"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Akhirnya...Satu Permulaan

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Syukur yang tak terhinga kerana akhirnya berjaya 'mencipta' dan memiliki blog sendiri. Bukannya tidak minat, tetapi oleh kerana serba kekurangan yang dihadapi sebelum ini... usaha ke arah ini terbantut. kadang-kadang 'jealous' baca blog-blog sahabat2 yang senantiasa menarik perhatian saya untuk membaca.. ada sahaja cerita dan update, tanpa ketandusan idea untuk memberi info kepada orang lain..jealous yang baik..huhu. bila dah jeles tu, mesti kita nak usaha supaya kita boleh menjadi seperti orang itu, atau lebih baik dari dia... itu di kata kan jeles yang baik :)

kenapa saya nak buat blog jugak? sedang masing-masing rancak membina blog sendiri pasti kita juga tidak mahu ketinggalan. hmm...begitu ke? hehe...tanya pastu jawab lah sendiri. well, kadang-kadang ada sahaja yang kita nak share and introduce diri kita kepada public.. (bukan nak menonjol diri ok..) sebenarnya, dari blog ini kita boleh sampaikan secara tidak langsung mesej dan 'ajaran' yang kita nak bawa. Sabda Rasulullah s.a.w "Sampaikan olehmu walau satu ayat". jadi, selama ni kita dok syok sendiri ada ilmu banyak2 tetapi tidak sampaikan atau berkongsi dengan orang lain. bukan kedekut...hehe, cuma kadang-kadang rasa segan nak bercakap depan orang ramai, takut nak tegur orang tu, tak reti nak menyampaikan tazkirah, dll ada sahaja alasannya. jadi, insyaAllah dengan usaha yang sedikit ini dapatlah nanti dijadikan bukti dan persembahan kepadaNya nanti bahawa diri ini senantiasa menghargai setiap kelebihan yang Dia berikan kepada hambaNya.

saya mengalu-alukan sebarang cadangan, komen yang bermanfaat untuk sama-sama memakmurkan dan makrufkan ruangan ini... insyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin untuk kita berkongsi segala ilmu untuk kebaikan kita di dunia dan Akhirat. insyaAllah, Amiin.

Read More......