"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Kuda





"Cantiknya wallpaper nta..." puji Muzammil bila melihat ke laptop Karim.



"Uish... memang le.. kita kan kena jadikan Al-Quran sebagai panduan kita. Di laptop pun kena le ada ayat-ayat Quran, baru nampak muslim" jawab Karim bangga..



"Err... apa maksud ayat tu ye?" soal Muzammil semula sambil merujuk kepada ayat 1-4 surah Al-Adiyat yang tertera di desktop Karim.



"Ayat yang ni ye... Owh... ana pun tak tahu. Saje ambil gambar ni buat wallpaper.. Lawa tengok gambar kuda tue.." dalih Karim sambil tersengih lalu menutup desktopnya. Mungkin segan kerana tidak tahu menjawab persoalan itu.



Hakikatnya... bukan Karim sahaja yang begitu, ana yakin ramai lagi di luar sana mengalami permasalahan yang sama, iaitu memahami konteks ayat!



Ayat al-Quran jelasnya adalah firman Allah. Jadi, sesuatu yang datang dari Allah sudah pasti benar dan pasti ada maksudnya.



Namun, di kalangan umat Islam, terutamanya yang bukan berbahasa Arab, walaupun Al-Quran sudah di khatam beberapa kali, namun masih belum memahami pengertian Quran....

Faktor utamanya bagi ana ialah, penguasaan bahasa dan pemahaman konteks ayat.



Jujurnya, ana sendiri bila baca berulang-ulang kali ayat dari surah Al-Adiyat dari 1 hingga 5 hanya dapat menangkap akan sifat-sifat kuda. Tiba-tiba di ayat keenam,Allah menceritakan pula tentang manusia yang kufur. Apa kaitannya dengan kuda? Cuba juga memerah otak memikirkan hikmah ayat tersebut. Walaupun ana buntu, sama sekali tidak menjadikannya alasan untuk putus asa dari terus menerus untuk berfikir.



Alhamdulillah, penjelasan dari ulama iaitu Ustaz Sidek Nor amat membantu. Benarlah bahawa Ulama' itu pewaris nabi. Pagi tersebut ana terasa begitu seronok mendengar kupasan tafsir mengenai ayat tersebut.



Rupa-rupanya, Allah ingin menceritakan kehebatan kuda. Seperti mana yang terjadi ketika Pasukan Tentera Turki Uthmaniyyah keluar berjihad. Kuda itu bila berlari di waktu malam , malam bertukar menjadi siang dek kerana percikan api yang keluar dari besi di kaki kuda. Sungguh gagah.



Dan bila kuda itu keluar pula pada sebelah siang, siang bertukar menjadi malam dek debu-debu yang berterbangan yang disebabkan hentakkan kaki kuda.



Dan yang paling menarik tentang kuda ialah, dia berani merempuh di tengah-tengah musuh seperti yang di gambarkan dalam ayat kelima surah Al-Adiyat. Taatnya kuda itu pada arahan tuannya walaupun sedar nyawanya akan tergadai.



Namun, di sebalik kepatuhan, kegagahan dan kekuatan kuda tersebut, dia hanya diberi makan RUMPUT KERING sahaja. Bahkan, tempat tidurnya hanya bangsal tidak bertutup yang dihurungi nyamuk dan lalat tanpa disemburkan ubat nyamuk. Tiada tilam empuk untuknya dan hanya tidur dalam keadaan berdiri.



Walaupun dilayan dengan "sebegitu teruk" oleh tuannya, namun dia tetap taat dan sentiasa bersedia untuk mengorbankan dirinya dalam peperangan.



Sebab itu, pada ayat ke enam, Allah terus katakan bahawa manusia itu kufur kepada Tuhannya.



Kenapa?



Kerana manusia itu dilayan dengan lebih baik berbanding kuda tapi tidak taat kepada arahan tuannya.



Manusia tidak diberi makan RUMPUT KERING!



Manusia tidur di bilik ber aircond dan diatas tilam yang empuk!



Tiba-tiba, bila sampai seruan jihad, manusia engkar?



Kata Ustaz Sidek, manusia patut malu pada kuda! Kita semua patut malu pada kuda... Kerana kuda sanggup korbankan dirinya walaupun tidak dilayan semulia manusia.



