"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Ujian Neurologikal

Salam and good day!






Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Ia membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik, tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria (contoh. sensory gating dan pengabungan pelbagai deria), berjalan, dan fungsi badan homeostasis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair, dan suhu badan.










Sel saraf atau neuron berfungsi mengirimkan pesan (impuls) yang berupa rangsang atau tanggapan. Jutaan sel saraf ini membentuk suatu sistem saraf.






UjiAN NeuRoLoGiKaL




BAHAGIAN 1

1- Adakah anda menjumpai huruf C di dalam susunan huruf di bawah, berapakah bilanganya?





OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO






2- Setelah menjumpai huruf C di atas, sila cari angka 6 di dalam susunan angka di bawah, berapakah bilanganya?







99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999







3- Sekarang sila cari huruf N dari kelompok huruf M di bawah ini, berapakah bilangannya?







MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM








Ini bukanlah satu gurauan, jika anda berjaya melepasi ketiga-tiga ujian di atas, bermakna anda mempunyai minda yang hebat dan berkemungkinan besar tidak mengalami penyakit Alzheimer.






BAHAGIAN 2

Sila baca kenyataan di bawah ini dengan menggunakan bahasa inggeris yang betul.

eonvrye that can raed this rsaie your hnad.


If you can raed this, you hvae a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 cna.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it




Ambik quote brain reads by breaking words into sounds… cara fonetik.





p/s: cara fonetik memang berkesan untuk mengajar kanak-kanak untuk membaca dengan cepat. Dah bertahun saya gunakan kaedah fonetik untuk mengajar membaca. Alhamdulillah dalam masa sebulan sahaja boleh tengok kesannya. Tak perlu mengeja atau menghafal pun! SubhanaLlah, memang hebat otak dan segala kejadian yang Allah ciptakan. Hanya kita yang jarang dan kadang-kadang tidak tahu menghargainya.



Read More......

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan




Salam and good day!









Senyumlah walau dalam kepayahan..

insyaAllah semua masalah mudah diatasi jika kita sentiasa POSITIF!

-Gambar Hiasan-





Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"







Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.







Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.







Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.







Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.













Moral:





Saya ni jenis pendiam. Kurang bercakap. Saya juga tak suka orang banyak cakap atau berleter. Silap haribulan orang akan kata saya ni sombong. Cuma, Alhamdulillah saya ni mudah senyum. Pernah beberapa sahabat tegur saya, "Awak ni senyap lah. Ingatkan sombong. Tapi nasib baik senyum sokmo!" hehe.. tapi ada jugak masa-masa yang muka saya berkerut sebab stress ada ada beberapa masalah. Biasanya kalau 'bermasalah' saya takkan pandang muka orang dan menyendiri untuk selesaikan masalah saya. Masih saya ingat, Abdullah Fahri pernah mengingatkan bersilaturrahmi itu memurahkan rezeki. Bila kita sentiasa bersilaturrahim, insyaAllah kita mudah bergaul dan tidak hanyut dengan dunia kita sorang-sorang. Orang pun takkan pandang serong pada kita. Begitulah kirenye...


Read More......

Siapakah Yang Lebih Mulia?

Salam and good day!





Dia yang mulia itu tengah duduk berkumpul bersama para sabahat. Para sahabat yang ada termasuklah Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali.



Lalu Baginda bertanya: "Tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisi ALLAH?"



Para sahabat terdiam... Lalu ada seorang sahabat berkata: "Para malaikat ya Rasulullah.Merekalah yang mulia"



Baginda pun bersabda: "Ya,para malaikat itu mulia,Mereka dekat dengan ALLAH.Mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada ALLAH.Tentulah mereka mulia.Tapi bukan itu yang aku maksudkan. "



Ya Rasulullah,tentulah para Nabi,tentulah mereka yang mulia itu.



Nabi SAW tersenyum dan Baginda berkata: "Ya,para Nabi itu mulia.Mereka adalah utusan ALLAH di muka bumi.Bagaimana mungkin mereka tidak mulia.Mereka mulia tapi ada lagi yang lainnya. "



Para sahabat terdiam tertanya,siapa lagi yang lebih mulia. Lalu ada seorang bertanya: "Apakah kami sahabatmu ya Rasulullah,apakah kami yang mulia itu ya Rasul? "



Baginda tersenyum melihat para sahabat.Baginda menjawab: "Tentulah kalian mulia,kalian dekat denganku,kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tak mulia,tentu kalian mulia tapi ada lagi yang mulia. "



Para sahabat terdiam,tak mampu berkata apa-apa lagi. Tiba-tiba Nabi SAW menundukkan wajahnya.Baginda kemudian menangis di hadapan sahabat-sahabatnya.Para sahabat tertanya:Mengapa kau menangis ya Rasulullah?? Baginda mengangkat wajah,terlihat air mata membasahi pipi dang janggutnya.



