Oley!!
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Dakwah | Hiburan / Kegemaran | Isu Semasa | Perjuangan | Politik | Tazkirah
Queenie Padilla Daughter of Robin Padilla on Hajj, Showbiz and Islam
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Dakwah | Isu Semasa | Kehidupan | Motivasi / Tazkirah
Isu Serbuan JAIS
AlhamduliLlah... Telah selamat 7 hari umat Islam di seluruh dunia menunaikan Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Di bulan mulia ini, segala kebaikan dan pekerjaan yang bermanfaat dilipat gandakan pahala oleh Allah dan ditambahkan keberkatanNya.. AlhamduliLlah, saya masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini.. Andainya Ramadhan ini adalah yang terakhir buatku di dunia ini, moga ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidupku ya Allah.. insyaAllah.
Ramadhan bulan ibadah dan bulan Al-Quran.. Semestinya kita yang mengaku sebagai umatNya yang beriman akan bersungguh-sungguh mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini.. Segala perkara yang buruk pasti akan dielakkan dan ditinggalkan jauh-jauh... Saya tertarik untuk paste artikel ini untuk berkongsi betapa kita sebagai umat Islam mestilah menjadi role-model dan duta Islam, bukannya ejen menghancurkan Islam! Selain itu, seburuk-buruk perbuatan adalah bersangka buruk dan fitnah.. Fitnah itu lebih dahsyat daripada zina.. Kesalahan zina akan terhapus setelah pelakunya bertaubat nasuha kepada Allah... Namun, kesalahan fitnah tidak akan terhapus selagi tidak mendapat keampunan daripada orang yang difitnah! Ya Allah, janganlah Engkau golongkan aku dikalangan orang-orang yang berbuat kejahatan dan menyebarkan fitnah...
Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharapkan cerita di bawah dapat sedikit sebanyak membantu memberikan pandangan "sangka baik" kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.
Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini.
Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren.
Semasa air buah dihidangkan, taukeh yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf "G".
Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.
"Bos, Air ini halal, tapi gelasnya …. Akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai," kata saya.
Terdapat dua pengajaran di sebalik peristiwa ini,
Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk - apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.
Dan taukeh pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.
Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.
Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?
Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.
Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.
Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah.
Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.
Isu serbuan JAIS menjadi satu polemik besar sehingga beberapa pihak melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan tersebut kerana dua perkara di atas.
Di pihak JAIS, sebagai sebuah badan pengawal agama perlu juga bertindak mengikut lunas paraturan dan prosedur yang ada.
Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campur tangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.
Dalam kes tersebut, jika pihak JAIS telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima JAIS tidak dapat dipastikan.
Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak.
Segalanya mesti dilakukan dengan penuh ketelusan - laporan siapa, dibuat siapa dan atas alasan/bukti apa dakwaan itu perlu disiasat.
Lantaran itu, setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima - jangan terlalu mudah mempercayai fitnah akibat sangka buruk orang lain tanpa sebarang siasatan.
Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang elemen buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan JAIS sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.
Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah secara tidak sengaja menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis makan malam dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.
Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.
*Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Semasa
Pakar Menjelaskan Impak Kenaikan Harga Minyak
Salam and good day!
Sila klik pada gambar untuk membaca lebih jelas.
Saya SUKA Matematik.... :)
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Semasa
Isu Azan: Najib gagal pertahan syiar Islam
| Isu Azan: Najib gagal pertahan syiar Islam |
Nazri Abdullah
|
KUALA LUMPUR, 14 Jan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal dengan sikap Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya mempertahankan syiar Islam dalam isu bantahan Azan di Masjid Al Ikhlasiah, Lembah Pantai.
|
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Semasa
Saman: Mustafa sifatkan laporan tidak beretika
Salam and good day!
Sumber: harakahdaily.net |
Majdan Yahya |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika. Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut.
Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu. Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan. “Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti,” ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily. Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut. “Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk,” katanya. Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu. Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno. Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut. “Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno,” jelasnya lagi. Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik. |
p/s: Kelmarin terbaca kisah seorang pemuda curi RM10, kene penjara 4 tahun… Salah tu memang salah, tapi dalam hukum Islam memang hukuman kepada pesalah adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Ayah saya yang agak emosi kemarin mengeluarkan statement… Orang main politik kotor kalau kene jail semua kene 100 tahun penjara… Takdok hok bersih.. hehe..
