"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Daqmie - Tangis Sebatang Tamar (Official Music Video)








Kisah tangisan sebatang tamar yang menangis kerana akan digantikan yang baru kerana rindu kepada Rasulullah SAW. Batang tamar itu menjadi tempat Nabi SAW bersandar di mimbar.

Sekarang ini banyak kisah manusia yang menghina Junjungan Mulia Nabi SAW, andainya mereka tahu betapa mulianya kasih sayang dan rindu mereka kepada Nabi SAW..pasti tiadalah yang berani berlaku hina begitu. Ya Allah, ampuni segala dosa2 kami.. kurniakan kami redhaMu dan syafaat baginda SAW.. Laukana bainan

Read More......

Bibik!

Salam and good day!




Subhanallah... tersenyum gembira saya saat ini diizinkan Allah untuk terus menulis.. Alhamdulillah! Di kala kekangan sumber, masa dan idea.. akhirnya tergerak juga diri ini berkongsi kisah2 untuk dijadikan iktibar. Saya suka berkongsi kisah2 suka mahupun duka untuk dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita. Sudah setahun rupanya blog ini tiada nukilan2 yang bukanlah bagus sangat pun jika dibandingkan dengan kisah2 yang lain...

Buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali..

InsyaAllah akan ku ingat pepatah ini sampai bila2.. Alkisahnya, hampir setahun saya melihat dari jauh seorang bibik. Orang gaji yang berasal dari Indonesia ini (saya lupa asalnya dari mana) berperwatakan agak warak bagi saya.. iya, jika dibandingkan dengan bibik2 lain yang pernah saya kenal sebelum ini. Saya namakan dia Bibik M.

Sudah menjadi adab bagi saya untuk menghormati orang yang lebih tua, walaupun kerjayanya orang gaji, ataupun pengutip sampah! Saya sentiasa berpesan pada anak2 murid saya (terutamanya anak majikan bibik tersebut) untuk menghormati orang yang lebih tua, tanpa mengira darjatnya. Jangan suka hati meninggikan suara dan membantah. Mahu diikut segala yang cikgu ini nasihatkan..terpulang.. saya hanya mampu berdoa...

Oleh kerana majikan bibik ini merupakan seorang hartawan dan agak rapat dengan saya... jadi selalulah saya dijemput ke majlis2 yang dibuatnya. Terakhir adalah majlis tahlil yang diadakan di masjid berhampiran rumahnya. Memang 'lain' suasana bila bergaul dengan orang kaya.. memang sangat JAUH dengan jiwa ini. Namun, demi untuk memenuhi undangan, saya teruskan jua memenuhi undangannya.. Siapa sangka, Bibik M ini lah 'teman rapat' saya di majlis tersebut. Saya sukakan kesederhanaan dan kewarakannya yang pernah bekerja di negara teluk..serta mahir berbahasa Arab.. Pendek kata, tak perlulah saya menjadi 'kaya' untuk sama2 bergaul dengan orang kaya.. cukuplah dengan kesederhanaan ini..

Selepas itu, setiap kali berjumpa atau terserempak kami sentiasa bertegur sapa.. bulan berganti bulan.. Akhirnya sebulan yang lepas, Bibik M tiba2 mendekati saya ketika saya sedang berehat di luar pejabat selepas kelas tamat. Banyak yang dikongsi berkenaan masalah yang dihadapi di rumah majikannya. Siapa sangka, dia juga bertanya bagaimana untuk keluar dari Terengganu. MasyaAllah, saya tidak mahu meneka apa masalah yang dihadapinya... malah, jauh sekali untuk bersangka buruk dengan majikannya itu. Maklumlah, saya kenal (walaupun tidak kenal secara mendalam) majikannya itu. Saya hanya menjawab segala persoalannya tanpa syak wasangka. Namun, saya berdoa moga Bibik M dipermudahkan segala urusannya.. InsyaAllah.

