"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Showing posts with label Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Perjuangan. Show all posts

Musafir Syawal, Rindu Ramadhan

Salam and good day!


Alhamdulillah, hari ni mood saya agak baik dan rasa tenang aje..hehe.. Dapat update 1 blog lain dan 3 page fb! Bukan senang nak mencari mood nak buat ayat dan update status tau... Rase tak adil pula jika blog sendiri tak di update..


Bulan Syawal akan beransur pergi beberapa hari lagi.. Rindu pada Ramadhan tetap dipendam jauh di dalam hati ini. Ramadhan adalah hadiah dari Allah buat hamba-hambaNya yang beriman. Moga kita tergolong di dalam orang2 beriman dan dikasihiNya insyaAllah. Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan. Kerana setiap ciptaanNya pasti akan meninggalkan kita. Namun, Allah tetap bersama kita walau jauh sekali kita melupakanNya... Astaghfirullah..


Bulan Syawal ni aja dah 2 kali saya bermusafir kerana memenuhi amanah.. Alhamdulillah, walau banyak kene berkorban, Allah masih memilihku untuk berjuang dan mendapat rahmat dariNya.. Terima kasih Ya Allah! Sebagai anak perempuan yang tinggal bersama keluarga pastinya banyak batasan yang perlu dijaga dan dihadapi.. Mama agak bising kerana kerap sangat keluar rumah berprogram.Ya, nak berjuang pasti banyak halangan. Walaupun mereka kurang memahami apa yang diri ini perjuangkan, namun hanya Allah mampu membalas segala jasamu dan kerelaanmu membenarkan anakmu ini keluar untuk menyebarkan kebaikan. Moga ini saham untuk mereka di Akhirat nanti, insyaAllah doaku!



 Dewan Bustanul Ariffin di batu Pahat, Johor. Kenangan terindah dan mahal yang saya lalui. Tarbiyyah dan kesabaran penting supaya kita sentiasa 'waras' dan bertindak di dalam kawalan. Saya suka nama ni, tak tau nama tokoh atau ape.. Kene search la lepas ni..


Gambar ni diambil di RnR Gambang.. Bas berenti untuk rehat makan dan solat. Sampai aje di cafe rnr ni, saya tertarik dengan dekorasi unik ni. Ye lah, sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sekaligus. Namun, tengah asyik memerhatikan hiasan ni tiba2 jantung saya berdegup kencang! Kwn2 tidak sedar akan kehadiran kucing, namun saya dapat perhatikan sepintas lalu. Mulanya terkejut ingatkan bangkai kucing... Rupanya kucing ni tengah tidur nyenyak! Alhamdulillah, lega rasanya hati ni :))


Di bulan Syawal ni, pastinya banyak jamuan raya. Saya suka masak, walaupun simple.. Saya memang jenis tak reti makan luar! Beruntung la suami saya nanti..hehe.. Saya suka masak lauk pauk je, untuk kuih-muih dan kek ni memang tak pandai.. Malas pun boleh jugak.. Saya ni jenis suka campak2 je bahan2.. Pendek kaa, masak ikut resepi sendiri.. Tapi kalau nak buat kek atau kuih ni, kene ikut sukatan.. ade disiplinnya, tak boleh suka2 hati je campak2! Nanti jadi bende lain plak kan.. :))


Walaupun kek coklat moist yang saya masak ni, kek segera.. namun, ade bahan2 yang saya kene masukkan sendiri untuk menjadikannya kek yang 'normal'..hehe.. Alhamdulillah, keknya menjadi dan enak sekali.. Walaupun pada mulanya agak hesitate nak masak atau tidak kek ni sempena jamuan raya tu.. tapi tetap teruskan atas rasa tanggungjawab dan ukhuwwah. Malam tu agak keletihan sebab banyak program dan aktiviti dari siang sampai malam. Hampir pukul 12 tengah mlm siap2 mengadun bahan dan mula mengukus kek ni.. Banyak betul halangan nak siapkan kek ni.. Patutnya sejam dah siap masak, tapi hampir pukul 3 pagi baru siap! Penat+mengantuk+nak marah.. mcm2 perasaan mari demi siapkan sebiji kek ni.. Gas habis, pastu kene masak kat luar rumah. Ade dapur kat luar rumah jgak. Kucing2 mengacau buat kek dan 'merengek' lapar dan nak bermanja seperti biasa. Mcm2 lagilah..hehe.. Apepun, tarbiyyah dari sebiji kek ini amat berharga. Ya, bila kita merasa susah dan 'sempit'.. pastinya Allah lah tempat kita mengadu.. Manusia biasa tertipu dengan 2 perkara.. 1) masa sihat, 2) masa lapang.. Pendek kata, masa senang kita biasa lupakanNya.. Apabila ditimpa kesusahan, kesakitan,dll itulah tanda kasih sayangNya.. Moga setiap kesusahan dan kesedihan yang menimpa adalah kaffarah dosa2 kita.. Amiin..


Oklah, dah lewat malam dh ni.. InsyaAllah awal pagi nak bangun sahur. InsyaAllah, baki sehari lagi nak cukupkan puasa sunat 6 Syawal. Moga diberi kekuatan olehNya. Hidup ini pilihan, maka pilihlah yang terbaik untuk agamamu!

Read More......

Perutusan Eidul Fitri 1433

Taqabbalallahu minna wa minkum


Read More......

Benjamin Wallfisch - Conquest 1453 (Fetih 1453) OST - My Life For My Flag

Salam and good day!


Kalau lah jadi filem Fetih 1453 ditayangkan di Malaysia, memang saya nak tengok sangat! Ke ade sape2 nak hadiahkan saya CD original dan CD soundtrack lagu2 filem ni..? Teringin sangat nak miliki semua koleksi ni.. Nak kumpul duit banyak2 gitu..hehe.. Klu upload kat youtube main sekerat2 je, tak best! hmmmm... 


Read More......

Muhammad al-Husyan - Fi lailatin minal layal



Keampunan Allah melebihi kemurkaanNya...!
Dosa2ku bertimbun bak gunung, namun Ya Allah... ampunilah aku, kasihanilah aku..
Banyak ketika aku tewas di dalam perjuangan menuju redhaMu...
Namun, dengan izinMu jua aku mahu bangkit demi menebus kembali dosa2 silam dan akan datang...!



