"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Hargailah Apa Yang Kita Miliki

Salam. Semoga menjadi iktibar kepada kita yang selalu leka dan jarang menghargai nikmat Allah. Jika kita merasa diri ini sakit dan susah, masih ramai lagi di luar sana yang lebih sakit dan lebih susah dari kita.
Kelmarin saya didatangi seorang peminta sedekah. Orang Bangladesh atau seangkatan dengannya. Katanya dalam Bahasa Inggeris yang short form.. "Please...Jihad..Jihad..Afghanistan". Faham lah saya derma untuk penduduk Afghanistan. Siap dengan surat-surat yang dilampir kemas dalam satu fail. Saya pun malas nak belek fail tu, kebetulan saya sedang melayan customer nak daftar anaknya. Saya pun mula-mula agak ragu, tetapi setelah didesak oleh pemuda itu saya pun ambil RMXX untuk diberi kepadanya. Tak puas hati lagi, dia memberi isyarat kepada customer saya yang sedang khusyuk mengisi borang untuk meminta derma. Saya seakan faham dengan isyarat tu, kata kepada pemuda itu.."No. Thank you". Pemuda itu pun pergi setelah memberi salam... Saya seperti tidak sedap hati...
Sebelum ini, sudah beberapa kali peminta sedekah datang ke pejabat saya. Pernah juga saya memberi pelbagai alasan untuk mengelak. Tapi kadang-kadang bila tengok keadaan pakcik/makcik minta sedekah tu, takpelah bagi jelah beberapa ringgit untuk menolong dia. Mana tau dia betul-betul memerlukan duit ketika itu. Ada sekali seorang pemuda yang nampak sihat walafiat datang ke pejabat saya meminta derma. Katanya dia sakit hati... doktor tidak benarkan dia kerja keras. Siap ada surat pengesahan dari sekolah (katanya pernah mengajar tetapi berhenti kerana tidak larat mengajar). Ketika itu firasat saya menafikan kesemuanya. Tetapi, saya bagi jugak... Kebetulan bulan puasa. Memang dah jad trend bulan puasa agaknya, para pengemis merasakan ramai orang 'pemurah' akan memberikan derma untuk ambil berkat. Saya TIDAK MAHU BERSUBAHAT! Tapi tidak tahu bagaimana nak mengelak.. nak menipu? bagi saya, kadang-kadang tu berhelah jugaklah. Dan nampak 'kemarahan' di wajah mereka, bukan 'kesedihan' apabila kita tidak mahu 'bekerjasama'. Macam inikah attitude nak minta barang dari orang? Sebab itulah bila firasat kita ini kadang-kadang betul, terutamanya wanita. Sungguh kuat firasat dan deria baunya. Saya terbaca di dalam satu artikel kesihatan...boleh cari sendiri yee.. Lupakan bab firasat... Cuma harapan saya agar segala sumbangan saya yang beberapa ringgit itu, tidak dikira sebagai subahat untuk memusnahkan orang. Maksudnya, memberi sedekah kepada bukan orang yang layak. Saya berharap, agar duit yang mereka gunakan itu akan mengubah mereka 'yang dusta' menjadi orang yang lebih berguna suatu hari nanti. InsyaAllah.
Petang tadi, saya didatangi lagi seorang pemuda. Tetapi kali ini lain pula sifatnya. Orangnya biasa sahaja.. Sudah banyak kali dia datang menjual kuih dari rumah ke rumah, kedai ke kedai di sekitar Ru Rendang. AlhamduliLlah makin lama makin laku dan laris jualan kuihnya. Dulu masa mula-mula menjual, dia hanya mengusung bakul ke hulu ke hilir. Tapi sekarang makin maju. Tapi agak kelakar, sebab kesemua kuihnya di letak di dalam kereta labi (kereta sorong). Sorong pun sorong lah.. yang penting hari ni banyak pilihan kuih yang dijual. Ada seorang guru saya berkata.."Kak ida, kalau takde sangat lelaki pilihan dalam dunia ni, saya sanggup terima dia (penjual kuih) jadi suami saya. Bagus betul. Usaha tak kira penat lelah..Awal pagi dah niaga. sampailah hujung petang pun semangat lagi menjual" Saya hanya tersenyum dan mengangguk kan kepala...
Para pemuda dan pemudi, ayuh bangkitlah dan usahalah mencari rezeki..bukan untuk mengisi perut yang boyot..majukanlah diri untuk kebaikan sendiri dan hasilnya dapat dinikmati orang lain..yang paling penting kejayaan kita dapat menyumbang untuk kebangkitan Islam. Jika engineer, jadilah engineer yang islamik. Jika guru, didiklah anak murid mengikut acuan syariat. Jika motivator, lagilah hebat kerana senantiasa dapat menyeru orang kepada kebaikan dan semangat! Apapun anda jadi, identiti Islam itu tidak lari. Kerana apa? Hanya dengan Islam, berpegang teguh pada ajarannya menjadikan kita sentiasa di jalan lurus... sentiasa bersemangat..tidak putus harap dari rahmat Allah...yang paling penting, boleh membezakan yang haq dan batil..
Saya agak emosi hari ini...mungkin banyak sangat fikir..banyak kerja pulak tu.. kebetulan baru baca satu cerita di bawah ni menjadikan saya lebih menghargai kehidupan ini..insyaAllah. Selamat bermuhasabah...
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.

Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Read More......

Hiburan Jiwa

Salam. Saya baru menonton trailer filem "Emak Ingin Naik Haji". Filem ini baru keluar di Indonesia. Walaupun kita 'rimas' dengan kebanjiran sinetron-sinetron di setiap channel tv kita, namun tidak salah untuk kita menghargai karya yang baik untuk diteladani. Sebelum ini glamour dengan filem Islamik kontemporari Ayat-Ayat Cinta dan Ketika CInta Bertasbih. Ok jugak fiem-filem ni, banyak kupasan agama yang membuka mata kita. Contohnya erti pengorbanan, cinta kepada Ilahi,dll. Namun filem berunsurkan jiwang sudah agak boring bagi saya..
Filem seperti Children of Heaven walaupun banyak kali dah menonton masih lagi best. Begitu juga satu filem penyiasatan dari Iran...dah hampir 10 tahun kot filem tu saya lupa nama filem tp masih terngiang-ngiang lagi kisah filem tu..dimana watak utamanya perempuan berjubah dan tudung serba hitam menjadi pegawai penyiasat. Banyak kes yang berjaya diselesaikan. Betapa hebatnya wanita muslimah yang ditonjolkan dalam filem ini. Berjubah tapi mampu mengejar musuh, berlari dengan pantasnya. Ada satu kes tu, die melompat menerkam penjahat dengan ganasnya. Memang dahsyat! Ternganga tengok aksi 'berani mati' muslimah tu...hehe.
Moga lepas ni, Malaysia akan mengeluarkan filem Islamik sendiri. Kalau drama Nur Kasih tu, best jugaklah.. saya tak pernah ketinggalan menontonnya. Tapi kalau boleh lepas ni, tak perlulah cliche semua drama atau filem Islamik. Kalau tak boring je nengoknye... alih2 kene kesat airmata.ish ish
filem terbaru;