Bagi ana, yang malang disini adalah kita, umat Islam yang berbangsa melayu. Kerana, peringatan yang sebegini hebat langsung tidak diambil manfaat dengan baik, walaupun ianya hebat tersergam di hadapan laptop kita!



Bukan itu sahaja, cuba tanyakan kepada diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling, maksud surah al-fatihah... Berapa ramai yang mampu untuk membaca terjemahan dan tafsir surah tersebut... sedangkan kita mengulang bacanya sebanyak 17 kali sehari...



Ini adalah satu bukti mudah bahawa, umat Islam melayu suka mengambil mudah benda yang ada dihadapan mata mereka. Atau dalam "bahasa kasarnya", malas berfikir! Tidak suka mencabar pemikiran! Tidak mahu memahami KONTEKS AYAT!




Jangan kufur nikmat tuhan yang paling hampir dengan manusia, iaitu akal. Malulah dengan kuda.....

p/s: artikel ni copy paste (dengan izin) dari junior saya yang hebat. Lame dah tak tadabbur ayat. Rindunye nak usrah. Selalu sibuk dengan program, takde pengisian rohani memang tidak bagus. Semangat perjuangan lahir dari kekuatan dalaman, spiritual kita. Jika tidak, kita akan mudah kecundang na'udzubiLlah. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.

Read More......

The Imam-Preacher and his son

Salam. Good day!
Hari ni kite belajar English yee.. artikel ni saya dapat dari seorang sahabat thru email. Very touching. maybe anda semua dah terbaca artikel ni. tapi, ilmu tak pernah basi. banyak kali kita dapat cerita yang miracle dan touching, tapi lepas baca kite lupe. tak pernah nak kongsi dengan yang lain. artikel ni mengingatkan saya pada pengorbanan dan perjuangan. Kita selalu anggap pencapaian dan jawatan dalam jemaah atau organisasi itulah hakikat kejayaan dan pengorbanan. Kerja yang kecil pada pandangan mata manusia, tapi kita tidak tahu BESAR dan MAHAL harganya di sisi Allah. Kenapa ya? Itu lah rahsia Allah. Pasti ada sahaja rahsiaNya yang tersembunyi dan hikmah di sebalik setiap kejadian.

Hidayah Allah adalah rahsiaNya. Kita hanya mampu berusaha, hanya Allah yang menentukannya. Even bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w pun yang amat dikasihi baginda tidak menerima akidah Islam, kerana hidayah itu milikNya. Iman tidak dapat diwarisi. Kita sebagai umat Islam patut bersyukur dikurniakan akidah Islam dan iman. yang penting, menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan akidah kita. Orang lain masih lagi terkial-kial mencari erti sebenar kehidupan, kita telah dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya di Syurga nanti. Kalau kita menghargainya, maka jagalah baik-baik amanah Islam yang kita pikul ini. InsyaAllah. sesungguhnya peringatan ini saya tujukan terutamanya kepada saya, dan pada semua.



Qur'an 3:104: Let there arise amongst you a band of people inviting to all that is good and right, and forbidding the wrong. Such are the successful ones...


Qur'an 16:125: Invite to the way of your Lord with beautiful preaching and in the best ways...

Every Friday afternoon, after the Jumat service at the Central Mosque(and shortly after Al-Usrah program), the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out "PATH TO PARADISE" and other Islamic literature.
This particular and fortunate Friday afternoon, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain.

The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, 'OK, dad, I'm ready!'
His 'Mallam' dad asked, 'Ready for what?'

'Dad, it's time we gather our tracts together and go out.'
Dad responds, 'Son, it's very cold outside and it's pouring rain.'
The boy gives his dad a surprised look, asking, 'But Dad, aren't people still going to hell, even though it's raining?'

Dad answers, 'Son, I am not going out in this weather.'
Despondently, the boy asks, 'Dad, can I go? Please?'
His father hesitated for a moment then said, 'Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.'
'Thanks, Dad!'

And with that, he was off and out into the rain. This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet.

After two hours of walking in the rain, he was soaking, bone-chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET. He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted.

Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered..
He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer.
Finally, this eleven year old da'wah-expert turned to leave, but something stopped him.

Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch!
He rang again and this time the door slowly opened.

Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, 'What can I do for you, son?' With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, 'Ma'am, I'm sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that "ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU" and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.' With that, he handed her his last booklet and turned to leave.
She called to him as he departed. 'Thank you, son! And God Bless You!'

Well, the following Friday afternoon after Jumat service (during which period they hold a weekly program, Al-Usrah) the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, 'Does anybody have questions or want to say anything?'

Slowly, in the back row among the ladies, an elderly voice was heard over the speaker. As the voice went on, a hint of glorious gaiety and contentment was plainly evident in it even though the wasn't to be seen,
'No one in this gathering knows me. I've never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and never thought I could be. My husband passed on some time ago, leaving me totally alone in this world. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, it was even more so in my heart that I came to the end of the line where I no longer had any hope or will to live.

So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me. I thought, "I'll wait a minute, and whoever it is will go away.."

I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly.....
I thought to myself again, 'Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.' I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.

When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you!

The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, 'Ma'am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU!'

Then he gave me this booklet, "Path To Paradise" that I now hold in my hand.
As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn't be needing them any more.

You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God's little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in hell.'

There was not a dry eye in the mosque. And as shouts of TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!! rented the air, even among the ladies, despite themselves.

Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated.... He took his son in his arms and sobbed uncontrollably.
Probably no jama'at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a Papa that was more filled with love and honor for his son... Except for One. This very one...

Heaven is for His people! Remember, God's message CAN make the difference in the life of someone close to you.

Q 5:3: This day I've perfected your religion for you, and completed my favor on you, and chose Islam for you as religion...

Qur'an 3:110: You are the best community evolved for mankind; you enjoin the right conduct and forbid indecency, and you believe in God...

OTHER QUR'ANIC REFERENCES= Q29:46; 4:82;60:8; 3:111; 39:19.


--
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah 9: 41)

Read More......

Saya Sangat Bangat Tok Guru

Salam. Good day. Walaupun hujan lebat di luar sana, moga jiwa kita tetap semangat dan tidak 'lembap' dek kerana kehujanan insyaAllah. Hari ni molek dah bersemangat bangun awal dan selesaikan kerja rumah. Tapi bile check emel tetiba rase down. Sedihnye hari ni, ada terbaca satu artikel yg sangat biadap dan berbaur provokasi terhadap TGNA. Beliau adalah pemimpin hebat dan disegani oleh musuh. Tapi kenapa sejak akhir-akhir ini, TGNA dan TGHH dikritik dan diserang dgn hebatnya oleh para musuh, malah yg sengaja menjadi musuh. TGNA bukan nya maksum. Tapi keperibadian dan ilmunya yang tahap mursyid itu perlulah kita hormati. Jangan kite semberono menuduh dan mengutuk. Jadilah orang yang berakhlak. Doa orang yang teraniaya, doa ulama insyaAllah dimakbulkan Allah. Janganlah bila Allah dah timpakan bala baru kita nak tersedar.

ni saya ambik petikan dari SINI. bukan rekaan saya, tapi rekaan akhbar ini..

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan orang lain ditimpa bala sudah membuktikan bahawa beliau bukan lagi ulama atau pemimpin Islam tulen.

"Beliau patut letak jawatan. Beliau sudah tidak layak menjadi pemimpin yang mendakwa parti Islam.

"Nik Abdul Aziz sudah terkeluar daripada ajaran agama Islam dan juga pemikirannya sudah gila,'' tegasnya.

Beliau berkata, tidak ada seseorang beragama Islam dan berfikiran waras mendoakan orang lain ditimpa bala.

"Terbukti beliau bukan lagi ulama. Tindak-tanduknya memalukan umat Islam Malaysia di seluruh dunia. Nik Abdul Aziz patut bertaubat dan meminta keampunan pada Allah atas perbuatan itu,'' ujarnya.



Meh kite bace pulak sejarah bawah ni..Moga kite semua berfikir dulu sebelum bercakap. BUkan cakap dok tentu hala..