Ya Allah tiada tuhan selainMu...
Ampunilah aku, dan kurniakanlah kepadaku husnul khatimah! Amiin..



Read More......

Berjuanglah!

Salam and good day!


Ku tujukan khas buat adik2 UPSI dan seluruh mahasiswa yang sanggup membuang segala ketakutan dan cemuhan semata-mata demi menegakkan keadilan dan cintakan keamanan... Ya Allah, bantu lah kami dan menangkanlah agamaMu!




Read More......

Oley!!



Salam and good day!


Semenjak dua menjak ni, heboh pasal video "Sembang Rakyat" yang mempertikaikan malah memperlecehkan hukum hudud. Orang Islam sendiri menghina hukum Allah! Astaghfirullah..


Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di atas inisiatif untuk menghasilkan video ini sebagai pencerahan terhadap hukum hudud. Moga Allah dapat membuka mata hati kita dan yang lain untuk memahami perlunya hudud dijalankan.. Bukan ikut membabi buta, tetapi FAHAM tuntutan Islam itu sendiri.. Video yang cukup santai, kreatif dan inovatif merupakan pertaruhan DPPP untuk berdakwah di medan masyarakat yang pelbagai agar tiada yang tersinggung. Kepada yang menempelak, saya hanya mampu ucapkan "ambik kau!"


Tak lupa juga penampilan istimewa, Matluthfi yang terkenal tu.. Bagus anak muda ni, moga Allah sentiasa memeliharanya dan istiqomah untuk terus menyebarkan dakwah dan kebaikan. "mencuri gitar adalah haram... curi hati takpe..." hehehe... die ni kalau tak buat 'ngada2' mmg tak sah lah...


‎"...maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui."
(Al-Anbiya (21):7)



Kepada semua... selamat menonton dan hayati mesejnya!




Read More......

'Gua Ikut Enta' part 2

Salam and good day!


Ni die sambungan siri-2 citer Gua Ikut Enta... Selamat menonton!






Read More......

Ijtima' Tarbawi 2011 Trailer

Salam and good day!



InsyaAllah pada hujung minggu ini, 28-30 Oktober 2011 akan diadakan Ijtima' Tarbawi Peringkat Kebangsaan di KUIZM, Taman Melewar Gombak, KL. Ini adalah ijtima' kali ke-2 pernah diadakan. Kali pertama di Rusila, Marang, Terengganu tempat TGHH.

ALhamduliLlah, saya berkesempatan pergi sekejap masa ijtima' di Marang tahun lepas. Saya tak pergi penuh sebab bertembung dengan program lain. Lagipun, majoriti pemuda pergi ke program tu, nak kira muslimat beberapa orang je.. Segan jugak lah. Yang penting adalah pengisian program tersebut yang padat dengan ilmu dan pendedahan serta membakar semangat anak muda untuk terus berjuang menegakkan agamaNya.

InsyaAllah, kalau berkesempatan kita semua boleh lah ikuti rakaman ceramah pengisian program tersebut. Walau di mana kita berada, jiwa dan raga kita tetap untuk Islam. Kita takkan pernah sunyi dan rugi selagimana kita berserah diri padaNya.. Takbir!




Read More......

Berbahagialah Sang Ghuraba'




by Nasrudin Hassan on Sunday, April 3, 2011 at 4:17am



1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.



2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.



3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.



4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.



5. Namun Nabi saw telah menegaskan :


بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء


Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].



6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt :



و إذا قيل لهم ءامنوا كما ءامن الناس قالوا أنؤمن كما ءامن السفهاء ألا إنهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون


dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti.


Surah al Baqarah : Ayat 13



7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.



8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.



9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :


· Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.



· Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.



· Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :



خياركم في الجاهلية خياركم الإسلام إذا فقهوا


yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam.



· PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.



10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.



Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'



Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan



Nasrudin bin Hassan


Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia






Nak faham lebih lanjut istilah Ghuraba' ni saya pun search lah dalam Google istilahnya. Jumpe lah satu blog yang agak menarik. Petikan di bawah ni saya ambik dari blog INI.



Istilah ghuraba’ ini banyak digunakan oleh orang Islam zaman sekarang. Ghuraba’ ni bolehlah kita anggap ia sebagai orang yang ‘asing’ atau ‘ganjil’.



Asalnya istilah ini adalah dari hadis Rasulullah s.a.w :


Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim



Jadi siapakah ghuraba’ pada zaman sekarang ini?



Mereka ialah orang yang masih berpegang pada al-quran dan sunnah pada zaman ini. Dan selalunya orang begini akan diejek atas pegangannya.



Sewaktu praktikal tahun lepas, majikan saya pernah pelik melihat saya lalu berkata :


“Saya hairanlah tengok kamu ni. Kamu ni hidup dalam dunia moden. Dan kamu sendiri minat dengan teknologi dan IT. Macamana kamu boleh masih berpegang dan percaya pada agama Islam?”



Masa itu, saya hanya menerangkan apa yang patut.



Susah nak terang bagi dia faham semuanya memandangkan saya pun tak pandai berhujah. Lagipun, majikan saya tu atheis, tidak percaya akan kewujudan Tuhan.

Read More......

Demonstrasi Anti-Yahudi...Sia-sia?

Ya Allah, selamatkanlah umat Islam di Palestin dan seluruh dunia...
Kuatkanlah semangat kami untuk terus berjuang
menegakkan agamaMu... Ameen.
-Gambar Hiasan-


Salam and good day!




Bagus artikel ni, menjentik pemahaman dan semangat kita untuk lebih memahami Islam. Islam itu Indah.. apabila betul-betul diamalkan dan diyakini. Namun, adakah mudah untuk kita pegang? Sebagai contoh, ramai yang mengaku beragama Islam..tetapi berapa ramai yang betul-betul mengamalkan Islam secara menyeluruh..? Sama-sama kita muhasabah, terutamanya diri saya ini...




Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia



Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”


Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?” “Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”“Winston from America?” bisik saya perlahan.Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.


“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.“Apa dia?”“Solat Subuh berjemaah.”


“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”


“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?” “Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.


“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”


“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”


“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

Contoh?” “Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”


Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”“Sama?”“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”


Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

“lagi?”