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Semasa
Bantahan Kenaikan Air
Salam and good day!
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Semasa
Kemalangan Ngeri
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.

Moral:
1- Malang tidak berbau
2- Berhati-hatilah ketika memandu. Jangan kerana kecuaian kita, maka orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa.
3- Bagaimana nak didik pemandu (apa jua jenis kenderaan) supaya berhemah di jalan raya? Hanya Iman dan taqwa mampu mendidik jiwa manusia lebih tenang dan sejahtera.
Gerun rasanya sebab saya baru je balik dari Shah Alam naik bas. Sentiasa berdoa dan mohon perlindunganNya ketika perjalanan agar selamat menuju ke destinasi pergi dan balik InsyaAllah.
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Semasa
Tergamak Buang Mayat Suami Tepi Longkang
Salam and good day!
Gambar: ANGKAT...mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Lebih mengejutkan, mayat mangsa, Abdul Halim Manan, 70, yang juga seorang pembantu kedai makan di Taman Melaka Baru itu, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi di kawasan pokok pisang di tepi longkang yang ditutup dengan pelepah kelapa dipercayai diletakkan di situ sejak malam Sabtu lalu.
Penduduk, Mohd Azahari Mohd Zin, 13, berkata dia terkejut dengan penemuan mayat lelaki warga emas berkenaan, tetapi mendakwa ada melihat seseorang meletakkan plastik sampah terbabit di kawasan itu tanpa mengesyaki sesuatu.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan mendengar bunyi orang berjalan di belakang rumah.
"Saya dengar bunyi orang berjalan di belakang rumah dan mengintai dari belakang pintu. Saya nampak seorang perempuan sedang mengheret satu bungkusan plastik hitam dan meletakkannya di pangkal pokok pisang di tepi longkang.
“Berikutan itu, saya menegurnya dan orang itu hanya jawab dia mahu buang sampah sebelum beredar,” katanya.
Menurutnya, disebabkan rasa ingin tahu, selepas hujan lebat keesokan harinya dia pergi melihat ke tempat wanita itu membuang sampah berkenaan dan melihat ada satu bungkusan plastik hitam ditutupi dengan pelepah kelapa.
“Pagi Ahad lalu saya pergi ke tempat itu dan melihat terdapat satu bungkusan hitam. Saya tidak syak apa-apa ataupun mengusik plastik berkenaan yang kelihatan seperti sampah biasa.
“Pagi tadi (semalam), saya dan datuk (Hamzah Baba, 60) tercium bau yang amat busuk. Datuk arahkan saya mencari sama ada bangkai tikus atau haiwan mati. Saya beritahu datuk bau busuk itu mungkin datang dari bungkusan sampah itu.
“Datuk memeriksa bungkusan plastik itu sebelum mengoyak sebahagiannya menggunakan sabit sebelum dia terperanjat melihat benda seperti kepala manusia,” katanya.
Katanya, datuknya kemudian memberitahu penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung sebelum memeriksa dan mendapati ada mayat manusia di dalam plastik terbabit sebelum seorang jiran menghubungi polis.
Sementara itu, Hamzah berkata, beberapa hari sebelum ini dia tidak perasan perkara pelik ataupun terhidu bau busuk mayat mangsa yang dipercayai sudah mati.
“Pagi tadi (semalam) masa keluar rumah kira-kira jam 7.15 pagi untuk menghantar cucu ke sekolah, saya tercium bau amat busuk dan menyangkakan bangkai tikus tetapi tidak sempat mencarinya.
“Sebaik pulang, saya menyuruh cucu pergi mencari dari mana datangnya bau busuk itu sebelum memeriksa bungkusan plastik sampah di kawasan kebun di belakang rumah saya dan mendapati ada mayat di dalamnya,” katanya.
Sementara itu, suasana di kampung terbabit gempar dengan berita penemuan mayat lelaki itu yang tersebar menyebabkan kawasan tempat kejadian dipenuhi orang ramai.
Beberapa jiran mangsa termasuk pemilik rumah sewa nyata terkejut dengan penemuan mayat lelaki itu.
Peniaga kedai runcit, Norlin Alias, 31, berkata tiga hari sebelum penemuan mayat itu, isteri mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelihatan pelik apabila dilihat mundar-mandir di kawasan tempat kejadian. –hmetro
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Semasa




























.jpg)