima kasih Allah krn masih lagi menyayangiku, dan memberi peluang padaku untuk bertaubat. Selepas kejadian itu juga, tidak kisah lh seletih manapun, sesusah manapun, sejanggal manapun sy utamakan ibu dan bapa. biarlah sy yang menanggung kesakitan dan keperitan, krn bagiku itulah tanggungjawabku terhadap kedua ibubapa selagi mrk masih di ada. Ya, harus diingat ganjaran syurga itu perlu ditebus dengan kesusahan dan kepayahan, selain kesabaran dan keikhlasan. Kejayaan itu tidak datang bergolek!
Hmm, sy menyeru pd semua sama-sama lh kita memperbaiki iman kita moga menjadi umat Islam yang baik, walaupun tidak sempurna. tiada yang sempurna melainkan Allah. jika iman nya baik, maka segala kehidupan dan akhlak yang baik itu dapat diterjemahkan. selain itu, hargailah kedua ibubapa selagi mereka masih hidup. jika banyak yang kita telah berkorban kepada mereka, apalah sangat jika dibandingkan dengan asuhan, didikan dan pengorbanan mereka membesarkan kita semenjak dari dalam kandungan sehingga kita berjaya menjadi manusia! smaa-sama lh kita berfikir dan berubah demi kebaikan di dunia dan akhirat. wassalam.
0 comments:
Post a Comment
Apa komen anda...?