Arif Husaini:
"Sekarang wang emak ada lima juta, sudah nabung lima tahun. Kalau sekarang naik haji, ongkosnya 30 juta, berapa tahun lagi ya, Zein?" Tanya si emak kepada anaknya dalam filem Emak Ingin Naik Haji hasil produksi Mizan Productions.
Filem yang sedang popular ini memaparkan kisah yang sekali pandang kelihatan agak biasa dan dialami banyak orang yang bercita-cita mengerjakan haji di Tanah Suci.Tetapi filem ini membawa satu kisah yang walaupun sudah biasa diketahui oleh mana-mana masyarakat Muslim, paparannya membawa mesej yang lebih mendalam, dengan menunjukkan juga kisah seorang lagi yang bercita-cita mengerjakan haji. Yang seorang lagi itu seorang yang jauh lebih kaya, dan menyimpan cita-cita yang tidak sesederhana si emak tadi. Dia mahukan gelaran Haji pada namanya untuk tujuan politik.
Di sinilah filem ini membawakan satu kritik sosial yang jarang diperkatakan.Dalam kategori filem bertema agama di negara kita, jarang sekali tema haji dijadikan cerita, tidak seperti Aidil Fitri yang sentiasa tidak putus dan dengan cerita yang lebih banyak berkisar pada kesedihan.Di Indonesia, semakin banyak filem bertema agama (yang adakalanya nampak dipenuhi elemen Islam pop seperti Ayat-Ayat Cinta) dihasilkan, memberikan sekurang-kurangnya pilihan lain kepada khalayak, di tengah-tengah lambakan filem yang tidak sehaluan dengan budaya dan agama masyarakat kita.Sebelum ini, filem Laskar Pelangi yang jga diusahakan Mizan, menjadi tumpuan meluas banyak pihak termasuk di Malaysia, menunjukkan pasaran yang besar untuk filem-filem bertema agama.Ini menunjukkan masyarakat Muslim negara kita dahagakan produk berbumbu Islami seperti yang banyak dihasilkan di Indonesia.
Hasil-hasil karya sebegini tentunya lebih baik disajikan daripada sinetron yang tidak membawa sebarang manfaat dan hanya mengkhayalkan.Ketika rakyat Malaysia marah dengan lambakan sinetron murahan Indonesia di televisyen kita, kita juga perlu melihat ke Indonesia untuk mencontohi penghasil filem-filem seperti Emak Ingin Naik Haji. Satu ketika dahulu, kumpulan-kumpulan nasyid bercambah di arena seni negara kita, dan diterima dengan baik oleh masyarakat. Ini menunjukkan masyarakat negara kita sangat dahagakan hiburan bersumberkan Islam.Apa yang perlu dilakukan ialah menghasilkan karya-karya seperti ini, untuk memberi ruang kepada mereka yang mahu menyampaikan mesej-mesej yang berbeza daripada apa yang kita perolehi daripada industri hiburan kita dewasa ini.Filem-filem dengan unsur maksiat dan sia-sia semakin banyak ditayangkan di pawagan dan hatta di televisyen kita pada masa ini.
Eloklah sekiranya dihasilkan pula filem-filem yang memberi kita pilihan yang berbeza.Mungkin kerajaan, sama ada pusat dan juga kerajaan negeri yang prihatin, boleh bekerjasama dalam hal ini, bermula dengan memberi dorongan dan sokongan kepada hiburan yang lebih Islami.

Read More......

Menyeru dengan lisan yang indah

Salam. Things to ponder. Zaman sekarang penuh dengan fitnah. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah menyebarkan fitnah, ataupun dengan senang mempercayai fitnah. Kita melihat sekarang PAS menerima pelbagai tekanan dan fitnah yang datang bertubi-tubi. Jika tidak cukup ketahanan dan kesabaran, amat dibimbangi parti Islam ini akan dicemari pelbagai virus dan penyakit. Namun percayalah, selagi kita yakin dengan kepimpinan ulama' yang lebih alim dan taqwa kepada Allah..tiada kesusahan dan dugaan yang tidak mampu kita hadapi. Selain itu, kita sebagai petugas dan ahli gerakan Islam harus senantiasa menjaga adab dan ilmu yang dimiliki. Jangan sesekali menyalahgunakan dan tidak ambil cakna dengan masalah yang dihadapi parti. Cubalah untuk menyumbang, apa sahaja...walaupun hanya doa dan airmata!
Ahad lepas saya hadir ke Majlis Makan Malam sempena ulangtahun ke 10 Jabatan IT PAS Pusat yang telah disempurnakan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Saya dapati ucapan Tuan Guru pada malam itu sungguh bermakna, membawa mesej yang sangat mendalam kepada perjuangan khasnya bagi mereka yang memilih untuk berdakwah dan berjuang melalui ICT. Ucapan beliau disampaikan secara spontan namun ternyata kaya dan penuh ilmu bagi mereka yang menghargainya. Ayat al Quran yang beliau pilih untuk mukadimmah ucapannya adalah:Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”
Antara petikan ucapannya yang saya rasa telah memberi kesan mendalam kepada diri saya sendiri dan mudah-mudahan sahabat yang lain adalah seperti berikut:
“Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.
Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerangkan, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.
Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita. Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.
Terpulanglah kepada kita masing-masing untuk menerima saranan dan pengajaran dari beliau. Namun saya yakin sebagai anggota jemaah yang bertanggungjawab, insyallah kita mudah menerima dan mempraktikkan saranan itu. Sahabat saya al Maniri di dalam blognya “Kalam Perantau” ada menyebut keseluruhan teks ucapan Tuan Guru itu. Sila ikuti di:http://kalamperantau.wordpress.com/2009/11/10/menyebar-maklumat-bohong-ke-neraka/