SUDAH 20 TAHUN TOK GURU MENJADI MENTERI BESAR

Subky Abdul Latif
Sudah 20 tahun Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan. Satu tempoh yang dikira panjang tetapi bukanlah yang terpanjang bagi sejarah Malaysia yang merdeka.

Malah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga seorang lulusan Universiti al-Azhar Mesir, lebih lama daripadanya semasa menjadi menteri besar Terengganu dulu – daripada tahun 1974 hingga tahun 1999 – 25 tahun.

Negara pernah merasa puas, maksudnya temu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi perdana menteri iaitu 22 tahun. Dia kalah dengan Suharto yang menjadi presiden Indonesia selama 32 tahun. Tidak pernah ada yang membandingkannya dengan Lee Kuan Yew yang juga lama menjadi perdana menteri Singapura. Orang pun tidak ingat berapa lama.

Tetapi orang tidak sedar rupanya Tok Guru Nik Aziz sudah jadi menteri besar selama 20 tahun. Kalau usianya ada lagi dan masih boleh memberi fikiran, dua tahun lagi akan samalah tempoh pentadbirannya dengan Mahathir.

Cuma setakat ini, tiada siapa mahu memikirkan beliau boleh menyamai tempoh pentadbiran Wan Mokhtar.

Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.

Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Bukan kita hendak berlumba siapa lebih lama memerintah, tetapi yang jemu dan bersungut tentang tempoh pentadbiran Tok Guru yang sudah dikira lama itu. Dengan hidupnya amat sederhana, tiada membuat harta dan tiada mengambil kesempatan dengan kuasa dan kedudukannya, beliau menjadi ketua kerajaan yang amat disenangi.

Dengan sumber khazanah yang terhad, sebagai negeri termiskin, bantuan kerajaan pusat pula bagai dicatu dan tidak mengikut jadual pula, serta kepungan ekonomi pusat, tidak pula negeri itu terhalang dari menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Cuma ia tidak dapat menambah makmurkan negeri dan rakyatnya disebabkan oleh kekangan kewangan, tetapi negeri itu lumpuh dan tidak muflis.

Ia tidak menambah hutang kerajaan negeri seperti 11 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelumnya, tetapi ia tidak pernah gagal ansuran bayaran hutang kepada kerajaan pusat.

Dengan 20 tahun pentadbirannya itu, ia memecahkan sangkaan ulama tidak boleh memerintah, ia mengubah persepsi pandangan masyarakat bukan Islam kepada Islam dan partinya yang sebelumnya disangka hanya untuk memenuhi kepentingan dan keperluan Islam dan Melayu saja. Tetapi ia boleh menjadi contoh memberi perlindungan kepada semua pihak.

Akhir-akhir ini ia tidak sekadar memberi kebajikan kepada yang hidup, yang mati, Muslim dan bukan Muslim ada skim bantuan kematian kepada waris dalam urusan kematian.

Mungkin boleh dikata, ada orang bersungut apabila seseorang itu terlalu lama berkuasa, menunggu mereka dia akan pergi. Tetapi dengan kesederhanaan yang ditunjukkan itu, tiada jemu dan tiada bosan orang akan keberadaannya, kalau boleh seseorang itu menongkat langit, biarlah beliau kekal lebih lama walau pun bukan selama-lamanya.

Bukan orang Muslim saja terasa senang dengannya, yang bukan Muslim baik dari Kelantan dan di luar Kelantan mengangkat tabik kepadanya dan memberi penghormatan tinggi kepadanya.

Tidak salah bagi semua menjadikannya contoh dan teladan kepada semua, sekarang dan akan datang. Amat sayang beliau sudah tua dan kesihatan pun selalu terganggu.

Di hujung pentadbirannya itu hak Kelantan mulai datang satu demi satu. Ia dinafikan mendapat hak atas minyak yang di keluarkan dari zon ekonomi perairannya. Tetapi ia mulai diiktiraf.

Kerajaan pusat tidak mengakui Kelantan ada hak atas minyak. Tiba-tiba perdana menteri setuju memberi wang ihsan. Apa sebab? Mengapa tidak diberi kepada Pahang, Johor, Melaka dan lain-lain? Kerana mereka tidak bersangkutan.

