Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Tiada duka yang abadi..
Percayalah, di sebalik setiap ujian, ada hikmah terselindung untuk mendekatkan diri kepada Pencipta.
Allah kasih pada hambaNya yang merintih dan mengadu padaNya. Allah Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3]
Maher Zain -- Muhammad PBUH ( lyrics)
Salam and good day!
ALhamdulillah, saya dah beli CD terbaru Maher Zain "Forgive Me" . Memang berbaloi membelinya :)
Ni antara lagu favourite saya, Muhammad. Bila tengok liriknya, SubhanaLlah.. bisa menitis airmata rindu kepada kekasih Allah ini! Waheshna ya Rasulullah!
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan | Hiburan / Kegemaran | Kegemaran
Sheila On 7 - Pemuja Rahasia :p
Oppsss...
kuawali hariku dengan mendoakanmu
agar kau selalu sehat dan bahagia di sana
sebelum kau melupakanku lebih jauh
sebelum kau meninggalkanku lebih jauh
ku tak pernah berharap kau kan merindukan keberadaanku
yang menyedihkan ini
ku hanya ingin bila kau melihatku kapanpun dimanapun
hatimu kan berkata seperti ini
pria inilah yang jatuh hati padamu
pria inilah yang kan selalu memujamu
begitu para rapper coba menghiburku
aku lah orang yang selalu menaruh bunga dan menuliskan cinta di atas meja kerjamu
aku lah orang yang kan selalu mengawasimu
menikmati indahmu dari sisi gelapku
dan biarkan aku jadi pemujamu
jangan pernah hiraukan perasaan hatiku
tenanglah tenang pujaan hatiku sayang
aku takkan sampai hati bila menyentuhmu
* mungkin kau takkan pernah tahu
betapa mudahnya kau untuk dikagumi
mungkin kau takkan pernah sadar
betapa mudahnya kau untuk dicintai
aku lah orang yang akan selalu memujamu
aku lah orang yang akan selalu mengintaimu
aku lah orang yang akan selalu memujamu
aku lah orang yang akan selalu mengintaimu
repeat *
karena hanya dengan perasaan rinduku yang dalam padamu
ku pertahankan hidup
maka hanya dengan jejak-jejak hatimu
ada artiku telusuri hidup ini
selamanya hanya ku bisa memujamu
selamanya hanya ku bisa merindukanmu
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan
Teaser 'Gua Ikut Enta The Movie'
Salam and good day!
Kali ni nak kongsi sebuah filem pendek yang amat dinanti-nantikan..hehe.. Tengok teaser filem ni dah teruja sangat2 nak tengok citer penuhnye.. Ustaz Azhar idrus (UAI) antara pelakonnya. Anak2 muda terutamanya peminat UAI mesti tak sabar2 nak tunggu filem ni.
Difahamkan, Sutradara Ahmad Idham yang bertanggungjawab membikin filem ini bersama-sama Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). Dijangka akan ditayangkan pada Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Pusat di Taman Melewar pada 27-28 Oktober nanti..
Syabas diucapkan kepada DPPP atas inisiatif membuat filem yang pastinya menyajikan mesej yang baik dan berhikmah. Malaysia sekarang ni dilambakkan dengan pelbagai cerita mengarut dan tiada moral. Moga filem ini mendapat sambutan hebat, dan membuka pintu hati pemuda dan pemudi untuk mendekati perjuangan Islam.. InsyaAllah.
Kali ni nak kongsi sebuah filem pendek yang amat dinanti-nantikan..hehe.. Tengok teaser filem ni dah teruja sangat2 nak tengok citer penuhnye.. Ustaz Azhar idrus (UAI) antara pelakonnya. Anak2 muda terutamanya peminat UAI mesti tak sabar2 nak tunggu filem ni.
Difahamkan, Sutradara Ahmad Idham yang bertanggungjawab membikin filem ini bersama-sama Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). Dijangka akan ditayangkan pada Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Pusat di Taman Melewar pada 27-28 Oktober nanti..
Syabas diucapkan kepada DPPP atas inisiatif membuat filem yang pastinya menyajikan mesej yang baik dan berhikmah. Malaysia sekarang ni dilambakkan dengan pelbagai cerita mengarut dan tiada moral. Moga filem ini mendapat sambutan hebat, dan membuka pintu hati pemuda dan pemudi untuk mendekati perjuangan Islam.. InsyaAllah.
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hebahan / Publisiti | Hiburan | Hiburan / Kegemaran
Muhasabah Cinta
Salam and good day!
Sekadar perkongsian.. dengar nasyid ni, so refreshing.. inspiring.. mcm2 ing lagi lah..hehe.. Tajuk nasyid ni Muhasabah Cinta, oleh kumpulan EdCoustic.. Kumpulan nasyid ini berasal dari Kota bandung, Indonesia.. Banyak lagu2 atau nasyid dari Indonesia yang amat menyentuh jiwa.. Tak tahu lah ramuan ape yang mereka campurkan sampai 'sedap' bangat dengar melodi2 mereka.. Bukan lagu2 dari Malaysia tak best, suke belake.. Cuma bagi saya, lagu2 dari Indonesia ni ade keistimewaannya yang tersendiri.. Tak kisah lah lagu sape, dari mane sekalipun... yang penting mesej yang nak disampaikan tu bagus dan boleh dijadikan teladan.. Selamat mendengar!
