"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Gereja Terbesar di Asia




Assalamualaikum.








The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.



These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.





The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.



The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.





The Calvary Convention Centre when completed will have a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational environment.













Dalam pembinaan..













Location
The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.










Patung Buddha Baring di Watt Pothivihan








Berhala Murugan tertinggi di dunia, di Batu Caves.








Saya pernah menonton satu dokumentari di Astro Oasis, Kembara Palestin kalau tak silaplah.. Kisahnya, selepas Khalifah Umar Al-Khatta menakluk Betlehem (tempat di mana Nabi Isa a.s dilahirkan), Saidina Umar telah menyampaikan khutbahnya di Masjid Umar (kalau tak silap), iaitu berdekatan dengan Gereja terbesar di sana Gereja Nativiti. Dalam khutbahnya, Saidana Umar telah menyeru pemimpin dan umat Islam agar tidak menyerang rumah ibadat orang kristian ketika itu. Sikap toleransi beragama ini membuatkan masyarakat Islam dan Kristian hidup aman dan damai. Mereka hidup rukun damai mengikut ajaran masing-masing dan tidak memusuhi atau mencela agama kaum lain. Saya memang amat kagum dengan kajian yang dijalankan. Benarlah, untuk Berjaya kita perlu belajar dari sejarah dan sirah Rasulullah dan para sahabat.. Mereka lah pencetus inspirasi perjuangan kepada kita..









Persahabatan ini dapat dilihat jelas ketika bermulanya Intifadha di Palestin. Hampir 50 orang pejuang Palestin yang diburu oleh tentera Zionis telah melarikan diri dan berlindung di Gereja Nativiti ini. Mereka mendapat perlindungan politik di sana hampir 2 bulan. Para pejuang di beri tempat tinggal, makan dan minum serta kebajikan dijaga sepanjang perlindungan. Para paderi di gereja itu melarang sebarang rundingan dan kemasukan tentera Zionis untuk menyerang para pejuang tersebut. SubhanaLlah.








Di Malaysia juga diamalkan toleransi beragama.. Lihat saja di Kelantan adanya Tokong Buddha Baring terbesar di Asia (malah kedua terbesar di dunia). Padahal Kelantan pemimpinnya adalah ulama. Kita tidak kisah jika rumah ibadat yang dibina itu banyak atau sedikit kerana itu adalah keperluan panganutnya. Terpulang lah juga bagi saya jika Kristian juga nak bina gereja besar atau kecil SELAGI tidak dikacau atau dijadikan markas untuk menyesatkan umat Islam. Memang sejak dulu lagi saya dah dengar Kristianisasi pada orang Islam ni dah dijalankan. Cuma mungkin saya tidak pernah berdepan secara langsung. Hanya mendapat khabar dan cerita sahaja.










Bagi saya, ini adalah cabaran kepada kita umat Islam terutamanya pemimpin Islam di Malaysia untuk memastikan pengaruh Islam dan menjaga kebajikan umat Islam sentiasa dijaga. Adakah pemimpin yang memimpin sekarang ni menitikberatkan dan memartabatkan Islam? Saya Tanya anda semua jawablah yee.. Saya takut dan bimbang Negara Malaysia yang kita cintai ini semakin goyah dan di bobrok kan dengan pelbagai tipu muslihat dajjal menyebabkan masyarakat Islam makin hanyut. Na’udzubiLlah.








Namun saya percaya, selagi mana adanya di kalangan kita yang sanggup berjuang demi memartabatkan Islam, juga para alim ulama yang tidak putus-putus menyebarkan Islam insyaAllah, Islam tidak akan pernah pudar di bumi tercinta ini. Saya menyeru pada anda semua (terutamanya saya), baiki lah iman dan amal kita. Jagalah saudara Islam kita (kerana sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara). Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Percayalah, walau sehebat mana serangan dan perancangan musuh… Allah adalah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Selagi ada daya, ayuh jalankan amanah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini! Takbir!







Read More......

Sepagi Di Rusila

Salam and good day!


Akhirnya dapat jugak saya transfer gambar-gambar dan video dari handset kesayangan saya.. Ye lah, sebelum ni bukan main lagi ambik gambar nak update blog kesayangan ni, tapi takleh upload pulak sebab bluetooth laptop saya rosak.. Tak tau lah ape pulak penyakitnye kali ni. Nasib baiklah ada laptop adik yang berjasa ni..