“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”


Pak Cik itu batuk-batuk.Saya urut belakangnya.“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “


“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”


Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?


Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!


Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”


Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?


OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

p/s: sabar betul pemuda tu bagi penerangan dan pemahaman kepada pakcik tu... :)

Read More......

14 Mei 1948: Hari Malapetaka


Salam.. Saya terima emel dari sahabat. Artikel yang bagus menerangkan sejarah zionis dan kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mempertahankan Islam dan Palestin. Sejak akhir-akhir ni mood saya kurang baik... Maaflah kalau anda semua boring takde lagi celoteh saya. Banyak sungguh input yang saya dapat berkenaan Yahudi, zionis, Palestin,dll... Kalau boleh semuanya saya nak letak dalam blog saya ni!

Inilah salah satu sumbangan saya untuk Islam, terutamanya saudara-saudara saya di Palestin..insyaAllah. Saya amat mengharapkan anda semua yang membaca artikel-artikel saya ini, sebelum, semasa dan akan datang ini...sama-sama lah kita sebarkan kepada seluruh dunia supaya manusia seluruhnya bangkit untuk mencari kebenaran dan keamanan. Masih ingat lagi peristiwa 9/11? Tidak dinafikan sejak itulah umat Islam diperlakukan dengan tidak adil dan didiskriminasi, terutamanya di Amerika. Namun, sejak itu jugalah ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam lantaran tertarik dengan keindahan Islam. Mereka mula mencari apakah agama Islam itu...ajarannya..dan akhirnya menemui kebenaran yang selama ini disembunyikan. Islam yang selama ini dituduh sebagai agama yang menggalakkan keganasan, menindas wanita dll... namun, mereka amat bijak menilai segala sumber yang diperoleh itu..

Apa yang penting...KERJASAMA. Masih ingat lagi...? Jangan ingat lagu Wonder Pet ni saje, yang penting semua umat Islam kena bersatu menentang zionis dan Yahudi ini... Moga Allah sentiasa memberi kita kekuatan dan keazaman untuk mendapat yang terbaik dalam hidup di dunia dan Akhirat...insyaAllah. Takbir!


Pulang dari check up di klinik, singgah makan di restoran berdekatan rumah. Baru sahaja selesai makan, mata tertumpu ke skrin televisyen di restoran, tv3, buletin 1.30. Suara televisyen tidak jelas kedengaran lantaran jauh dan perlahan suaranya, namun, terus berdebar jantung melihat tulisan di hadapan berita tersebut, Israel menyerang! Melihat gambaran seolah-olah serangan berlaku di atas kapal, mengiyakan kata hati, bahawa benar, Israel telah menunjukkan kezaliman, kederhakaan dan kebinatangannya apabila menyerang kapal Lifeline 4 Ghaza, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza secara aman. Terus sahaja pulang ke rumah dengan hati yang sangat tidak senang, menahan air mata dan sebak. Dalam perjalanan, sms abang, ”betul kata abang, kemungkinan Israel serang kapal ” Sampai di rumah, terus buka siaran Awani di Astro dan dah berlaku! Al-Jazeera, mengiyakan serangan dengan belasan yang terkorban. Sedih sangat-sangat.. Sedih atas pengorbanan mereka, sedih kerana kebinatangan zionis Israel laknatullah dan sedih bercampur rasa cemburu kerana tidak dapat bersama-sama mereka yang terkorban merasai syahid dan tidak dapat berada bersama membantu ummat Islam di Ghaza.


Benarlah kata abang dalam kuliahnya tempoh hari dengan tajuk Yaumun Nuqbah/ ‘Aamun Nuqbah ( Hari/Tahun Malapetaka) : “ Kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Ghaza sebenarnya berhadapan dengan risiko diserang oleh zionis laknatullah.” Semasa kami ke KLIA menghantar mama dan baba ke Afrika Selatan kerana program bersama masyarakat Islam di sana, kami berkesempatan bertemu dengan 11 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mewakili NGO masing-masing ke Turki dalam misi LifeLine 4 Ghaza. Ada yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji, ada yang telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak dan isteri serta keluarga, mereka semua hanya membeli tiket pergi sahaja dan tidak membeIi tiket pulang, alangkah kuatnya semangat mereka untuk membantu ummat Islam di sana. Kali terakhir melihat berita pagi tadi (1 Jun 2010, Selasa) di Al-Jazeera dan Astro Awani, masih lagi tidak dapat disahkan identiti mereka yang terkorban dan anak kapal telah dibawa ke Ashdod. Menurut kuliah abang sebelum ini, terdapat sebuah penjara di sana bagi menempatkan mereka yang terlibat dengan misi ini.


Paling menyakitkan hati apabila dengan secara jelas, tentera Israel menyerang kapal yang berada di perairan antarabangsa, yang menurut undang-undang antarabangsa, mereka tiada hak untuk menyerang! Menurut Menteri di Turki, dalam siaran langsung Al-Jazeera, mengatakan bahawa Israel BERBOHONG apabila mengatakan bahawa terdapat senjata dalam kapal tersebut kerana tentera Turki telah pun memeriksa sepenuhnya kapal tersebut daripada sebarang senjata. Kapal yang diduduki seramai lebih 600 orang yang cintakan keamanan dan ingin menghantar bantuan ubatan dan pelbagai bantuan lain terdiri juga dari masyarakat Israel yang cintakan keamanan, pemenang hadiah Nobel keamanan, wartawan-wartawan, wanita dan baby berusia 3bulan! Israel masih lagi menyembunyikan identiti mereka yang terkorban kerana takut dengan kecaman dahsyat lagi dari negara-negara terlibat. Sehingga tulisan ini ditulis, berita menunjukkan, rakyat Turki, sebelum Subuh lagi telah turun ke jalanan setelah mengetahui berita tersebut. Masyarakat Jordan, Amerika di Washington, masyarakt Pakistan dan United Kingdom telah turun di jalanan menyatakan kutukan dan kecaman terhadap tindakan Israel. Kerajaan Turki telah memanggil pihak UN ’helds the emergency session’ membincangkan tentang perkara ini di Turki. Sebelum ini, Turki telah memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka menggunakan kekerasan tentera dan menyerang kapal-kapal tersebut, mereka tidak akan teragak-agak menurunkan tentera Turki untuk menyerang balas.