Syabas para petugas dan pimpinan JIT PAS Pusat.

Posted by roslan sms
p/s: insyaAllah rakan-rakan bloggers dan pembaca semua, moh kite usaha sama-sama bantu selamatkan Islam daripada terus dimusuhi dan difitnah.

Read More......

Pejabat Dalam Hutan

Salam. Good day!

Saya amat tertarik dengan gambar-gambar suasana ofis di dalam hutan...bukan hutan sangat pun. Macam kat taman yang dikelilingi tumbuhan liar. Kalau dalam hutan betul saya pun tak mau keje. hehe.

Saya masih ingat salah satu artikel saya yang lalu, kita perlukan banyak interaksi dengan tumbuhan hijau instead of kerja di dalam bangunan batu. Ini kerana tumbuhan hijau akan meneutralkan iron dan cas-cas positif dan negatif kita. Oleh itu kita senantiasa segar. Begitu juga udara segar pagi yang amat menyenangkan. Tiap-tiap pagi hirup udara segar, tengok benda hijau..maka segala stress dan masalah boleh 'settle' seketika. Tumbuhan dan benda hidup yang lain sentiasa berzikir pada Allah. Sebab itu dengar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, bunyi air terjun dan bunyi cengkerik di hutan amat menyenangkan. Bila balik rumah kene sindir, kene bebel..hehe tu lah cari pasal sangat.. :)

So, enjoy yourself dengan gambar-gambar di bawah ni. Moga mendapat inspirasi dan ceria sokmo!





















Read More......

Jenis INFJ?

Salam.

Saya baru sahaja selesai buat Personality Test dan Intellectual Test kat laman ni. Sangat menarik. Saya sebelum ni hanya lihat result orang lain, baity dan dianah. Baity dengan The Chief, Dianah dengan The Dreamer. hehe... jangan jalan masa mimpi ya dianah.. saya pun terfikir saya ni macam mana orangnya yaaa.. Kalau kita rasa macam dah kenal diri kita, alamaknya kita belum kenal lagi lah tu.. kadang-kadang sahabat adalah cermin kita untuk mengenali diri ini. Tapi, kadang-kadang saya rase tak jugak. Sebab ada jugak yang terpaksa kita 'sembunyikan' maka lainlah persepsi orang pada kita. Takpelah, yang penting jangan kita biarkan diri kita menjadi fitnah sudah lah. Berikut saya berkongsi dengan anda personaliti saya (credit bagi yang mengenali diri saya). Betullah kot banyak sikit pasal saya nih...hehe


The Confidant (Tempat Mengadu)

INFJs, making up an estimated 1% of all people, are the most rare type (males even more so). They are introspective, caring, sensitive, gentle and complex people that strive for peace and derive satisfaction from helping others. INFJs are highly intuitive, empathetic and dedicated listeners. These traits tend to act as a "tell me what's wrong" sign on their forehead, hence the nicknames Confidant, Counselor or Empath. INFJs are intensely private and deeply committed to their beliefs.