Mengapa Kelantan hendak diberi wang ihsan? Kerana ia berhak. Tok Guru dan kerajaannya tidak menolak rezeki wang ihsan itu. Tetapi ia ihsan kerajaan pusat. Sedekah, kata Datuk Husam Musa.

Yang Kelantan tahu, royalti Kelantan tidak boleh diusik dengan wang ihsan itu. Kelantan menuntutnya dari Petronas sama seperti Tunku menuntut kemerdekaan Malaysia daripada Inggeris.

Dan di hujung tempoh 20 tahun itu juga Tok Guru termasuk 50 orang teratas dalam 500 orang tokoh Muslim dunia bagi tahun 2009 ini.

Antara 50 orang itu adalah raja-raja, ketua negara bukan raja dan ketua kerajaan pusat. Tok guru bukan raja dan bukan pimpinan kerajaan peringkat pusat. Beliau sekadar menteri besar sebuah negeri miskin dan pemimpin sebuah parti politik pembangkang.

Tetapi itulah penghormatan dunia kepada pemimpin kerajaan Kelantan dan pemimpin umat Muslim Malaysia itu.

Read More......

Diarah Sara Ibubapa Sepanjang Hayat


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.
Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain


Firman Allah yang maksudnya: -

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Surah Luqman31:14


Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat
05/11/09
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

*****************************************************


'Gaji saya tidak cukup'
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.

Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu'.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan.

p/s: renungan dan peringatan kepada kita semua, terutamanya saya. NaudzubiLlah, jgn lah perkara ni terjadi dlm hidup saya. Ibubapa dan family adalah segalanya bg saya.. Baik buruk mereka, tetap tidak lucut t/jawab kita sbg anak utk menjaga kebajikan mereka.

Read More......

Jadilah Anak Kunci Kebaikan


Salam. Good day!



Eh, wat ape tu sayang-sayang semua...?




Oh, tengah menjamu selera. Makan berjemaah J



Ikut arah jam, start kucing oren besar; Choren, Diddy, Comel, Manees, Comel, Ricky, Mimi, Aben, Puteh, Raffy... Ada 2 ekor nama Comel sebab dah tak tau nak bagi nama ape.. Comel aje lah, biar nampak Comel sokmo.


Kali ni nak cerita pasal kucing. Hari Isnin yang lepas hujan agak lebat. Waktu menghampiri 6 petang. Tapi suasana agak gelap, macam dah nak Maghrib. Saya pun baru selesai kelas. Tinggal satu kelas lain lagi yang akan tamat pukul 6.30 petang. Saya pun terasa nak keluar meninjau-ninjau suasana di luar sekolah saya. Hujan tadi renyai-renyai kembali lebat. Ketika saya ingin masuk kembali ke dalam pejabat, tiba-tiba saya terpandang satu ‘benda bergerak’ di bawah pokok di tepi jalan. “Eh, kucing lah.. ” kata saya. Tapi saya agak hairan, kenapa kucing tu tak lari...kan hujan lebat ni. Cari lah tempat berlindung.. Beberapa ketika tengok kucing tu masih tak bergerak, saya pun ambik payung terus pegi tengok kucing tu. “Hei, kenapa dok lari?” marah saya, macamlah kucing tu paham. Kucing tu mengiau dengan kuat. Eh, kucing ni mengiau ke marah kat aku? Takut jugak nak pegang kucing ni, kang die cakar kang. Saya pun sentuh kucing tu dengan kaki. Ok je reaksi die, takde nak marah-marah pun. Agaknya suara die memang gitu kot.. Saya pun memberanikan diri angkat kucing tu ke beranda sekolah saya. Tengah saya periksa kucing tu..”Kenapa cikgu..?” Tiba-tiba sekumpulan pelajar kelas Fateha mengerumuni saya. Maunya mereka tak terkejut sebab bunyi suara kucing tu kuat sangat.. “Ish ish awak ni... tak dok mende. Kucing ni lapar. Gi masuk kelas sambung belajo, cikgu nok bagi die makang..”