Selama 4 kali mengikuti kuliah abang dalam bulan Mei ini, abang kata memang ingin berkuliah tentang ’Aamun Nuqbah/ Yaumun Nuqbah. Terlalu banyak isi yang dapat dikutip meneliti setiap butiran kata. Saya cuba untuk membentangkan tajuk ini satu persatu walaupun tidak dapat secara detail. Yaumun Nuqbah/ Naqbah ataupun ’Aamun Nuqbah/ Naqbah merupakan hari malapetaka bagi ummat Islam kerana hari itu, 14 Mei 1948, tertubuhnya negara Haram Israel yang diiktiraf dunia dan PBB. Ianya disambut oleh seluruh ummat Islam sebagai hari malapetaka! Kita akan membincangkan tentang 4 point penting ini :-

1. Mengapa isu Palestin ini dekat di hati kita?
2. Sejarah penubuhan negara haram Israel.
3. Pengajaran ’aamun Nuqbah
4. Tanggungjawab kita terhadap Palestin


MENGAPA ISU PALESTIN DEKAT DI HATI KITA?

1. Al-Aqsa merupakan kiblat pertama ummat Islam. Tempat isra’ dan mikraj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa merupakan tempat di mana Rasulullah SAW mendirikan solat menjadi imam bermakmumkan seluruh Rasul-Rasul sebelum baginda SAW. Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya kiblat pertama ummat Islam itu dipertahankan. ”Al-Aqsa adalah sebahagian dari kita, dan kita adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.”

2. Menurut penganalisis politik, Isu Palestin merupakan ’Mothers of Conflict’ dalam dunia ketika ini. Lihatlah apa yang berlaku di dunia ketika ini. Dunia dilanda ketakutan dan kebencian yang teramat sangat kepada Israel dan Amerika sehingga ada yang meletupkan diri di mana sahaja, di New York, di Bali dan di pelbagai tempat selain Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang meletupkan diri dan menyerang mereka yang tidak bersalah, rakyat biasa di negara tersebut kerana ada dari mereka juga tidak setuju dengan tindakan kejam Zionis Israel di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Namun, ini menunjukkan bahawa dunia sekarang tidak akan aman selagi Israel dan Amerika tidak menghentikan kekejaman dan kebongkakakan mereka terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Meletupkan diri di zon perang adalah dianggap syahid oleh ulama’, iaitu di Palestin,Iraq dan Afghanistan, namun tidak dibenarkan menyerang di tempat lain selain itu.



SEJARAH PENUBUHAN NEGARA HARAM ISRAEL

Saya bukanlah orang yang ‘terer’ menghuraikan perihal sejarah, namun, kita boleh melihatnya secara ringkas bagaimana boleh wujudnya negara haram Israel ini. Pada tahun 1917, dalam Balfour Declaration, mengatakan bahawa Palestin merupakan negara rasmi bangsa Yahudi. Mengapa mereka mengisytiharkan perkara tersebut? Menurut sejarah, dapat dilihat bahawa masyarakat dan kerajaan Eropah tidak senang dengan keberadaan Yahudi yang berada di negara mereka. Mereka telah memikirkan tempat yang sesuai untuk diletakkan Yahudi laknatullah ini dan tempat yang paling sesuai adalah di negara Palestin lantaran mereka mahukan negara bagi memecahbelahkan ummat Islam dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kerajaan Islam yang ketika itu dijajah oleh kuasa besar Britiish. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negara-negara Arab dan negara ummat Islam telah dibahagi-bahagikan kepada negara-negara penjajah seperti kek yang dimakan rakus oleh kuasa penjajah.


Palestin telah dijajah oleh British sepertimana Malaya ketika itu. Yahudi telah banyak menimbulkan masalah kepada negara Eropah dan mereka akhirnya secara rasmi, mengiktiraf Israel sebagai kerajaan dalam PBB dan itu berlaku pada 14 Mei 1948, setelah Israel melobi di PBB dan hari itu disebut sebagai Yaumun Nuqbah, hari malapetaka ummat Islam dan ia disambut setiap tahun oleh mereka yang mengetahui dan merasai.


Sebelum peristiwa Mei 1948, hanya 20% tanah yang diduduki oleh Yahudi, namun setelah persitiwa tersebut, sebanyak 78% tanah Palestin telah diduduki oleh Yahudi. Pada tahun 1936-1939, Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan pencinta syahid telah melaksanakan penentangan nyata walaupun negara-negara Arab sekitarnya telah lumpuh. Penentangan mereka telah menyebabkan Israel hampir mengisytiharkan dharurat. Pada 1948, Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah membina seramai 12,000 orang ikhwanul muslimin dan membantu tentera dan rakyat Palestin di sana. Walaupun Masyarakat Israel menafikan mereka terkesan dengan intifadah yang dilakukan oleh Hamas dan masyarakat Palestin, namun hakikatnya, jutaan ringgit mereka kerugian lantaran intifadah yang dilancarkan.

Setiap kali roket Hamas yang ’kurang canggih’ dilancarkan, setiap kali itu mereka berada dalam ketakutan dan bersembunyi di bawah tanah dan takut ke tempat kerja. Penganalisis sejarah mengatakan, sekiranya para ulama’ seperti Dr yusuf Al-qardhawi mengatakan dan melancarkan intifadah yang ketiga, bukan sahaja rakyat Palestin bangkit, namun rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir dan Jordan juga akan bangkit menentang Israel dan kerajaan mereka yang penakut dan tali barut Israel!