Selepas itu, Bibik M mula mendekati saya.. mungkin 'terlalu baik' bagi saya. Sebenarnya, saya  sentiasa memastikan jurang2 tertentu dengan sesiapa sahaja yang masuk dalam kehidupan saya.. terutamanya orang asing.. Namun, Allah sentiasa memberikan firasat kepada kita dalam menghadapi hidup ini. Mulai selepas itu, sentiasa saja ada perasaan kurang enak tiap kali Bibik M mendekatiku..

Bibik M sentiasa datang ke pejabatku di kala saya keseorangan.. ada saja yang ingin dibantunya.. tolong kutipkan sampah.. walaupun sudah beberapa kali dihalang, kerana biarlah saya saja yang bersihkan pejabat saya.. pernah juga dia beria-ia mahu saya kumpulkan semua buku2 terpakai yang ingin dibuang kerana dia ingin jualkan sekaligus.. namun, positifnya..bagus juga kerana tidak perlulah saya angkut buku2 terpakai yang berlambak di pejabat tu ke kilang recycle di KT.

Selepas itu, diberikannya saya barangan alatulis yang siap di packing untuk dijual kepada anak2 murid.. RM2 agak mahal bagi saya untuk dijual.. saya juga tidak bertanya dari mana datangnya barang2 itu. Namun, bersangka baik.. mungkin bibik itu rajin beli barang2 dan membungkusnya untuk mendapat duit lebih.. InsyaAllah, saya cuba bantu selagi termampu.. pada mulanya kuantiti barangan sekitar 7 paket.. lama kelamaan2 makin meningkat.. aduh, pening jugak fikir bagaimana mahu jual kesemua barang2 itu. Barang2 yang diberi untuk dijual itu bukannya menguntungkan saya.. tapi, sekadar mengambil hatinya untuk tolong bantu dia menjual...

Kemuncaknya kisah Bibik M adalah pada 2 minggu yang lepas... setiap awal bulan memang saya sibuk kerana waktu itulah ibubapa akan berjumpa saya untuk membayar yuran kelas. Setelah selesai ibubapa 'mengerumuni' saya untuk membayar yuran pada hari itu.. saya pun siap2 untuk memulakan kelas... tiba2 Bibik M muncul tanpa diduga...

"Wah.. banyak duitnya.. mari lah sikit duitnya itu.."

"errkk... apa dia?" tanyaku kembali seperti tidak mendengar..

"marilah sikit duitnya.. mau pinjam.. RM10 cukuplah.. nak beli topup..." katanya bersahaja

Tiba2 darahku menyirap... tak tahulah nak marah ke... terkejut ke... takut ke.. entahlah.. Aku pun buntu mahu bagi alasan apa. Sebenarnya, bukan tidak mahu membantu orang yang dalam kesusahan.. Namun, nak buat baik kena beringat! Jangan sampai diperdayakan.. Astaghfirullah...

"Macam ni lah.. saya bayar barang2 yang bibik beri ni.. tak payah pinjam lah.. saya beli kesemuanya" 

"errr..ooo.. kalau begitu RM20 lah ya kesemuanya..." dia pun kaget dengan kata2ku..

"Lepas ni saya tak mahu lagi barang2 untuk dijual.. ini yang terakhir.." kata2ku tegas.. RM20 untuk barang2 itu memang tidak berbaloi.. Namun, CUKUPLAH! Bukan mudah untuk membina kepercayaan, namun dalam sekelip mata sahaja segala kepercayaan bisa lenyap..!

"ohh..baiklah.. terima kasih yaa..." dia segera berlalu..

Kasihan pelajarku hari itu.. memang "tak betul" sekejap emosi dan fikiranku hari itu marah memikirkan hal yang telah berlaku..

Hari ini.. daku dikhabarkan Bibik M telah dihantar ke Indonesia.. Rupanya banyak kisah2 kurang enak yang berlaku di luar pengetahuanku sebelum ini.. Daku menerima berita itu dengan 'kosong'...