"Wahai sahabatku,tahukah kalian siapakah yang mulia itu? Mereka adalah menusia-manusia,mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah. Mereka tak pernah melihat wajahku,mereka hidup tak dekat dengan aku seperti kalian,tapi mereka merindui kepadaku dan saksikanlah wahai aku pun rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu. Merekalah ummatku." Saat itu baginda menitiskan air matanya dan semua sahabat menangis.

Read More......

Kenali Calon-Calon PAS

Salam and good day!


Sekarang ni memang kita di dalam mood pilihanraya. Sebanyak 71 kerusi dun Sarawak akan dipertandingkan, hanya 5 kerusi PAS bertanding. Walaupun 5 kerusi, ini satu kemajuan berbanding dulu. PAS berdikit-dikit berjuang di bumi kenyalang ini, dan kini PAS mula dikenali dan mula diterima rakyat Sarawak, AlhamduliLlah.


Pelbagai dugaan dan cabaran para petugas melaksanakan amanah di sana. Walaupun saya tidak terpilih salah seorang yang bertugas di PRN Sarawak, saya tetap mendoakan kesejahteraan dan kemenangan dari jauh. 2 orang petugas mewakili Halwa Remaja Terengganu dihantar ke Sarawak untuk sama-sama menabur tenaga membantu wakil-wakil PAS di sana. Moga mereka (semua petugas) selamat pergi dan pulang. Menang kalah itu urusan Allah. Tapi bak kata Tok Guru, kalau lemah kita lawan cara lemah. Kalau kuat, kita lawan cara kuat. Yang penting, lawan tetap lawan!







71 kerusi DUN Sarawak



31 kerusi Parlimen Sarawak



Berikut 5 calon PAS yang akan bertanding 16 April ni.. Moh kite tengok sape die..


N22 SEBUYAU


Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk party. Adam sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.



Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek. Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.



Statistik Pengundi Sebuyau:


Jumlah Pengundi: 8,042


Malay/Melanau: 64.26%


Chinese: 3.85%


Iban: 31.77%


Bidayuh: 0.11%




N24 BETING MARO


Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus merupakan seorang pemuda berkarisma dan sudahpun berjaya menarik tumpuan untuk PAS Sarawak kerana pesona ‘selebriti’nya in pilihanraya negeri Sarawak. Digelar 'handsome boy' sepanjang kempen ini.


Ahmad, seorang peguam berasal dari Sibu, sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahmad, anak ketiga daripada tujuh adik beradik ialah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini juga merupakan penasihat undang-undang untuk PAS Sarawak.


Di Beting Maro, Ahmad akan berentap satu-lawan-satu menghadapi Razali Gapor dari BN-PBB.


Pada tahun 2006, Bolhassan Di @Ahmad, calon BN-PBB menewaskan calon PAS, Alem Din dengan mendapat 2,796 undi berbanding 1,901 undi.


Statistik Pengundi Beting Maro:


Jumlah Pengundi: 7,868


Malay/Melanau: 90.42%


Chinese: 1.47%


Iban: 8.11%





N20 SADONG JAYA


Di DUN ini, PAS sekali lagi mempertaruhkan seorang pemuda hebat, Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34 yang merupakan calon tunggal PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas di tangan calon BN-PBB, Rohani Abdul Karim.


Ketika ini, Eddy juga berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Pengarah Pasti di Bumi Kenyalang ini.


Pada pilihanraya negeri ke sepuluh ini, Eddy akan berdepan dalam perlawanan tiga penjuru, berdepan dengan Aidel Lariwoo (BN-PBB) and Mahayudin Wahab, calon bebas.


Dalam PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi dari BN-PBB menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.


Statistik Pengundi Sadong Jaya:


Jumlah Pengundi: 7,656


Malay/Melanau: 82.84%


Chinese: 7.64%


Iban: 9.42%


Orang Ulu: 0.01%


Others: 0.09%




N15 MUARA TUANG


Satu daripada dua calon wanita PAS akan berentap di DUN ini. Noraini Hamzah, 49 berasal dari Kelantan sudah menetap di Sarawak untuk tiga dekad yang lalu selepas perkahwinannya dengan seorang anak watan Muara Tuang.