PENGAJARAN ’AAMUN NUQBAH


1. Kepimpinan dunia Islam, khususnya dunia Arab telah dikuasai oleh zionis. Di Mesir, jelas menunjukkan Hosni Mubarak menghalang bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Ghaza, malah membunuh mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari dalam terowong. Ia bukan hanya menutup terowong yang disalurkan makanan di dalamnya menerusi terowong ke Ghaza, malah melepaskan gas asid yang membunuh pejuang-pejuang yang berada dalam terowong. Rakyat Mesir bukan sahaja marah kepada Israel, namun sangat marah kepada pemimpin mereka. Sudahlah demokrasi dicabuli, setiap kali pilihanraya di Mesir bakal dilaksanakan, mereka memenjara dan menangkap bakal calon pembangkang yang terdiri dari Ikhwanu Muslimin. Hanya 17% masyarakat Mesir yang turun mengundi. Demokrasi apakah itu?
Begitu juga Raja Jordan, pemerintahan monarki mereka. Sekiranya di Myanmar, Amerika beriya-iya menunjukkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan demokrasi dan melawan junta Myanmar, namun, di Jordan, mereka membiarkan Raja Jordan memerintah secara monarki kerana mereka tahu, dengan berkuasanya Raja Jordan, ia adalah boneka Yahudi dan mengikut kata Israel. Begitu juga dengan PM Palestin, Mahmoud Abbas, pimpinan Fatah, mereka dengan senang memperkotak-katikkan rakyat Palestin khususnya di Ghaza. Semasa Pilihanraya terbersih 2006 menurut ketua pengawas pilihanraya ketika itu, Jimmy Carter, Hamas terus dinafikan hak memerintah Palestin walaupun menang lebih 2/3 kerusi.
Rakyat Palestin tahu siapa yang bersama-sama mereka berlapar dan terbunuh kerana mempertahankan negara mereka, iaitulah pemimpin-pemimpin HAMAS. Mereka tahu, pemimpin Fatah yang apabila diberikan kepada mereka 10ringgit, mereka mengambil 9 tetapi hanya 1ringgit yang diberikan kepada rakyat Paelstin. Rakyat Palestin tahu pemimpin Fatah mempunyai rumah mewah di Jordan, setelah habis waktu pejabat, menaiki helikopter pulang ke rumah mewah mereka. Mana mereka tidak marah dengan pemimpin seperti itu?

2. Pengajaran kedua menunjukkan bahawa hanya Islam yang memberi kekuatan kepada umat Islam. Pada 1967, Perang Ramadhan ketika itu telah berjaya mengalahkan Israel ketika itu dan Intifadah kedua telah berjaya menyebabkan kerugian berjuta-juta USD Israel setiap hari! Lihat sahajalah mereka yang syahid mempertahankan maruah Islam dengan mengorbankan diri mereka untuk Islam. Jika kita di Malaysia, hari ini makan ayam, esok makan daging, lusa makan kambing, tetapi di Ghaza dan Palestin, mereka bukan sahaja tidak cukup makan, malah mereka yang sakit pun hanya menahan sakit kerana tiada ubat yang dapat diberikan.
Wanita yang bersalin, kematian bayi-bayi mereka lantaran komplikasi dan ketiadaan ubat. Namun, mereka tidak pernah mahu lari dari negara tanah tumpah mereka. Mengapa? Kerana setiap hari mereka mengangkat tubuh sahabat mereka yang syahid, mereka terbau harumnya syurga, setiap kali mereka mengangkat tubuh sahabat mereka, mereka melihat syurga! Mana muingkin mereka tidak mahu berjuang mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan maruah Islam!


TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP PALESTIN
1. Doa dalam munajat-munajat kita. Pernah kita mendengar kata-kata Mahmud Siyam, Imam Masjidil Aqsa semasa datang ke Malaysia dahulu mengatakan dalam maksud begini : ”Kami di sana mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa-jiwa kami, kami harapkan doa kalian. Kalaulah kalian tidak mengingati kami dalam doa-doa kalian, kami akan serahkan kalian kepada Allah!” Sungguh, kita merasa sangat pedih di sini, sahabat-sahabat kita bertarung nyawa di sana. Setiap waktu solat, angkatlah tangan berqunut nazilah, dan bermunajatlah memohon doa. Sekiranya kita tidak dapat bersama-sama mereka di sana, harapannya, dapat bersama mereka di Jannah Firdausi, sekiranya kita tidak dapat bersama mereka, harapnya, anak zuriat kita dapat bersama-sama membantu agama Allah di sana.


2. Sumbangan kita kepada rakyat Palestin. Bagi yang bergaji tetap, peruntukkanlah sebanyak 2% darinya setiap bulan bagi memberi sumbangan kepada mereka. Boleh membuat potongan terus ke bank-bank yang menyalurkan terus ke tabung Ghaza dan Palestin seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan Aman Palestin walaupun hanya RM10 sebulan. Lebih efektif berbuat potongan begitu lantaran keterlupaan kita.


3. Sebarkanlah maklumat dan pelbagaikan vehicle kita untuk menyebarkan maklumat. Maklumat ini bagaikan pedang. Seperti di UK, mereka telah mendapat berita terus dari dalam Ghaza sehingga mereka berdemonstrasi di hadapan BBC dan CNN kerana menyiarkan berita palsu dan propaganda jahat. Mereka telah mewujudkan siaran mereka sendiri. Mereka begitu cepat mendapat maklumat, sehingga kita lihat, mereka yang berwajah putih, berambut perang dan bermata biru inilah yang menyuarakan bantahan secara terang dan sanggup menaja misi-misi kemanusiaan malah mereka ramai yang menyertainya hatta dari ahli parlimen mereka sendiri.
Sebarkanlah maklumat melalui blog, facebook, twitter dan lain-lain wasilah bagi menyebarkan tentang isu Palestin ini. Janganlah, sehingga terkena sekarang, baru kita tahu bahawa ada misi Lifeline 4 Ghaza untuk menghantar bekalan makanan. Ingin mengharapkan TV dan radio menyiarkan sepenuhnya dan membangkitkan isu ini? Tentunya kita lebih banyak melihat tayangan hiburan melebihi segalanya.


Saya hanyalah menterjemahkan dalam bentuk tulisan kebanyakan kuliah dan ceramah abang tentang Yaumun Nuqbah ini dalam blog saya, mudah-mudahan, kita mendapat maklumat yang benar dan nyata tentang apa yang berlaku. Sebarang kesilapan dalam tulisan mohon dimaafi dan diharap dapat disebarkan buat pengetahuan semua. Moga Allah menerima amal kita yang sedikit supaya dapat bersama mereka yang syahid di medan di Jannah kelak.... Amiin....


Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(At-Taubah 9: 41)

Read More......

Siasah Kita di Hulu Selangor

Salam and good day!








SELAMAT MENGUNDI kepada penduduk Hulu Selangor esok. Moga Islam terus bersinar dan menang insyaAllah. Yang penting Allah terus beri kekuatan dan kesejahteraan kepada para petugas PR hingga ke akhirnya. Biar rebah, jangan berubah!! (kata-kata sape ekkk..?)