Allah itu Maha Adil.. Dia juga Maha Mengatur segala agenda kehidupan ini.. Allah Ya Bari'.. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. malah tiap2 kejadian itu merupakan peringatan buat kita untuk terus istiqomah berbuat baik dan mengharap redhaNya.. Daku tidak berdendam dengan Bibik M..malah kasihan dengan orang tua itu. Mungkin hidupnya susah, membuatkan dia terpaksa bertindak demikian. Tiba2 daku teringat dengan kata2 hikmah;

Pelaris perniagaan adalah AMANAH,
Pelaris rezeki adalah TAQWA.

Sungguh! Semakin dekat kita padaNya.. semakin kasih Dia kepada kita. Akan dipermudahkan segala urusan kita.. dimurahkan rezeki... dilapangkan dada.. bermacam2 kelebihan lagi.. hanya yang merasai tahu ajaibnya bercinta dengan Kekasih Sejati ini...

Bibik M, daku doakan moga dirimu sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya.. Ya Allah, bantulah dia untuk menjadi muslim sejati dan hambaMu yang dikasihi. Cukuplah perkenalan ini mengajar untukku sentiasa waspada dan tahu hanya Allah tempat mengadu. Walaupun hina pada pandangan manusia, jangan hina di sisi Allah..!

Read More......

Sayangilah makhluk Allah di dunia.. pasti kita disayangi makhluk langit..

Salam and good day!



Saya boleh dikategorikan salah seorang INFJ. Tak perlu saya cerita panjang lebar psl  kategori ni.. Cuma uniknya orang INFJ ni sukar dicari dan dan hanya 1% manusia tergolong kategori INFJ. Saya tidak katakan saya ni pelik or whatsoever... cuma betul atau tidak, itu hanyalah kajian manusia yang boleh jadi betul atau salah.. Hanya kalam Allah sahaja yang selayaknya betul dan benar.

Orang INFJ amat sensitif dan setiap perbuatan penuh dengan kehalusan dan pengertian.. actually, saya pun tak reti mcmana nak explain pasal diri saya nih.. 

Hari ni saya menerima SEEKOR tetamu yang dihantar olehNya.. Entah dari mana, tiba2 seekor kucing putih kurus masuk ke dalam kelas saya... Ketika itu saya baru memulakan kelas. Saya yang pertama melihat kelibat kucing itu terus berkata.. "eh sayangggg..."

Anak murid terkejut tiba2 saya seperti excited mengucapkan "sayang"..hehe.. "cikgu kabo saang pada sape??" "bakpe cikgu panggil kucing tu sayang" "oooo.cikgu sayang kucing ehhh" ... mcm2 kata2 anak2 murid respons daripada ucapan sayang saya itu.. anak2 murid mmg perhati perbuatan dan pertuturan kita.. dan "scan" serta serap sebagai panduan mereka.. menjadi tanggungjawab guru untuk mnjawab segala persoalan sebaiknya dan penuh hikmah.

Saya kebetulan tidak membawa bekal makanan.. Jadi terpaksa "memaksa" anak murid yang tinggal sebelah pejabat saya untuk membawa nasi dan ikan untuk diberikan kepada kucing itu. Alhamdulillah, ia makan penuh bahagia.. Selesai makan ia masuk kembali ke dalam kelas dan tidur.. Melihat gelagatnya sudah memberikan ketenangan dan semangat buat saya..

Seharian berada di kelas saya membawa dirinya.. kadang2 anak2 murid bergurau senda dengan kucing itu.. Hari ini kehadiran kucing putih misteri itu menyerikan kelas saya.. ramai yang tertarik, kasihan, geli... mcm2 gelagat lagi yang  dapat saya perhatikan. Kelas berakhir pukul 9.30 mlam.. kesemua pelajar dan guru telah pulang. Setelah memeriksa kesemuanya, saya pun bersiap pulang. Kucing itu, yang saya namakan Puteh seperti memberitahu saya supaya jangan tinggalkannya.. berkali-kali saya terpaksa keluar dari kereta kerana Puteh duduk dekat dengan kereta, bimbang terlanggarnya.. Terlintas di fikiran untuk membawanya pulang.. tapi mungkin banyak mudaratnya.. 