AlhamduliLlah, tahun ni sudah 2 kali (2 kali je..?) saya dapat dengar kuliah Jumaat di Masjid Rusila. Banyak kali dah di Rusila ni.. cuma kebetulan sempena ada program atau urusan lain.. Cuma 2 kali ni memang santai saya sorang je pegi untuk menadah ilmu secara langsung dengan tok guru. Walaupun mula-mula kekok sebab jalan sorang-sorang je, tapi lama-kelamaan ok je. Saya sengaja tak mahu join geng sebab memang nak bersendirian..hehe..gitu pulak ye..




Memang lain suasana dan penghayatan jika dibandingkan dengar kuliah melalui internet dan berdepan dengan tok guru ni.. Kudrat dan rezeki yang Allah bagi pada saya insyaAllah akan saya gunakan sebaiknya untuk kebaikan Islam. Gambar atas ni, beberapa minit menanti sebelum kemunculan tok guru hadir menyampaikan kuliah..







Tengah khusyuk menanti kuliah tok guru, ada beberapa orang makcik melewati beberapa orang yang berada di dalam masjid untuk memberi buahtangan.. "Terima kasih" saya ucapkan pada mereka yang memberi.. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat jugalah yang Allah beri keistimewaan di mana ada ketika doa kita dimakbulkan. Jadi ramailah yang berebut untuk memberi sedekah atau apa saja kebaikan untuk mendapat ganjaran berganda dari Allah swt. SubhanaLlah. Adakah kita juga tergolong di dalam orang yang sentiasa berbuat kebaikan...?
InsyaAllah sama-sama kita doakan..





Pukul 7.45pagi gitu lah saya sampai di depan masjid Rusila. Tapi penjaga lalulintas masjid kata tak boleh masuk dah.. penuh kereta! Sedihnye saya.. macamana saya nak cari parking lagi ni..? Ya Allah, Engkau yang menggerakkan hatiku untuk mendengar ilmuMu, maka Kau tolonglah aku!


Oleh kerana masjid tu ada 2 pintu, tiba-tiba hati saya tergerak nak pergi ke pintu yang satu lagi... Kebiasaannya, kalau pintu kedua dah tutup, maknanya pintu pertama automatically dah tutup dulu.. Tapi oleh sebab dorongan yang kuat saya pun redah je lah... AlhamduliLlah, pintu utama masih dibuka dan saya mendapat parking dekat dengan masjid. SubhanaLlah, kalau kita nak buat amal kebajikan yakinlah Allah akan membantu kita! Cuma samada keyakinan kita kuat atau tidak je...


Kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi masih ada lagi kosong parking.. Cuma kebetulan hari tu ada dibuat Perasmian Kembara Tarbawi Siri 2 ke Hulu Dungun. Kenderaan 4x4 yang berpuluh-puluh buah ni semua berkumpul di sini menunggu perasmian oleh TGHH selepas kuliah Jumaat. Patutlah penuh parking...!



Segan jugak sebenarnya nak pergi dekat-dekat meninjau perasmian... Ye lah penuh pemuda yang menyertai kembara ni berkumpul di situ.. Saya curi-curi lah ambik gambar buat selamba dari kejauhan..huhu..


Pakcik ni khusyuk melihat kenderaan besar-besar ni... Ada sorang makcik tiba-tiba mendekati saya yang sedang khusyuk ambik gambar... "Orang kaya boleh lah bowok kete besor gini... kite ni dok mampu.." Saya yang terpinga-pinga hanya mampu tersenyum manis pada makcik tu dan menghulurkan salam...



Setengah jam jugaklah nak menunggu perasmian serta ucapan semua pimpinan habis. Kebetulan panas terik seperti dibakar dalam ketuhar... muka merah macam pakai blusher..huhu.. Kebetulan bawak payung jadi berpayunglah saya hari tu.. Nak berteduh bawah pokok dah ramai pemuda berteduh di situ.. tak tau nak pegi mana... Nasib baik payung ada sebagai teman...




Saya sempat rakam perarakan selepas perasmian kembara ni. Dahsyat tengok TGHH bawak keta besar warna merah. Ayah Chik pandu keta tu simbolik perasmian. Ulama serba boleh dan mudah untuk didekati.. Itulah yang kite mahu.. Takbir!