1. Semua anggota pemuda PAS [ ahli dan pimpinan ] telah dikerah turun bertugas dan berjuang di P094 Hulu Selangor bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat [ Zaid Ibrahim ] mewakili Parti Keadilan Rakyat .



2. Atas semangat dan akhlak kita bertahaaluf siasi [ kerjasama politik ] , biarpun ia bukan calon dari parti kita sewajarnya kita bekerja dan membantu laksana ia dari parti kita sendiri . Justeru sekali - kali kita tidak boleh memberi ruang kepada Barisan Nasional mendekati jumlah 2/3 majoriti penguasaan mereka di parlimen .



3. Ia tidak hanya berpaksi kepada kepentingan politik lantaran politik hanya alat . Apa yang paling penting ialah perjuangan kita untuk menghalang UMNO dan BN berkuasa dan memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen.



4. Andai diberi peluang UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen kelak , ianya akan menjadikan mereka lebih angkuh dan sombong . Ia juga kelihatan seperti kita terus membenarkan segala penyelewengan , penyalahgunaan kuasa , rasuah dan 1001 mungkar Barisan Nasional yang sekian lama telah didedah serta dibongkar .



5. Turun ke medan pilihanraya atas tujuan menghalang kemaraan UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen adalah sebahagian dari perjuangan kita [ an nahyu a'nil mungkar ] dan ianya satu ibadah suci . Sungguhpun peribadi calon Pakatan Rakyat di P 094 teruk dipertikai oleh blogger - blogger yang pro Barisan Nasional , perlu disedari bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab mengheret saudara Zaid Ibrahim terperangkap dalam situasi yang sedemikian seketika dulu .



6. Saya yakin dan percaya , andai Zaid Ibrahim sedari awal lagi tidak bersama dengan UMNO dan BN beliau tidak akan terjebak dalam situasi mungkar yang sedemikian rupa . Nyata UMNO dan BN tidak menawarkan penghayatan agama yang baik kepada anggota mereka . Kemungkaran itu hanya dilihat salah apabila individu terbabit bertindak keluar dari UMNO dan BN .



7. Kini Zaid Ibrahim bersama Pakatan Rakyat . Beliau mendekati Tok Guru dan sering menghadhiri pentas bersama dengan pimpinan PAS selain PKR dan DAP . Hasilnya , beliau kini dengan berani mengakui bahawa beliau telah memohon maaf [ ampun ] atau taubat kepada Allah swt . malah beliau juga tidak lagi mengulangi kesilapan lalu . Ertinya mudah - mudahan beliau telah menemui "jalan pulang" yang benar dan selamat .



8. Nabi saw pernah menyebut bahawa semua anak Adam berdosa dan sebaik - baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat [ kesal dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu ] . Sementara pintu taubat belum ditutup , Allah swt senantiasa berbangga dengan hambaNya yang bertaubat . Justeru inilah calon pilihan terbaik berbanding UMNO dan BN yang jelas kelihatan terus mempertahankan kemungkaran yang mereka lakukan .



9. Seperkara yang utama perlu saya tegaskan di sini buat semua pemuda , setelah kita menyedari bahawa kita perlu menang dan kemenangan yang kita mahu capai bukan untuk memuaskan nafsu tamakkan pengaruh dan kuasa , sebaliknya kerana mahu melunaskan cita - cita suci menegakkan keadilan , kesaksamaan , kesejahteraan dan keharmonian serta memastikan syariat serta syiar Islam terpelihara dan mampu didaulatkan , maka :


bertugas dan berjuanglah dengan ikhlas dan tulus .
hubungkan diri dengan Allah seraya mengharap pertolonganNya
jaga akhlak dan etika berkempen justeru ia satu dakwah
tampilkan ketinggian budi dan ketulusan hati
jauhkan diri dari provokasi dan kawal emosi
fahami pilihanraya juga adalah sebuah perjuangan
bezalah diri dari penampilan dan pendekatan musuh
elakkan fitnah dan bercakap bohong
bertindak benar dalam tindakan dan perkataan
senantiasa bersedia dan mematuhi arahan pimpinan



10. Kemenangan adalah anugerah Allah swt. Pastikan hubungan kita dengan Allah swt erat dan rapat . Ianya adalah sebahagian pra syarat kemenangan yang wajib dipatuhi . Jangan pisahkan kerja - kerja pilihanraya dari tanggungjawab ubudiyyah kita kepada Allah swt. Jangan kerana sibuk dan leka berkempen sehingga terlupa waktu solat dan baca al mathurat . Manafaatkan semua ruang dan peluang untuk mendekati madu'u dan berikan maklumat yang benar lalu doakan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar jua . Elakkan diri daripada :


pergaduhan dan mencetus keganasan [ provokasi ]
caci maki dan sorak sorai yang tidak bermoral / akhlak
menabur fitnah dan melakukan perbuatan khianat
mengganggu ketenteraman awam dan meresahkan pengundi



Read More......

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.


Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'.


Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.


Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. 'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik.


Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya. 'Baik untuk permainan kedua...'


Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya berfikir .


Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.


Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....' 'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.


Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... '


'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid. 'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur.


Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'


Read More......

Sapu bersih semua, sapu keluar BN

Hulu selangor : disinilah sejarah tercipta.

Hadiah penyapu telah menyapu keluar umno dari memerintah Selangor.


Masihkah kau ingat?


Jom sapu BN keluar masa PRK P094 ini !

Read More......

TGNA Dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS

KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS


• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010
p/s: Takbir! Tahniah dan takziah di atas amanah yang dipikul. Moga Allah permudahkan TGNA menghadapi amanah seterusnya, dan senantiasa sihat insyaAllah.

Read More......

Kuda





"Cantiknya wallpaper nta..." puji Muzammil bila melihat ke laptop Karim.



"Uish... memang le.. kita kan kena jadikan Al-Quran sebagai panduan kita. Di laptop pun kena le ada ayat-ayat Quran, baru nampak muslim" jawab Karim bangga..



"Err... apa maksud ayat tu ye?" soal Muzammil semula sambil merujuk kepada ayat 1-4 surah Al-Adiyat yang tertera di desktop Karim.