Ketika menaip post ni, saya nekad untuk membawanya pulang ke rumah. Saya yakin ia tidak bertuan.. Memang tak boleh tidur saya memikirkannya..! Jika betullah saya yang dipilih untuk menjaganya, insyaAllah Puteh akan tetap setia menunggu saya di pejabat esok.. Jika saya tidak mampu menjaganya, ada orang lain yang lebih layak menjaganya. Rezeki Allah yang kurniakan.. Dia Maa Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas tiap2 satu ciptaanNya.. Allah Maha Pemberi Rezeki.. Kita sebagai makhlukNya sentiasa mengharap dan mendambakan kurnianNya..

Bila melihatkan kucing yang yatim piatu itu, terfikir saya bagaimana keadaan manusia yanh terpaksa hidup sorang2 tanpa teman dan keluarga.. Kita yang memiliki segalanya WAJIB bersyukur dan menjaga sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan.. Kehadiran kucing itu amat menyentuh hati dan fikiran saya.. Bercucuran airmata bila muhasabah kembali segala dosa2 lalu dan memikirkan kehidupan di sana kelak.. Allahurabbi..

Kesimpulannya, kita tidak mampu mengawal dan menjaga segalanya, kerana kita adalah makhluk yang tiada berkuasa.. Sebaliknya hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya, Maha Sempurna, Maha Agung, Maha Merancang agar kita sentiasa di dalam jagaanNya.. Amiin.. Moga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayahNya serta istiqomah melakukan kebaikan. Allah suka dan sayang kepada orang yang penyayang.. doa orang penyayang mudah dimakbulkan jika dekat padaNya.. Moga kita menjadi hamba yang sentiasa dekat padaNya dan diredhaiNya... Amiin..

Lega rasanya dapat pujuk diri memikirkan keadaan dan kehadiran kucing itu.. Alhamdulillah. Moga Puteh dalam jagaanNya.. panjang umur, ada jodoh.. dapatlah saya jaga Puteh! 

Read More......

Pening weih!

Salam and good day!


Alhamdulillah akhirnya dapat jugak buka akaun blogger ni. Ya Allah, berdebar bukan main sebab saya lupa password akaun... Actually, saya yang lupa, ataupun sistem google, gmail dan yahoo yang confuse dengan akaun2 dan password2 saya yang berlainan ni..? Hampir seminggu godek2 akaun dan menjawab segala persoalan security blogger ni.. Akhirnya dapat juga buka akaun blog ni.. Namun, nak update kene pinjam laptop orang, tak boleh update dengan tab ku! Takpelah, mane2 lah asalkan senang hati.. Bila guna Android ni, tahap security lebih tinggi, jadi kene banyak hati2.. JANGAN lupa password! Ok, satu pengajaran buat saya :))



Read More......

Januari yang istimewa!

Salam and good day!

Nak menangis rasenye artikel yang saya taip berjela-jela tapi hilang sekelip mata! uwaaaaa... Maklumlah sebelum ni expert guna laptop.. Kali ni guna tab pulak... Mane tak jakun jadinye... Actually, saya bukan main lagi nak bercerita kisah2 bulan Januari... Namun, beginilah nasibnye...

Hampir 3 bulan saya kehilangan laptop.. Rumah dipecah masuk.. Saya dan family ketika itu di KL menghadiri majlis perkahwinan sepupu.. Dah takde rezeki, redha dengan kehilangan.. Jika kita rasa susah, orang lain lagi susah. Saya hanya hilang laptop, ahli keluarga lain kehilangan barangan yang lebih berharga. Namun, Alhamdulillah ahli kelurga semuanya selamat..