Untuk melihat lebih lanjut pasal kembara ni, boleh pergi ke SINI dan SINI.

Read More......

Join Facebook


Salam and good day!


Setelah beberapa lama, dapat jugak saya mengadap molek komputer nak update emel, dll. Hari ni seharian program di Kuala Ibai. Walaupun kerja tak banyak bergerak, mengadap komputer je (sebab kene jaga komputer) memang agak meletihkan jugaklah. Tapi AlhamduliLlah lepas menghirup Kopi Radix secawan, lega rasanya. Walaupun airnya suam-suam macam nak sejuk dah gitu... takpelah. Asalkan boleh minum. Thanks Kak Siha yang begitu mengambil berat dan cakna dengan permintaan saya... Sekali-sekala nak bermanja apa salahnya kan...? hehe..


Beberapa hari lepas saya telah 'berjaya' mendaftarkan diri di Facebook.. Sebenarnya dah 'tua-tua' ni ..hehe agak kurang berminat dah nak bersosial ni. Tapi, demi untuk mendapat pelbagai manfaat darinya... apa salahnya join sekali. betul tak? Pandai-pandai lah jaga diri dan menjaga batasannya..


Bila dah ada FB ni... bimbang jugaklah blog kesayangan ini terabai... Kalau dulu ada macam-macam idea dan cerita nak dikongsi dalam blog ni. Nak kate takdok cerita.. banyak je nak diceritakan.. Memang masa begitu mencemburui.. Ataupun saya ni tak pandai jaga masa..huhu..


Petang tadi lepas program Muktamar DMPNT, terus ke Restoran Nasi Arab Al-Fateh di Batu Burok, K.Trg. batu Burok ni merupakan tempat saya membesar, selain di Kemaman. Saya mula berpindah ke Batu Burok ni sejak Darjah 3 sampailah masuk Universiti. Lepas tu baru pindah ke Marang. Dah 3 kali saya pegi restoran ni dalam masa tak sampai sebulan..hehe. Dah orang ajak, apa salahnya pergi kan..? Tapi segan gi sokmo kedai tu.. Saya ni pun bukannya jenis makan kat kedai..huhu..

Selesai parking kereta depan kedai ni, saya pun ambiklah gambar nak masuk dalam blog.. Boleh tolong promote sekali kedai ni.. :) Tapi tengok syok ambik gambar, tak sedar rupanya ada mata-mata yang memandang saya!


Lepas ambik gambar signboard ni, rasa nak pandang sebelah kanan saya.. betullah, kebetulan kereta semua berhenti lampu isyarat merah.. mereka pun memandang dengan khusyuknya aksi saya mengambil gambar.. dah lah tak tengok sekeliling lu.. (ataupun diorang tengok kedai kot.... "nak sedapkan hati")... saya pun cepat-cepat masuk ke dalam kedai...









Kali ni ada menu lain... Ada tambahan roti pita ayam/kambing dan biskut kurma.. sebelum ni saya mari ada nasi mandy ayam/daging je... saya pun try lah roti pita ni. Saya try ayam, Baity try daging kambing. Saya tak berani nak makan kambing..huhu. Lagipun, saya ni kan peminat ayam.. :)


Namun begitu agak malang... gambar ni saya ambik dah nak habis makan dah.. Tak ingat masa makanan sampai patut ambik gambar terus.. Excited sangat kot boleh makan..huhu.


Oklah, nak sambung keje lain pulak. InsyaAllah, ada cite best boleh lah saya kongsikan lagi.. :)

Read More......

Emas



Salam and good day!







Inflasi sifar dengan penggunaan emas

-Gambar Hiasan-


Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan haba dan elektrik dengan amat baik, tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen, tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan dan tahan hakisan. Oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.




Kegunaan emas termasuklah dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain, pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik, bahan pengisi gigi, kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat), pengecatan pada seramik sebelum seramik dibakar, dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak, rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot, rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit, bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan, pingat emas dan lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.




Emas, selain perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar di kebanyakan tempat di seluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga kambing runcit semasa sekaligus menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.






Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas masih dikekalkan. Selain itu, emas tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.




Nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.




Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan. Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.




Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula. Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama di negara-negara sedang membangunan tetapi harga pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Amerika sendiri.