Sekadar perkongsian.. dengar nasyid ni, so refreshing.. inspiring.. mcm2 ing lagi lah..hehe.. Tajuk nasyid ni Muhasabah Cinta, oleh kumpulan EdCoustic.. Kumpulan nasyid ini berasal dari Kota bandung, Indonesia.. Banyak lagu2 atau nasyid dari Indonesia yang amat menyentuh jiwa.. Tak tahu lah ramuan ape yang mereka campurkan sampai 'sedap' bangat dengar melodi2 mereka.. Bukan lagu2 dari Malaysia tak best, suke belake.. Cuma bagi saya, lagu2 dari Indonesia ni ade keistimewaannya yang tersendiri.. Tak kisah lah lagu sape, dari mane sekalipun... yang penting mesej yang nak disampaikan tu bagus dan boleh dijadikan teladan.. Selamat mendengar!
MUHASABAH CINTA
Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan..baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi..
Muhasabah cintaku..
Tuhan..kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
pertemukan aku denganMu
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan
InsyaAllah versi Melayu
Salam and good day!
Tak kire versi melayu ke, English ke, Turki ke, korea ke...insyaAllah semua nya sedap didengar.. Macam orang melayu tulen pulak yang nyanyi kan... Moga kita hayati bersama-sama... :)
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan
Adam Lambert vs Maher Zain
Salam and good day!
Adam Lambert
Esok, 14 Oktober bakal ‘bertembung’ dua budaya dan ikon muzik dunia. Pendek kata, seorang bawa budaya Timur, sorang lagi budaya Barat. Mana satu yang anda pilih? Nak pegi Dewan MBSA atau Stadium Putra Bukit Jalil? Saya antara orang yang frust sebab tak dapat pegi konsert... Konsert mana ya...? Sudah tentulah konsert Maher Zain. Tapi takpe, frust saya bukan frust ‘menonggeng’...(betul ke istilah ni..?)huhu..
Walaupun rasanya konsert Adam Lambert lagi banyak tajaan dan peminat, namun bagi saya penerimaan masyarakat Malaysia terhadap pendatang baru Maher Zain tidak boleh dilekehkan. Pendek kata, fenomena Maher Zain melanda Malaysia ketika ini. Ada beberapa feedback dari blog saya dan beberapa rujukan...ramai mat rock atau peminat muzik ‘hu-ha’ minat Maher Zain..dan bertukar selera halwa telinga mereka. Ini satu perubahan yang baik. Syarikat korporat, radio dan stesen tv pun begitu teruja menerima Maher sebagai tetamu dan model mereka.. Bertuah sungguh die ni..
Bila dengar lagu-lagu Maher Zain ni, memang penuh penghayatan dan perasaan kan..? First time saya diperkenalkan muzik die ni, beberapa bulan lepas dengan lagu Open Your Eyes. Menitis airmata ni sebab kite paham dan sedar semua yang kite miliki ni milik mutlak Allah. Tak perlu pergi jauh-jauh sampai angkasa nak kenal diri kita..cukuplah kita pikir dan faham anugerah yang Allah pinjamkan kepada kita di sekeliling kita,dll. Maher sendiri pernah alami zaman gelap suatu ketika dulu.. gaya hidup bebas, clubbing memang dah terbiasa.. Sampaikan tak ingat macamana nak baca Al-Fatihah.. Sedih betul. Namun, hidayah itu milik Allah. Orang yang diberi hidayah selepas kegelapan insyaAllah akan lebih merasai manisnya iman. Kalau dengar lagu Thank You Allah pasti terasa mesejnya.. Sebab tu Maher sangat tekankan betapa keluarga dan sahabat sekeliling banyak membantu kita untuk menjadi lebih baik dan istiqomah di jalan kebenaran insyaAllah.
Kenapa masih ada lagi artis liar luar negara bolos buat persembahan di negara kita..? Penguatkuasaan tidak tegas? Rasuah berleluasa? Dok rok cetong nak lawan golongan elit tertentu yang inginkan kebebasan...? ops, tak perlu lah cakap banyak.. saya pun bukannye reti sangat pun politik ni.. Tapi sedang mendalami politik..hehe.
Saya paste sekali artikel dari Ketua DPPP, sama-sama kita muhasabah insyaAllah.
Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan
1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .
2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .
3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.
4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]
5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .
6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?
7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .
8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .
9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .
10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan
Hiburan Jiwa
Salam. Saya baru menonton trailer filem "Emak Ingin Naik Haji". Filem ini baru keluar di Indonesia. Walaupun kita 'rimas' dengan kebanjiran sinetron-sinetron di setiap channel tv kita, namun tidak salah untuk kita menghargai karya yang baik untuk diteladani. Sebelum ini glamour dengan filem Islamik kontemporari Ayat-Ayat Cinta dan Ketika CInta Bertasbih. Ok jugak fiem-filem ni, banyak kupasan agama yang membuka mata kita. Contohnya erti pengorbanan, cinta kepada Ilahi,dll. Namun filem berunsurkan jiwang sudah agak boring bagi saya..
Filem seperti Children of Heaven walaupun banyak kali dah menonton masih lagi best. Begitu juga satu filem penyiasatan dari Iran...dah hampir 10 tahun kot filem tu saya lupa nama filem tp masih terngiang-ngiang lagi kisah filem tu..dimana watak utamanya perempuan berjubah dan tudung serba hitam menjadi pegawai penyiasat. Banyak kes yang berjaya diselesaikan. Betapa hebatnya wanita muslimah yang ditonjolkan dalam filem ini. Berjubah tapi mampu mengejar musuh, berlari dengan pantasnya. Ada satu kes tu, die melompat menerkam penjahat dengan ganasnya. Memang dahsyat! Ternganga tengok aksi 'berani mati' muslimah tu...hehe.
Moga lepas ni, Malaysia akan mengeluarkan filem Islamik sendiri. Kalau drama Nur Kasih tu, best jugaklah.. saya tak pernah ketinggalan menontonnya. Tapi kalau boleh lepas ni, tak perlulah cliche semua drama atau filem Islamik. Kalau tak boring je nengoknye... alih2 kene kesat airmata.ish ish
filem terbaru;
Arif Husaini:
"Sekarang wang emak ada lima juta, sudah nabung lima tahun. Kalau sekarang naik haji, ongkosnya 30 juta, berapa tahun lagi ya, Zein?" Tanya si emak kepada anaknya dalam filem Emak Ingin Naik Haji hasil produksi Mizan Productions.
Filem yang sedang popular ini memaparkan kisah yang sekali pandang kelihatan agak biasa dan dialami banyak orang yang bercita-cita mengerjakan haji di Tanah Suci.Tetapi filem ini membawa satu kisah yang walaupun sudah biasa diketahui oleh mana-mana masyarakat Muslim, paparannya membawa mesej yang lebih mendalam, dengan menunjukkan juga kisah seorang lagi yang bercita-cita mengerjakan haji. Yang seorang lagi itu seorang yang jauh lebih kaya, dan menyimpan cita-cita yang tidak sesederhana si emak tadi. Dia mahukan gelaran Haji pada namanya untuk tujuan politik.
Di sinilah filem ini membawakan satu kritik sosial yang jarang diperkatakan.Dalam kategori filem bertema agama di negara kita, jarang sekali tema haji dijadikan cerita, tidak seperti Aidil Fitri yang sentiasa tidak putus dan dengan cerita yang lebih banyak berkisar pada kesedihan.Di Indonesia, semakin banyak filem bertema agama (yang adakalanya nampak dipenuhi elemen Islam pop seperti Ayat-Ayat Cinta) dihasilkan, memberikan sekurang-kurangnya pilihan lain kepada khalayak, di tengah-tengah lambakan filem yang tidak sehaluan dengan budaya dan agama masyarakat kita.Sebelum ini, filem Laskar Pelangi yang jga diusahakan Mizan, menjadi tumpuan meluas banyak pihak termasuk di Malaysia, menunjukkan pasaran yang besar untuk filem-filem bertema agama.Ini menunjukkan masyarakat Muslim negara kita dahagakan produk berbumbu Islami seperti yang banyak dihasilkan di Indonesia.
Hasil-hasil karya sebegini tentunya lebih baik disajikan daripada sinetron yang tidak membawa sebarang manfaat dan hanya mengkhayalkan.Ketika rakyat Malaysia marah dengan lambakan sinetron murahan Indonesia di televisyen kita, kita juga perlu melihat ke Indonesia untuk mencontohi penghasil filem-filem seperti Emak Ingin Naik Haji. Satu ketika dahulu, kumpulan-kumpulan nasyid bercambah di arena seni negara kita, dan diterima dengan baik oleh masyarakat. Ini menunjukkan masyarakat negara kita sangat dahagakan hiburan bersumberkan Islam.Apa yang perlu dilakukan ialah menghasilkan karya-karya seperti ini, untuk memberi ruang kepada mereka yang mahu menyampaikan mesej-mesej yang berbeza daripada apa yang kita perolehi daripada industri hiburan kita dewasa ini.Filem-filem dengan unsur maksiat dan sia-sia semakin banyak ditayangkan di pawagan dan hatta di televisyen kita pada masa ini.
Eloklah sekiranya dihasilkan pula filem-filem yang memberi kita pilihan yang berbeza.Mungkin kerajaan, sama ada pusat dan juga kerajaan negeri yang prihatin, boleh bekerjasama dalam hal ini, bermula dengan memberi dorongan dan sokongan kepada hiburan yang lebih Islami.
Read More......
Posted by hidayah | Permalink | 0 comments
Labels: Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)