Noraini juga dikenali sebagai ‘superwoman’ di mana beliau menjaga tugasnya sebagai ahli perniagaan, suri rumah separa masa dan sebagai seorang aktivis parti dengan baik.


Noraini merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak sebelum beliau membuat keputusan untuk bersama PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.


Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini akan menghadapi tentangan hebat daripada adik Ketua Menteri Sarawak, Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini. Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat.


Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).


Statistik Pengundi Muara Tuang:


Jumlah Pengundi: 18,820


Malay/Melanau: 52.65%


Chinese: 15.63%


Iban: 18.85%


Bidayuh: 11.45%


Others: 0.42%





N03 TANJONG DATU


Seorang lagi wanita, Nani Sahari diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi DUN Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.


Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.


Nani yang sekarangnya bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.


Di DUN ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong.


Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).


Statistik Pengundi Tanjong Datu:

Jumlah Pengundi: 7,936


Malay/Melanau: 53.06%


Chinese: 19.63%


Iban: 17.34%


Bidayuh: 9.97%


Read More......

Tamrin di Cameron Highlands

Salam and good day!

Tamrin kat Cameron? Ye ke..? Pada mulanya saya ragu-ragu apabila diajak oleh seorang sahabat. Saya ingatkan kursus biasa atau family day ke.. apa ke... Pada mulanya agak ragu-ragu nak pergi.. Maklumlah kebetulan weekend tersebut dah janji untuk bertugas 2 program sebenarnya. Jadi setelah di confirm kan memang memerlukan urusetia muslimat untuk program tersebut maka saya pun terima lah. Lagi pun, susah saya nak tolak kalau orang berharap sangat saya pergi. Tapi, tugasan sebelum itu saya tidak lupa. Setelah beberapa lama, dapat jugak akhirnya pengganti untuk kedua-dua program tersebut. Iya, amanah tetap amanah. Kalau tak mampu jangan tinggalkan begitu saja.. Kalau tak mampu kabo lah... (Peringatan untuk diri saya..!)



Sebenarnya sebelum pemergian saya ke Cameron, ramai yang ingatkan saya outing ke sana. Ye lah, tumpang kaki ikut rombongan jalan-jalan ke sana.. Kenapa ye..? Gamaknya saya ni tak pandai menyalurkan maklumat kot..huhu..



Program Tamrin Guru PASTI Kuala Terengganu yang diadakan 1-2 April 2011 memang menarik bagi saya. Pengisian program lebih kepada santai, mungkin masa perjalanan panjang dan beberapa faktor tempat yang melambatkan proses tamrin sebenar bermula.


Di masjid inilah destinasi kami yang pertama di Cameron. Jam menunjukkan hampir

puku 6 pagi.




Saya tak tau kenapa lah saya ambik gambar bangunan ni.

Tapi kagum jugak sebab bangunan ni cantik dan lagipun

kami berhenti betul-betul depan bangunan ni..



Setelah sarapan, kami pun bertolak ke MARDI. Kami ada 2 jam untuk dihabiskan di sini

sebelum boleh check-in penginapan.



Aik... sempat lagi posing yaa. Baity dan Hakim adalah antara urusetia program..



Nak ambik gambar kebun dan batang pokok sebenarnya...

Batang pokok ni mengelupas kulitnya.. Dari jauh nampak cantik..

Ingatkan pekerja cat batang pokok tu.. rupanya warna asli...!



Para peserta menanti sebelum masuk ke dalam MARDI.



Terliur nak ambik sebenarnya... tapi tak sanggup lah...



Tak tahu nama pokok ni.. Ni lagi satu. Saya ingatkan pekerja warnakan daun

pokok ni jadi putih gini... Ade ke...? Takde keje nak warnakan pokok..huhu










Buah ni ada kat atas.. jadi saya ni yang kurang ketinggian nak ambik gambar

kurang cantik lah.. Jadi mintak lah Hakim yang 'tangan panjang' ambik kan..huhu.




Ni masa riadah petang... Peserta di minta menulis simbol diri masing-masing..



Ada yang lukis bunga, hujan, kucing, dll...

Beberapa peserta di minta menjelaskan mengapa mereka

memilih simbol yang dilukis masing-masing..


Beberapa guru yang pernah ke tamrin pasti pusat handle slot ini...

mereka sempat berkongsi pengalaman pahit manis tamrin tersebut..

bersemangat sungguh kak dah bercerita kisah harung sungai busuk

dan kene merangkak kat tanah berbukit dan berbatu....


Setelah check-in ke tempat penginapan, memang program terus bertukar wajah. Mula-mula sempat lah bershopping sakan kakak-kakak ni. Macam takde tempat lain dah nak pergi lagi..