Tanggal 14 Januari secara rasminya galaxy tab 2 berada di tangan saya.. Alhamdulillah! Dah lama saya mencari2 gajet untuk memudahkan kerja peribadi dan jemaah... Moga rezeki tab yang Allah beri pinjam ini digunakan sebaiknya dan beramanah.. insyaAllah. Pendek kata, jika segalanya kerana Allah pasti akan Allah bantu dan lindungi... Sekarang ni masih dalam proses 'mengenali'...hehe.. Hari2 keje memang sibuk, susah nak ambik masa menggodek2 tab ni... Weekend pula berprogram... Malam2 je ade masa untuk update.. Pukul 2 pagi baru tido.. Hishhh...lain pulak jadinye...

Tahun ni tahun ke-32 kelahiran saya.. Alhamdulillah, masih diberi peluanng olehNya untuk terus menumpang di bumi ini.. Moga Allah sentiasa memeliharaku.. Amiin.. Tahun baru disambut dengan sakit yang berlarutan hampir 2 minggu..  Demam dan batuk yang melanda amat mengganggu semangat dan emosi.. Sekarang dah makin pulih.. Madu dan limau nipis menjadi teman setia.

Dalam sakit2... Sebenarnya masih ragu2 untuk hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR-KL 112. HKR ni merupakan ibu segala himpunan. Namun, Alhamdulillah Allah pilih saya turut serta ke sana! 12 Januari di Stadium Merdeka takkan ku lupakan. Tiada provokasi dan ancaman... Semua pihak bekerjasama sebaiknya.. Walaupun penganjur dicekik dengan sewa stadium rm100k, namun sumbangan para peserta sebanyak hampir rm300k memang menakjubkan! InsyaAllah,PRU-13 ini bakal menyaksikan sejarah baru perubahan rakyat bangkit menentang kezaliman dan penindasan kerajaan! Sejaran membuktikan, kerajaan yang bobrok tidak akan bertahan lama.. Kerana itulah jnji Allah.. JanjiNya pasti benar... Kebenaran akan muncul jua. Moga Islam yang menang! Takbir!

10 Januari pasti tidak dilupakan... birthday Mursyidul Am PAS, TGNA.. Walaupun jauh langit dan bumi saya dengan tok guru, namun birthday sama ni sekurang2nyaboleh juga saya ambil aura tok guru :)

Istimewa Januari kali ini moga memberi sinar harapan dan kebahagiaan kepada saya di  masa akan datang.. InsyaAllah. Dokan saya teman.. Walapun kita saling tidak mengenali.. Doa kalian amat saya harapkan... Moga kita sentiasa di dlm rahmat dan kasih sayangNya.. Amiin...

Read More......

Aku masih di sini!

Salam and good day!


Alhamdulillah.. Akhirnya dapat jua mencoret di dalam blog ini sejak sekian lama... laptopku dicuri! InsyaAllah akan saya update pengalaman dan cerita2 menarik lepas ni.. Rezeki dari Allah yang diberiNya untuk saya gunakan untuk sebarkan kebaikan..

Doakan teman2.. moga saya terus diberi kekuatan dan kelapangan olehNya...

Ketemu lagi post yang akan datang.. insyaAllah :))


Read More......

Alangkah Indah Hidup Ini Jika Segalanya kerana Allah!


Salam and good day!

Hidup ini adalah pilihan.. Jika bahagia yang dipilih, maka berbahagialah!


Setiap hari saya akan buka facebook untuk menambahkan ilmu bacaan dan isu semasa. Alhamdulillah banyak perkongsian, pengalaman dll sepanjang memiliki akaun facebook ni.. Yang penting kena pandai jaga diri dan muamalat di alam maya. Bukan untuk bermuka-muka.. Sebab kadang-kadang keterujaan dan semangat berkobar-kobar bisa ‘membutakan’ dan membinasakan. Sebagai perempuan, da’ie dan hamba kepada Allah… Sudah tentu pandangan Allah yang kita utamakan. Pada masa yang sama, kita ingin mengajak orang kepada kebaikan, sudah tentu kita juga turut serta membaikkan diri kita (walaupun tidak sempurna).