Kucing tu masih mengiau dengan kuat. “Senyap lah! Makan keropok ni..” Saya menyua beberapa keping keropok untuk dimakan. Tak dipedulikannya.. Kenapa kucing ni? Sejuk ke? Tak puas hati, saya periksa keadaan kucing tu. MasyaAllah, besarnya luka die! Ada luka di bahagian kaki dan dada die. Berjalan pun terhinjut-hinjut. Kesiannya die. Rasanya luka bergaduh ni. Kucing ni kecik lagi, mesti kene buli dengan kucing jantan jahat nih.. teka saya. Sedih pulak tengok kucing ni. Saya pun bergegas ambil ubat. Masalahnya, macam mana nak balut luka kucing tu? Die kesakitan takleh nak pegang molek die. Saya pun ambik minyak dan sapu pada luka sikit-sikit supaya die tak sakit sangat. Itu je yang mampu saya buat...

Dah pukul 6.30 petang, semua pelajar pun balik. Saya pun bersiap nak balik. Saya dah tempatkan kucing tu di beranda yang terlindung sikit dari tempias hujan. Dan sedikit makanan, cukuplah bekalan die malam ni. Pagi esok boleh lah saya bawak bekal untuk die makan pulak....

Beberapa hari kemudian...

Hari ni hari Sabtu. Saya mari awal pagi ke pejabat saya. Saya dah siapkan bekal kucing tu dari rumah. Kelmarin kucing tu makan sampai habis nasi yang saya bawak. AlhamduliLlah, kenyang die.. Keluar dari kereta terus pergi ke tempat kucing tu..”Eh, dah takde? Mane pulak die pegi..” Sedihnye. Macam mana nasib die sekarang entahlah.. Harapnya die dah balik rumah tuan die. Tak pun di tempat yang lebih selamat. insyaAllah.

Saya pun fikir kembali.. Begitulah nasib binatang. Ada yang disayangi, ada yang diabaikan, ada yang diseksa, dll. Nama pun binatang, takde akal. Kalau lapar, makan.. kalau mengantuk, tidur. Itu aje yang diorang tau.. Kita sebagai manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Kita diberi akal dan nafsu oleh Allah. Kita bernasib baik, sebab bila kita lapar kita tahu cari makan..masak makanan kita. Kalau nak selesa, boleh cari rumah yang besar..ada tempat tidur yang selesa. Tetapi bagaimana pulak binatang? Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat Allah kepada kita selama ini?

Baru-baru ni seorang kawan saya hampir-hampir eksiden kerana ingin mengelak lembu. Ni pun satu hal. Lembu mane lah tau jalanraya tu selamat ke tidak. Yang die tahu, merayau ke hulu ke hilir mencari makanan. Saya memang kesian kalau tengok binatang kene langgar di jalan. Kadang-kadang tu memang salah binatang tiba-tiba melintas. Kadang-kadang tu salah manusia jugak kalau bawak kereta laju tahap gaban. Tak sempat nak brek emergency. Tapi bagi saya, PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Tuan lembu tu yang patut dipersalahkan. Kenapa lah gi lepaskan lembu tu. Kalau nak bela, bela lah molek-molek. Buat kandang. Ni lepaskan gitu aje. Entah lembu-lembu die tu makan tanaman orang, disumpah seranah oleh orang lain.. tak ke tuan lembu tu yang dapat dosa ‘free’?

Ada seorang makcik yang saya kenali memang cukup menjaga bab ternakannya. Dia bela lembu dan ayam. Memang siap ‘beghadong’ lah reban dan kandang untuk ternakannya tu. Tapi jika dia nampak ada ayam yang keluar cari makan keluar dari kawasan rumahnya dia akan sembelih terus ayam tu.. nak ajar ayam-ayam die yang degil. Memang ‘didikannya’ berhasil. Jika ayam dilepaskan di halaman rumahnya, memang ayam die takkan keluar merayau melebihi pagar rumahnya. Ajaib kan? Binatang pun tahu dan patuh pada tuannya. Tapi kalau tuannya ‘dok rok cetong’ memang dok rok sungguh lah nak jaga.. Pernah sorang kawan saya bagitau, lembu-lembu yang merayau di tepi jalan ada yang ditangkap oleh jabatan haiwan. Tapi, tak sampai sehari tuan lembu bawak beratus-ratus ringgit nak ambik balik lembunya. Lepas tu biar lembu berkeliaran lagi. Lepas tu kene tangkap. Lepas tu bayar lagi.. tak serik-serik. Memang ada orang macam ni, tak kisah hukum agama. Yang die tau, jual lembu dapat duit. Kenyang perut boroi..