Ni adalah kemuncak program hari pertama... Night-walk. sebelum nak sampai kat dalam hutan ni, dah beberapa orang 'syahidah' kerana beberapa masalah kesihatan dan anak.. Dalam ketakutan nak masuk hutan pun, masih ada lagi yang bising-bising.. Sempat jugak lah marah diorang ni. Be serious ok...?




Peserta diwajibkan panggil urusetia Encik/Cik. Sebelum ni mereka biasa panggil Ustaz. Kelakar jugaklah ada yang tergeliat lidah nak panggil panggilan baru. Kalau salah kene denda..!



Tak sempat pun pergi ke check point seterusnya, sebab melihatkan kemampuan para peserta yang agak terbatas. Nampak macam nak 'longgar lutut' dah.. Sejuk sangat ataupun ketakutan sangat.. Tahap kemampuan dan pemahaman peserta yang berbeza memang sukar bagi urusetia untuk mencari pendekatan paling sesuai untuk 'touch' para peserta ni.. Kami mencuba yang terbaik untuk melaksanakan amanah ini..




Barang amanah.. Telur rebus separuh masak... Baunya yang busuk memang meloyakan

tekak.. memang sengaja di peram supaya berbau... sape lah punye idea ni...


Program selesai pukul 2.00 petang. 2.30 petang kami dah siap-siap berkemas angkut barang ke dalam bas.


Kebetulan masa tu kami belum solat lagi. Nak solat on the way. Tapi hari Sabtu memang sibuk dan takde parking. Jadi terpaksalah solat di tempat lain..


Sebelum bertolak, kami sempat singgah di pasar besar. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kami untuk bershopping. Saya hanya beli apa yang patut. Tak reti nak membeli. Beli untuk orang lain je, untuk diri sendiri hanya coklat...hehe. Setelah hampir sejam shopping, bas pun bersedia bertolak. Tapi... tiba-tiba ada 2 orang lagi masih belum naik bas, ibu dan anak. Puas fikir sape lah gerangannya.. Dah lah kakak tu takde handset, terpaksa lah 'pengerusi' bas pergi kembali ke pasar mencari kakak dan anaknya tu... Setelah beberapa ketika, dapat jugak cari kakak tu. Dahsyat betul shopping. Kene 2 orang dewasa bawak barang-barangnya...penuh dua-dua tangan membawaknya... Saya meggelengkan kepala..


Bas pun bertolak. Keletihan mula jelas pada wajah masing-masing. Ye lah, lepas program dan shopping bagai nak rak.. Saya pun yang hampir-hampir terlena, tiba-tiba terkejut bunyi meletup pada bahagian bawah bas. Bunyi bising tiba-tiba, ada yang beristighfar. Ada langgar sesuatu ke...? Rasa macam tak je, sebab saya duduk seat kedua dari depan tidak nampak apa-apa yang bahaya pun... Walaupun jalan punya lah berliku-liku nak pening dibuatnya...


Rupa-rupanya tayar belakang bas saya naiki meletup di kiri dan kanan... 2 biji tayar rosak... Asap jugak keluar pada tayar depan bas, haus turun bukit lah tu... Perjalanan kami berhenti seketika... Sejam lebih jugak lah menunggu tayar dibaiki secara manual. Nak solat? Nak buang air? Sekeliling hanya hutan tebal. Terpaksa lah menunggu sampai semuanya selesai...




3 orang pemandu dan pembantunya bertungkus-lumus membaiki kerosakan..



"Tu lah orang suruh baca doa perjalanan, die baca doa makan..."

rungut beberapa orang, termasuk pemandu bas memikirkan insiden sebelumnya...

Hanya bergurau, namun harus difikirkan. Bergurau ada caranya dan adabnya...

Tak semua benda boleh bergurau..betui dak..?


Kakak-kakak dan adik-adik bersidaian di tepi jalan.. mati kutu tak tau nak


buat apa lagi, hanya sabar menanti. "Jangan ada orang bunian wat lari sudahlah...


comel sangat duduk tepi jalan tu..." ada yang mengusik..



Ni hadiah paling special saya beli untuk diri sendiri.. white chocolate + strawberi..


Bila makan coklat ni... rasa berbunga-bunga dan tak boleh nak explain


macamana rasa bahagianya...hehe..



Ni antara ole-ole yang saya beli.. tak tau nak beli mende..


nak bagi pada budak-budak..