"INFJs are gentle, caring, complex and highly intuitive individuals. Artistic and creative, they live in a world of hidden meanings and possibilities. Only one percent of the population has an INFJ Personality Type, making it the most rare of all the types."
-
Portrait of an INFJ (The Personality Page)

"INFJs enjoy a greater clarity of perception of inner, unconscious processes than all but their INTJ cousins. Just as SP types commune with the object and "live in the here and now" of the physical world, INFJs readily grasp the hidden psychological stimuli behind the more observable dynamics of behavior and affect."
-
INFJ Profile (TypeLogic)

"creative, smart, focus on fantasy more than reality, attracted to sad things, fears doing the wrong thing, observer, avoidant..."
-
INFJ Jung Type Descriptions (similarminds.com)

"...desire to contribute to the welfare of others and genuinely enjoy helping their companions. Although Counsleors tend to be private, sensitive people, and are not generally visible leaders, they nevertheless work quite intensely with those close to them, quietly exerting their influence behind the scenes..."
-
The Portrait of the Counselor Idealist (Keirsey)

"INFJs tend to be devoted to what they believe in and seek work where their needs, values, and ideals can be deeply engaged. They move on the wave of their inspirations and are determined to see that their values are worked out in their lives. They will work toward their goals individually and, when needed, will put together a team of other highly dedicated people like themselves."
-
INFJ - The Mystic (Lifexplore)


Famous INFJsReal INFJ People (orang yang perangai macam saya nih..)
Adam Sandler - actor, comedian
Anthony Kiedis - singer (Red Hot Chili Peppers)
Aristophanes - Greek dramatist
Billy Crystal - actor, comedian
Carrie Fisher - actress, screenwriter, novelist
Chaucer - poet
Fanny Crosby - hymn writer
Fred McMurray - actor
Garry Trudeau - cartoonist (Doonesbury)
Gillian Anderson - actress (X-Files)
Goethe - poet
James Reston - journalist
Jamie Foxx - actor, musician, comedian
Martin Van Buren - American President
Mel Gibson - actor, filmmaker
Michael Landon - actor (Little House on the Prairie)
Nathan - Prophet of Israel
Nathaniel Hawthorne - novelist
Nelson Mandela - President of South Africa
Nicole Kidman - actress
Oprah Winfrey - TV show host
Paul Stookey - singer-songwriter
Piers Anthony - sci-fi/fantasy writer
Robert Burns - poet
Shirley Temple Black - actress
Sudi-Kate - American dramatist, evangelist
Tom Selleck - actor

Teruja jugak Oprah Winfrey jenis INFJ. Tapi yang tak bestnye, takde contoh famous Muslim ke..? Kene carik nih..


Fictional INFJs (Characters) (karakter filem/drama yang boleh diadu masalah..hehe)
Amelie Poulain - Amelie
Dr. Yuri Zhivago - Doctor Zhivago
Joe Hackett - Wings
Luke Skywalker - Star Wars
Tinman - The Wizard of Oz

Nasib baik Luke Skywalker tu orang baik (dalam filem)...huhu

INFJ Career Matches (kerja yang sesuai dengan jiwa dan perangai saya...)

INFJs are often happy with the following jobs which tend to match well with the Confidant/Visionary personality.
Actor
Alternative Medicine
Artist
Child Care Worker
Child Development
Chiropractor
Church Worker
Clergy
Computer Programmer
Computer Specialist
Consultant
Dentist
Designer
Doctor
Educational Consultant
Entrepreneur
Human Resources
Lawyer/Attorney
Librarian
Marketer
Missionary
Musician
Photographer
Psychiatrist
Psychologist/Counselor
Sales Representative
Scientist
Social Worker
Systems Analyst
Teacher/Professor
Trainer
Writer

Alhamdulillah...nampaknya kerjaya saya sekarang nih memang sesuai dengan jiwa saya. Patutlah tak berganjak-ganjak dari dulu lagi.. Kene usaha lagi nak majukan bisnes saya nih...Fighting!