Sedang khusyuk membaca status facebook, tiba-tiba ada seorang pemuda pm saya… “Ambe minta maaf segala salah silap. Walaupun raya dah lama habis, nak mintak maaf jugak atas terkasar bahasa tempoh hari.. Mana tau, nanti tak sempat nak minta maaf dah.. ”

Terkejut jugakdapat pm dari sahabat ni.. Tak sangka dia minta maaf atas kejadian beberapa bulan yang lepas…

Tiba-tiba fikiran saya menerawang kepada kejadian yang berlaku tersebut….

Saya kebetulan menghadiri dan bertugas untuk satu program. Dan ketika itu, program telah tamat dan saya pun beransur untuk pulang. Namun, dari kejauhan saya perasan seorang pemuda (pemuda tersebut) meluru ke arah saya.. Saya hanya mampu tersenyum ‘menyambut’ kehadiran pemuda tersebut.. curious kenapa pemuda tu mari pada saya… belum sempat berkata-kata….

“Kenapa….. dok reti ke….. bla bla bla” tiba-tiba saya diserang! Senyuman saya sebelum itu kembali kendur… hanya kerutan di dahi dan ‘kekejangan’ mulut daripada berkata-kata.. Selepas saya dimarah tanpa usul periksa itu, pemuda tersebut terus berlalu dan melakukan tugasnya.. saya yang terkulat-kulat menahan marah dan membebel keseorangan.. Kebetulan seorang kakak yang ‘bersama’ ketika saya dimarah turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana kejadian tersebut… Ini tidak adil!! Saya adalah mangsa keadaan… Mengapa saya yang dimarahi dan dipersalahkan atas kesalahan dan kecuaian pihak terbabit..???

Kejadian tersebut saya simpan kemas tanpa dendam… Cuma hanya berkongsi dengan seorang sahabat yang mengenali pemuda tersebut.. Saya seorang yang takkan melupakan ‘kejahatan’ atau kebaikan yang orang lakukan pada saya… Namun, saya bukan seorang pendendam.. Pendek kata, memaafkan tidak semestinya melupakan..

Saya menjawab pm pemuda itu (tanpa rasa was-was)… “Saya dah lama maafkan.. Walaupun bukan salah saya, perkara biasa aje.. Takde apa2 lah..” … “tq, jazakillah” jawabnya balik..

Alangkah indahnya hidup ini tanpa dendam dan hasad dengki… Saya kagum dengan pemuda tersebut yang berani meminta maaf pada saya.. Maknanya dia sedar akan kesalahannya.. Marah tidak bertempat dan tanpa usul periksa.. Bukan senang seorang lelaki minta maaf! Ego mereka umpama maruah mereka.. Dan saya tidak berniat untuk memanjangkan peristiwa tersebut.. Tak ingin bercerita segala benda yang tidak berkenan di hati.. Biarlah dia dan sahabat-sahabatnya mencari jalan penyelesaian.. Jika pendapat saya yang diperlukan, ya… saya sudi untuk member pandangan dan cadangan seikhlasnya..

Memang berbeza memiliki kawan dan sahabat.. Kawan banyak saya jumpa merata-rata.. Namun, sahabat saya hanya bisa ketemu di dalam jamaah! Bergaduh dengan sahabat tidak sama bergaduh dengan kawan.. Itulah indahnya jika hidup kita ini segala-galanya kerana Allah.. Memaafkan kerana Allah. Meminta maaf kerana Allah.. Menegur kerana Allah.. Berkasih sayang kerana Allah! Subhanallah!