Kalau saluran astro Oasis saya suka tengok cerita Ustaz Coklat... Tak sangka, musafir ke Cameron Highland ni saya berjumpa dengan Ustaz Strawberry...huhu.. Ustaz muda, baru menamatkan pelajaran di universiti luar negara tapi sangat ramah dan kelakar orangnye.. Yang kelakarnya, payung strawberry, bantal pun strawberry. Cepat mabuk dalam perjalanan..huhu.. Gamaknya barang-barang tu nak beli untuk ahli keluarganya.. Tapi alang kepalang hujan, guna dulu payung tu. Nak tidur dalam bas, guna dulu bantal baru nya tu... Husnus zhan..hehe.


Rasa seronok, sedih, cemas, dll lagi perasaan bercampur-baur sepanjang saya bermusafir ke Cameron ni. Apapun, kenangan ber tamrin di Cameron ni takkan saya lupa. Sesuai ke ber tamrin di Cameron? Kurang berpeluh? Bagi saya, tamrin kat mana-mana pun tak mengapa, kene pandai sesuaikan pengisian dan keadaan sekitar. Bukan hanya panas terik sebagai ujian, sejuk sampai menusuk ke tulang pun ujian jugak. Saya hanya mandi sekali sahaja semasa program...hehe. Sejuk sangat tak sanggup nak mandi. Kat tempat sejuk, tak mandi seminggu pun takpe sebab badan tak berbau dan tak berpeluh. Berbeza kalau di tempat lebih panas, tak mandi sehari pun dah rasa semacam kan..?



Jadi, memang berbeza pendekatan 2 tempat ni. Sebab tu, lain tempat lain ujiannya. Sama lah kita sebagai seorang pendakwah. Jangan hanya menyangka kesusahan itulah ujian. Sebenarnya, kesenangan dan kemewahan juga ujian kepada kita. Namun, bagaimana caranya kita nak jalani amanah dan tanggungjawab sebaiknya, mengikut kemampuan dan pilihan yang kita ada... Susah atau senang, berjuang tetap berjuang.. Tak gitu..?



p/s: Bukan senang nak istiqomah dalam kebaikan. Iman kita ada kalanya naik dan turun. Ada kalanya kita bersemangat.. adakalanya down. Namun, percayalah.. selagi mana kita tahu kita ini lemah..dan berusaha untuk mengatasinya.. berbahagialah kita. Namun, jika kita tidak kisah dan tiada usaha untuk memperbaiki semangat dan usaha kita... na'dzubiLlah, ada yang tak kena pada kita.. Moga kita sentiasa bersemangat dan dirahmatiNya... Ameen.

Read More......

Berbahagialah Sang Ghuraba'




by Nasrudin Hassan on Sunday, April 3, 2011 at 4:17am



1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.



2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.



3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.



4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.



5. Namun Nabi saw telah menegaskan :


بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء


Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].



6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt :



و إذا قيل لهم ءامنوا كما ءامن الناس قالوا أنؤمن كما ءامن السفهاء ألا إنهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون


dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti.


Surah al Baqarah : Ayat 13



7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.



8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.



9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :


· Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.



· Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.



· Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :



خياركم في الجاهلية خياركم الإسلام إذا فقهوا


yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam.



· PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.



10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.



Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'



Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan



Nasrudin bin Hassan


Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia






Nak faham lebih lanjut istilah Ghuraba' ni saya pun search lah dalam Google istilahnya. Jumpe lah satu blog yang agak menarik. Petikan di bawah ni saya ambik dari blog INI.



Istilah ghuraba’ ini banyak digunakan oleh orang Islam zaman sekarang. Ghuraba’ ni bolehlah kita anggap ia sebagai orang yang ‘asing’ atau ‘ganjil’.



Asalnya istilah ini adalah dari hadis Rasulullah s.a.w :


Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim



Jadi siapakah ghuraba’ pada zaman sekarang ini?



Mereka ialah orang yang masih berpegang pada al-quran dan sunnah pada zaman ini. Dan selalunya orang begini akan diejek atas pegangannya.



Sewaktu praktikal tahun lepas, majikan saya pernah pelik melihat saya lalu berkata :


“Saya hairanlah tengok kamu ni. Kamu ni hidup dalam dunia moden. Dan kamu sendiri minat dengan teknologi dan IT. Macamana kamu boleh masih berpegang dan percaya pada agama Islam?”



Masa itu, saya hanya menerangkan apa yang patut.



Susah nak terang bagi dia faham semuanya memandangkan saya pun tak pandai berhujah. Lagipun, majikan saya tu atheis, tidak percaya akan kewujudan Tuhan.

Read More......