Abdullah Abas
Junior Halal Food Consultant


@ Etiqa Takaful Consultant (Junior)




p/s: Saya pun sedang dalam proses nak melabur dalam dinar emas ni. Bukan tak tau kebaikan dinar emas ni, tapi kurangnya dorongan dan info menyebabkan saya lambat betul nak ambik tindakan. Ape lah nak jadi ni.. ish ish. Meh sama-sama kumpul duit beli emas!




Read More......

Jelajah Orang Mude..

Salam and good day!




Yeaa... hari Ahad ni cuti, 1 Mei. Bukan senang saya nak bercuti. Maklumlah kerja sendiri ni tak tetap masa kerja dan cuti. Cuma, jarang sangat saya 'mencutikan' diri dari kerja. Ye lah, kalau cuti emergency, kene ganti jugak kelas nya.. Baik takyah cuti kan..? Takpelah, itulah dugaan dan cabaran kerja sendiri. Baru je tadi sempat menonton tv slot agama, Adik & AL-Quran. Dalam surah Al-Baqarah:155-157, Allah dah nyatakan jelas-jelas.. selagimana seorang manusia itu hidup di atas Bumi Allah ini, maka mereka akan diuji. Ujian itu tidak semestinya dalam bentuk kesusahan dan kesakitan. Kesenangan juga adalah ujian. Oleh sebab itu, apabila diuji/diberi kesenangan, ucaplah AlhamduliLlah. Jika diuji kesusahan kene lah redha dan muhasabah sentiasa... Kesusahan dan kesakitan yang Allah beri pada manusia adalah ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran manusia yang mengatakan mereka beriman kepada Allah. Bukan kerana Allah benci kepada mereka. Kadang-kadang, bila ditimpa musibah.. ada je yang kate.."Kenapalah aku ni malang sangat?", "Apalah dosaku...?", "Adakah aku ni pembawa sial...?"..ish ish.



Belum masuk bulan Mei, tarikh bulan Mei planner saya dah hampir penuh untuk diisi dengan pelbagai program dan perancangan. Biasanya sebagai guru, bulan Mei biasa dinantikan kerana Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Namun, kali ni tarikh 15 Mei juga menjadi perhatian. Hari Belia Negara disambut pada tarikh tersebut setiap tahun. Selama ni, saya tak ambik pusing pun sambutan ni.. Tapi kali ini, saya sangat teruja dengan program yang bakal dibuat ni.. Jom kite tengok sat..




Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan
[JOM UBAH]



Projek : Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan [ JOM UBAH ] siri 1


Tapak projek : Seluruh Negara [ 8 check point ] kecuali 3 negeri


Anjuran : Lajnah Politik DPPM dengan kerjasama DACS Pusat dan DPP Negeri.



Tarikh : 19, 20, 21 dan 22 hb Mei 2011


Hari : khamis - ahad


Masa : 4.30 pm [ khamis ] - 7.00 pm [ ahad ]



Matlamat :



Menyemarak kebangkitan anak muda ke arah menuntut perubahan dan menolak kerajaan korupsi demi masa depan rakyat serta negara yang sejahtera.



Objektif :



1. Menggerakkan jentera DPP dIpelbagai peringkat [ kawasan dan negeri ] bagi menghadapi gelombang kebangkitan anak muda dan siap menghadapi pilihanraya.



2. Mengembeling tenaga "pemacu gelombang" kebangkitan anak muda Malaysia untuk mengurus dan memimpin kebangkitan mereka. [ exco DPP kawasan dan negeri ]



3. Menyemarak gelombang kebangkitan anak muda agar bersama dengan DPP menggerakkan agenda perubahan.



4. Membekalkan motivasi dan amanah perjuangan serta bimbingan maklumat dari pucuk pimpinan.



5. Memasyarakatkan DPP serta membawanya dekat dengan sentimen dan aspirasi anak muda masakini.



Tentatif :



[ Khamis. 19 hb Mei 2011 - khamis ]



02.30 pm - Pelancaran JOM UBAH di Pantai Teluk Chempedak


[ Hi tea bersama DPP Negeri Pahang ]


Pelancaran Oleh : Ybhg. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Naib Presiden PAS. - 04.30 pm



05.10 pm - Jelajah Orang Muda bergerak ke Check Point 1 -


Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.