Intrapersonal Intelligence

Common Characteristics
Introverted
Prefers working alone
Philosophical
Self-aware
Perfectionistic
Often thinks of self-employment
Enjoys journaling
Intuitive
Independent
Spends time thinking and reflecting
Likes learning about self .... dan banyak lagi boleh refer pada website tu..

Bila baca description nih, rasa teruja, terkejut nak tergelak pun ade. Apepun, ini adalah hasil kajian. Yang penting, syukurlah dengan kurniaan Allah pada kita. Jika ada yang tidak elok tu, masih ada ruang dan waktu untuk berubah. InsyaAllah. Mane yang baik tu, kongsi-kongsi lah. Thanks pada baity n dianah yang perkenalkan test ni, especially dianah yang teruja nak tau saya ni jenis ape. Suka sangat die bila tahu saya ni sekumpulan dengan dia...tapi 'rare type' ..huhu. Pada yang lain, tak rugi mencuba. Jangan tak cuba ya!

Read More......

Ribut Ida Melanda...

Salam. Tak sangka ada jugak nama ribut yang sedap gini. Nama macam lembut, tapi ganas jugak ya...hehe

MIAMI – A hurricane watch has been issued for coastal Louisiana and Mississippi as Hurricane Ida begins making its way through the Gulf of Mexico toward the U.S.
Ida could reach the northern Gulf Coast by Tuesday.
Forecasters at the National Hurricane Center in Miami said Sunday morning that the watch does not include New Orleans and stretches from Grand Isla, La., to the Mississippi-Alabama state line. The watch means hurricane conditions are possible within 36 hours.
A hurricane warning remained in effect for parts of the Yucatan Peninsula meaning hurricane conditions are expected within 24 hours.
Ida's winds remained at 90 mph (150 kph), making it a Category 1 storm. It was moving toward the northwest at 10 mph (17 kph) and was centered about 75 miles (120 km) northeast of Cozumel, Mexico.
THIS IS A BREAKING NEWS UPDATE. Check back soon for further information. AP's earlier story is below.

Klik sini untuk tahu lebih lanjut.

Read More......

Tips Sihat Luar dan Dalam

Salam. Sedikit info kesihatan untuk sama-sama amalkan, terutamanya saya :)


Untuk Elakkan Masalah Ingatan dan Tumpul Minda


  • Kurangkan makan bawang besar

  • Kurangkan makan berempah

  • Kurangkan makan ketumbar kering

  • Kurangkan menonton hiburan

  • Kurangkan membaca majalah hiburan

  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

  • Jangan makan kepala ikan

  • Jangan minum air yang ada semut

  • Jangan tidur selepas subuh

  • Jangan tidur selepas asar

  • Jangan tidur selepas makan

  • Jangan makan terlalu kenyang

  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam

  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan

  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan


  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

  • Selalu makan makanan yang panas2

  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

  • Selalu minum air masak

  • Selalu makan ulam2

  • Selalu mengamalkan pandangan hijau

  • Selalu bersenam

  • Selalu menggunakan imajenasi otak

  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok)kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

  • Jangan ego

  • Jangan dengki pada orang lain

  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal

  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

  • Jangan makan makanan yang ada pewarna

  • Jangan makan makanan yang ada pengawet

  • Jangan menggunakan minyak masak lebih dari 2 kali

  • Jangan mandi selepas 9.00malam
    dan... Elakkan Apa yg perlu di Elak

Kenali sakit anda...


sambil mengurut-ngurut kaki tu, boleh tau sakit ape (melalui bahagian kaki yang sakit). InsyaAllah, prevention is better than cure. Kadang-kadang kite asyik makan ubat je, tak tau sakit ape. Pendek kata, jadikan makananmu ubatmu, bukannya ubat sebagai makananmu..


Read More......