"Ayat yang ni ye... Owh... ana pun tak tahu. Saje ambil gambar ni buat wallpaper.. Lawa tengok gambar kuda tue.." dalih Karim sambil tersengih lalu menutup desktopnya. Mungkin segan kerana tidak tahu menjawab persoalan itu.



Hakikatnya... bukan Karim sahaja yang begitu, ana yakin ramai lagi di luar sana mengalami permasalahan yang sama, iaitu memahami konteks ayat!



Ayat al-Quran jelasnya adalah firman Allah. Jadi, sesuatu yang datang dari Allah sudah pasti benar dan pasti ada maksudnya.



Namun, di kalangan umat Islam, terutamanya yang bukan berbahasa Arab, walaupun Al-Quran sudah di khatam beberapa kali, namun masih belum memahami pengertian Quran....

Faktor utamanya bagi ana ialah, penguasaan bahasa dan pemahaman konteks ayat.



Jujurnya, ana sendiri bila baca berulang-ulang kali ayat dari surah Al-Adiyat dari 1 hingga 5 hanya dapat menangkap akan sifat-sifat kuda. Tiba-tiba di ayat keenam,Allah menceritakan pula tentang manusia yang kufur. Apa kaitannya dengan kuda? Cuba juga memerah otak memikirkan hikmah ayat tersebut. Walaupun ana buntu, sama sekali tidak menjadikannya alasan untuk putus asa dari terus menerus untuk berfikir.



Alhamdulillah, penjelasan dari ulama iaitu Ustaz Sidek Nor amat membantu. Benarlah bahawa Ulama' itu pewaris nabi. Pagi tersebut ana terasa begitu seronok mendengar kupasan tafsir mengenai ayat tersebut.



Rupa-rupanya, Allah ingin menceritakan kehebatan kuda. Seperti mana yang terjadi ketika Pasukan Tentera Turki Uthmaniyyah keluar berjihad. Kuda itu bila berlari di waktu malam , malam bertukar menjadi siang dek kerana percikan api yang keluar dari besi di kaki kuda. Sungguh gagah.



Dan bila kuda itu keluar pula pada sebelah siang, siang bertukar menjadi malam dek debu-debu yang berterbangan yang disebabkan hentakkan kaki kuda.



Dan yang paling menarik tentang kuda ialah, dia berani merempuh di tengah-tengah musuh seperti yang di gambarkan dalam ayat kelima surah Al-Adiyat. Taatnya kuda itu pada arahan tuannya walaupun sedar nyawanya akan tergadai.



Namun, di sebalik kepatuhan, kegagahan dan kekuatan kuda tersebut, dia hanya diberi makan RUMPUT KERING sahaja. Bahkan, tempat tidurnya hanya bangsal tidak bertutup yang dihurungi nyamuk dan lalat tanpa disemburkan ubat nyamuk. Tiada tilam empuk untuknya dan hanya tidur dalam keadaan berdiri.



Walaupun dilayan dengan "sebegitu teruk" oleh tuannya, namun dia tetap taat dan sentiasa bersedia untuk mengorbankan dirinya dalam peperangan.



Sebab itu, pada ayat ke enam, Allah terus katakan bahawa manusia itu kufur kepada Tuhannya.



Kenapa?



Kerana manusia itu dilayan dengan lebih baik berbanding kuda tapi tidak taat kepada arahan tuannya.



Manusia tidak diberi makan RUMPUT KERING!



Manusia tidur di bilik ber aircond dan diatas tilam yang empuk!



Tiba-tiba, bila sampai seruan jihad, manusia engkar?



Kata Ustaz Sidek, manusia patut malu pada kuda! Kita semua patut malu pada kuda... Kerana kuda sanggup korbankan dirinya walaupun tidak dilayan semulia manusia.



Bagi ana, yang malang disini adalah kita, umat Islam yang berbangsa melayu. Kerana, peringatan yang sebegini hebat langsung tidak diambil manfaat dengan baik, walaupun ianya hebat tersergam di hadapan laptop kita!



Bukan itu sahaja, cuba tanyakan kepada diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling, maksud surah al-fatihah... Berapa ramai yang mampu untuk membaca terjemahan dan tafsir surah tersebut... sedangkan kita mengulang bacanya sebanyak 17 kali sehari...



Ini adalah satu bukti mudah bahawa, umat Islam melayu suka mengambil mudah benda yang ada dihadapan mata mereka. Atau dalam "bahasa kasarnya", malas berfikir! Tidak suka mencabar pemikiran! Tidak mahu memahami KONTEKS AYAT!




Jangan kufur nikmat tuhan yang paling hampir dengan manusia, iaitu akal. Malulah dengan kuda.....

p/s: artikel ni copy paste (dengan izin) dari junior saya yang hebat. Lame dah tak tadabbur ayat. Rindunye nak usrah. Selalu sibuk dengan program, takde pengisian rohani memang tidak bagus. Semangat perjuangan lahir dari kekuatan dalaman, spiritual kita. Jika tidak, kita akan mudah kecundang na'udzubiLlah. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.

Read More......

Saya Sangat Bangat Tok Guru

Salam. Good day. Walaupun hujan lebat di luar sana, moga jiwa kita tetap semangat dan tidak 'lembap' dek kerana kehujanan insyaAllah. Hari ni molek dah bersemangat bangun awal dan selesaikan kerja rumah. Tapi bile check emel tetiba rase down. Sedihnye hari ni, ada terbaca satu artikel yg sangat biadap dan berbaur provokasi terhadap TGNA. Beliau adalah pemimpin hebat dan disegani oleh musuh. Tapi kenapa sejak akhir-akhir ini, TGNA dan TGHH dikritik dan diserang dgn hebatnya oleh para musuh, malah yg sengaja menjadi musuh. TGNA bukan nya maksum. Tapi keperibadian dan ilmunya yang tahap mursyid itu perlulah kita hormati. Jangan kite semberono menuduh dan mengutuk. Jadilah orang yang berakhlak. Doa orang yang teraniaya, doa ulama insyaAllah dimakbulkan Allah. Janganlah bila Allah dah timpakan bala baru kita nak tersedar.

ni saya ambik petikan dari SINI. bukan rekaan saya, tapi rekaan akhbar ini..