09.00 pm - Solat, Makan malam dan Himpunan JOM UBAH 1 :


BBQ dan edar Risalah Tawaran PAS kepada Anak Muda


Amanah Perjuangan oleh :


Ybhg Ketua DPP Malaysia.


Yb. Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.



11.30 pm - isterehat [ 20 hb Mei 2011 - Jumaat ]



05.00 am - Bergerak ke Kota Bharu



05.30 am - Solat subuh berjamaah, sarapan dan bergerak ke


Check Point 2 . KB Mall di Kota Bharu



11.00 am - Amanah Perjuangan di KB Mall oleh :


YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Mursyidul Am PAS


[ edar risalah sinopsis Buku Jingga ]



12.00 pm - Makan tengahari dan solat jumaat



02.00 pm - JOM UBAH Bergerak ke Check Point 3 - Alor Star



[ singgah di Baling Kedah : ziarah maqam syuhada' Memali ]



08.30 pm - Solat Isyak - jamak Ta'khir - dan bergerak ke Alor Star



[ BBQ dan Cit Cat JOM UBAH bersama Pak Long dan beberapa selebiriti di Alor Star ]



12.00 pm - isterehat [ 21 hb Mei 2011 - sabtu ]



05.30 am - Solat Subuh berjamaah, kuliah subuh, sarapan dan bergerak


Ke Check Point 4. - Perlis.



[ ziarah maqam Al Marhum Dato' Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Noor ]



09.30 am - Himpunan JOM UBAH 2 di Markaz Tarbiyah PAS Perlis



[ sukan ilmiah : pertandingan kuiz dan debat spontan ]



12.00 pm - Makan Tengahari, solat Jama' Taqdim dan bergerak ke


Check Point 5. - Penang



02.30 pm - Santai JOM UBAH di Pantai BERSIH Penang



[ Hi tea, Teater Musical Alternatif, Islamic Boria Pulau Pinang, pidato kanak - kanak, taaruf santai, sessi foto dll ]



05.30 pm - Bergerak ke Check Point 6 . Perak



08.30 pm - Solat Isyak jama' Ta'khir dan makan malam



09.30 pm - Malam Kebudayaan JOM UBAH


Di Pantai Lumut.


[ cit cat, artis undangan, nasyid, sajak perjuangan,


Pentomin, BBQ dan Mat Sabu ]



12.00 am - Isterehat [ 22 hb Mei 2011 - ahad ]



05.30 am - Solat subuh, kuliah subuh, senaman dan sarapan



08.00 am - Bergerak ke Check Point 7. Selangor



09.30 am - Karnival JOM UBAH di Sabak Bernam



[ bersama Bob Lokman. Pertandingan Paint Ball, Memanah, Carrom, Guli, Motor lambat, Motor Cantik, Yb Salahudin Ayub dsbnya. ]



01.20 pm - Makan Tengahari, solat zuhur Jamak Taqdim dan bergerak ke


Check Point 8. Wilayah Persekutuan.



03.30 pm - Labuh Tirai JOM UBAH



[ Hi tea, ramah mesra bersama anak muda, sessi beri dan terima pandangan dan Taujihat penutup oleh Yb Timbalan Presiden Ust Nasharudin ]



07.00 pm - Bersurai



nota :



[ Jelajah Orang Muda untuk Perubahan - JOM UBAH ]



JOM UBAH siri 2


Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor pada 30 dan 31 Julai 2011 ]



JOM UBAH siri 3


Negeri Sabah pada 26, 27 dan 28 August 2011



JOM UBAH siri 4


Negeri Sarawak pada 23, 24 dan 25 September 2011



Daftar segera melalui DPP Negeri masing - masing atau terus ke lokasi untuk penyertaan anda. Terbuka kepada semua.



Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan



Khairul Faizi Ahmad Kamil


Pengarah JOM UBAH









p/s: Mesti best kan bawak motor besar? Bukan nak menunjuk.. sape kate masuk PAS jadi tertutup dan 'konservatif'? Selagi tidak menyalahi syariat, buatlah apa saja perancangan pun. Jangan patah kaki tangan sudah lah..hehe.. saya doakan moga segala perancangan akan dipermudahkan-Nya. Moga mereka semua yang terlibat dalam jelajah ni selamat dan sejahtera sepanjang perjalanan. InsyaAllah. Ameen.




Read More......