Banyak saya membebel kali ni.. kalau orang tak nak dengar sudahlah. “Sampaikan olehmu walau satu ayat”, itu pesan Rasulullah s.a.w. Bila disebut manusia sebagai khalifah (pemimpin) bumi, bukan perlu menjadi pemimpin parti politik atau persatuan. Pemimpin perlulah yang menjadikan bumi ini makmur untuk diduduki. Pemimpin yang menjaga ‘anak buahnya’ dan keadaan sekeliling. Pemimpin yang tidak korup, dll. Yang mampu melindungi dan boleh diharapkan oleh makhluk Allah yang lain. Kerana apa? Manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Dikurniakan susuk tubuh yang sempurna, ada akal dan fikiran, ada nafsu dan emosi..melebihi semua makhluk Allah yang lain. Manusia yang tidak bersyukur dan tidak menghargai kurniaan Allah lah yang melakukan kerosakan di muka bumi ini. Menjadikan dunia ini tunggang-langgang. Jadikanlah diri kita sebagai anak kunci kebaikan.. Amat malang bagi sesuatu masyarakat yang dihuni oleh manusia yang sentiasa menjadi anak kunci kepada kejahatan.

Sahal bin Saad berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“bermula sesuatu yang baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, makan berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebaikan dan penyelak (penghalang) kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi seseorang yang menjadi kunci kepada kejahatan dan penyelak (penghalang) kepada kebaikan”. (H.R Ibnu Majah).

Wallahua’lam.


p/s: tahniah kpd adik2 yg berjaya dalam UPSR. My cousin dpt 5A. tgh pk nak bagi hadiah ape lah nnt... Selamat Berjuang juga pada adik2 SPM dan STPM. Moga kejayaan sentiasa mengiringimu... Adik2 saya pun periksa jugak. Tp nampak rileks je..kakak die pulak terlebih bimbang :)

Read More......

500 Tokoh Islam Berpengaruh Di Dunia

Salam.



Tuan Guru Nik Abdul Aziz di tempat ke-42 tokoh paling berpengaruh di dunia Islam.
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal. Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam list 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.


Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Read More......

Kekuatan Sedekah

Salam. Thanks pada Ika forward emel yang menarik pada saya kelmarin. Seronok apabila dapat share ilmu, dan lagi seronok apabila pembaca boleh mengamalkan sama-sama ilmu yang diperoleh. Kali ni berkenaan sedekah. Saya masih ingat dalam satu sinetron hidayah (saya suka sinetron ni bukan sebab nama sama, tapi pengajaran yang disampaikan dari drama ini )... ada seorang jiran pemuda yang ditimpa kesusahan menasihatinya "apabila kamu ditimpa kesusahan, bersekahlah".. "tapi pak, saya ngak ada uwang. Bagaimana saya harus bersedekah?" kata pemuda itu. "Iya, kalau mahu sedekah itu tidak semestinya dengan uwang. Apa sahaja yang kamu miliki..yang penting dapat membantu orang yang memerlukan..dan yang penting kamu IKHLAS..."balas jiran nya itu.
Pemuda itu pun, berjalan-jalan sambil memikirkan nasihat jirannya itu. Tiba-tiba dia ternampak seorang penjual pisang. Dia pun segera meluru kepada penjual itu untuk membeli pisang. "Tidak mengapa kok, ambil sahaja baki duitnya..saya sedekah kan sahaja pada kamu.." kata pemuda kepada penjual pisang. "Biar betul bang... apapun terima kasih ya.."balas penjual. Selepas itu, pisang yang dibelinya itu pun disedekah kan kepada seorang pengemis yang kelaparan. Akhir cerita, pemuda yang kesusahan itu telah berjaya menyelesaikan segala masalahnya dengan baik sekali. AlhamduliLlah.
Selamat Bersedekah... Yang penting IKHLAS
Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8} Z
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW,;
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ??? huhu...

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
SADAQAH JARIAH – KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk". (Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 )

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Read More......