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan orang lain ditimpa bala sudah membuktikan bahawa beliau bukan lagi ulama atau pemimpin Islam tulen.

"Beliau patut letak jawatan. Beliau sudah tidak layak menjadi pemimpin yang mendakwa parti Islam.

"Nik Abdul Aziz sudah terkeluar daripada ajaran agama Islam dan juga pemikirannya sudah gila,'' tegasnya.

Beliau berkata, tidak ada seseorang beragama Islam dan berfikiran waras mendoakan orang lain ditimpa bala.

"Terbukti beliau bukan lagi ulama. Tindak-tanduknya memalukan umat Islam Malaysia di seluruh dunia. Nik Abdul Aziz patut bertaubat dan meminta keampunan pada Allah atas perbuatan itu,'' ujarnya.



Meh kite bace pulak sejarah bawah ni..Moga kite semua berfikir dulu sebelum bercakap. BUkan cakap dok tentu hala..



SUDAH 20 TAHUN TOK GURU MENJADI MENTERI BESAR

Subky Abdul Latif
Sudah 20 tahun Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan. Satu tempoh yang dikira panjang tetapi bukanlah yang terpanjang bagi sejarah Malaysia yang merdeka.

Malah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga seorang lulusan Universiti al-Azhar Mesir, lebih lama daripadanya semasa menjadi menteri besar Terengganu dulu – daripada tahun 1974 hingga tahun 1999 – 25 tahun.

Negara pernah merasa puas, maksudnya temu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi perdana menteri iaitu 22 tahun. Dia kalah dengan Suharto yang menjadi presiden Indonesia selama 32 tahun. Tidak pernah ada yang membandingkannya dengan Lee Kuan Yew yang juga lama menjadi perdana menteri Singapura. Orang pun tidak ingat berapa lama.

Tetapi orang tidak sedar rupanya Tok Guru Nik Aziz sudah jadi menteri besar selama 20 tahun. Kalau usianya ada lagi dan masih boleh memberi fikiran, dua tahun lagi akan samalah tempoh pentadbirannya dengan Mahathir.

Cuma setakat ini, tiada siapa mahu memikirkan beliau boleh menyamai tempoh pentadbiran Wan Mokhtar.

Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.

Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Bukan kita hendak berlumba siapa lebih lama memerintah, tetapi yang jemu dan bersungut tentang tempoh pentadbiran Tok Guru yang sudah dikira lama itu. Dengan hidupnya amat sederhana, tiada membuat harta dan tiada mengambil kesempatan dengan kuasa dan kedudukannya, beliau menjadi ketua kerajaan yang amat disenangi.

Dengan sumber khazanah yang terhad, sebagai negeri termiskin, bantuan kerajaan pusat pula bagai dicatu dan tidak mengikut jadual pula, serta kepungan ekonomi pusat, tidak pula negeri itu terhalang dari menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Cuma ia tidak dapat menambah makmurkan negeri dan rakyatnya disebabkan oleh kekangan kewangan, tetapi negeri itu lumpuh dan tidak muflis.

Ia tidak menambah hutang kerajaan negeri seperti 11 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelumnya, tetapi ia tidak pernah gagal ansuran bayaran hutang kepada kerajaan pusat.

Dengan 20 tahun pentadbirannya itu, ia memecahkan sangkaan ulama tidak boleh memerintah, ia mengubah persepsi pandangan masyarakat bukan Islam kepada Islam dan partinya yang sebelumnya disangka hanya untuk memenuhi kepentingan dan keperluan Islam dan Melayu saja. Tetapi ia boleh menjadi contoh memberi perlindungan kepada semua pihak.

Akhir-akhir ini ia tidak sekadar memberi kebajikan kepada yang hidup, yang mati, Muslim dan bukan Muslim ada skim bantuan kematian kepada waris dalam urusan kematian.

Mungkin boleh dikata, ada orang bersungut apabila seseorang itu terlalu lama berkuasa, menunggu mereka dia akan pergi. Tetapi dengan kesederhanaan yang ditunjukkan itu, tiada jemu dan tiada bosan orang akan keberadaannya, kalau boleh seseorang itu menongkat langit, biarlah beliau kekal lebih lama walau pun bukan selama-lamanya.

Bukan orang Muslim saja terasa senang dengannya, yang bukan Muslim baik dari Kelantan dan di luar Kelantan mengangkat tabik kepadanya dan memberi penghormatan tinggi kepadanya.

Tidak salah bagi semua menjadikannya contoh dan teladan kepada semua, sekarang dan akan datang. Amat sayang beliau sudah tua dan kesihatan pun selalu terganggu.

Di hujung pentadbirannya itu hak Kelantan mulai datang satu demi satu. Ia dinafikan mendapat hak atas minyak yang di keluarkan dari zon ekonomi perairannya. Tetapi ia mulai diiktiraf.

Kerajaan pusat tidak mengakui Kelantan ada hak atas minyak. Tiba-tiba perdana menteri setuju memberi wang ihsan. Apa sebab? Mengapa tidak diberi kepada Pahang, Johor, Melaka dan lain-lain? Kerana mereka tidak bersangkutan.

Mengapa Kelantan hendak diberi wang ihsan? Kerana ia berhak. Tok Guru dan kerajaannya tidak menolak rezeki wang ihsan itu. Tetapi ia ihsan kerajaan pusat. Sedekah, kata Datuk Husam Musa.

Yang Kelantan tahu, royalti Kelantan tidak boleh diusik dengan wang ihsan itu. Kelantan menuntutnya dari Petronas sama seperti Tunku menuntut kemerdekaan Malaysia daripada Inggeris.

Dan di hujung tempoh 20 tahun itu juga Tok Guru termasuk 50 orang teratas dalam 500 orang tokoh Muslim dunia bagi tahun 2009 ini.

Antara 50 orang itu adalah raja-raja, ketua negara bukan raja dan ketua kerajaan pusat. Tok guru bukan raja dan bukan pimpinan kerajaan peringkat pusat. Beliau sekadar menteri besar sebuah negeri miskin dan pemimpin sebuah parti politik pembangkang.

Tetapi itulah penghormatan dunia kepada pemimpin kerajaan Kelantan dan pemimpin umat Muslim Malaysia itu.

Read More......