Kawan2.. Sahabat2 semua.. Diri sendiri.. Moga kita menjadi orang yang bersyukur. Sentiasa memperbaiki diri menjadi hambaNya yang taat dan kasih padaNya.. Rahmat Allah tidak akan pernah terhitung banyaknya oleh kita.. Jika kita benar-benar ingin hidup dan mati kerana Allah, PROVE IT!!


Read More......

Amalkan surah AL-Mulk sebelum tidur

Salam and good day!


 Masih teringat seorang mentor saya mengatakan, surah Al-Mulk ini bermaksud Kerajaan. Kita sebagai khalifah di muka bumi Allah kadang2 leka dan alpa dengan amanah yang telah digalaskan kepada kita. Sebab itu, kita kena ingatkan diri kita setiap hari bahawa selama mana kita berusaha mencari rezeki dan memakmurkan dunia ini adalah untuk membina KERAJAAN yang diredhai Allah. Bertindak selaku khalifah di muka bumi ini dengan amar makruf dan nahi mungkar. Moga kita sama2 dapat amalkan dan istiqomah untuk amalkan surah ini sebelum tidur. InsyaAllah. Tiadalah amalan yang disukai Allah walau kecil tapi sentiasa dilakukan (berterusan) iaitu istiqomah. Gud luck!


Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Maksudnya:  
"Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-mulk." (Riwayat al-Tabarani)


Read More......

Perancangan Allah siapa yang tahu...??

Salam and good day!




 Allah punya perancangan setiap jalan dan pilihan kita. 
Moga pilihan kita itu adalah pilihan terbaik mengikut redhaNya..







 
Jam 9.26 pagi
Dari kejauhan saya melihat beliau berdiri di sisi jalan di dalam kawasan universiti. Langsung tiada niat untuk saya memberhentikan kereta dan bertanya, “boleh saya bantu?”

Bila hampir, secara automatik kaki menekan brek. Lalu saya turunkan cermin sisi dan berkata, “tuan mahu ke mana?”

“Saya mahu mengambil gambar. Ke studio… saya pun tidak tahu di mana”.
“Oh… minta maaf. Saya hanya mahu ke kolej perempuan. Di hadapan itu sahaja”.
“OK… jika hantar saya ke jalan utama pun tidak mengapa. Saya boleh ambil teksi”.

Akhirnya beliau berada di sisi kanan saya.
“Jadid Taibah University” (Baru di Universiti Taibah?”)
“Saya baru sampai semalam. Hari ini lapor diri dan mereka meminta gambar pasport”.
“Dari mana? Fakulti”
“Saya dari Sudan. Fakulti Perubatan”.

“Sudan? Orang Sudan baik-baik. Saya ramai kawan Sudan. Anak-anak saya pun belajar di sekolah Sudan”.
Lalu saya terkenangkan kisah sebulan pertama di Madinah yang tidak pernah diceritakan “kegilaan” kesusahan, ujian dan cabaran berada di sini. Terbayang bagaimana Ayub – rakyat Sudan – membantu hampir setiap ketika.

Saya melihat jam. Janji saya dengan Roza di sekitar jam 10.00 pagi, “saya fikir saya sempat menghantar tuan ke studio tetapi tuan perlu mengambil teksi untuk kembali ke sini. Tidak jauh”.

Beliau tidak henti-henti mengucapkan syukur. Malah beliau sempat bercerita bagaimana ajaibnya beliau mendapat tawaran bekerja di Madinah (INsyaAllah, kisah ini akan saya catatkan dalam buku terbaru nanti).
MasyaAllah, Subhnallah, Allahu Akbar. 

Lalu saya melihat semula peristiwa pagi tadi dengan pandangan mudah. Doanya dimakbul Allah. Kaedahnya adalah melalui saya yang tidak pernah berniat untuk berhenti, bertanya dan memberikan sebarang bentuk pertolongan.

Begitulah, Allah tidak terhitung bala tenteraNya untuk membantu manusia yang sentiasa berdoa dan bergantung harap. Sangat jelas, ada ketikanya Allah menghantarkan bala tenteraNya (dalam pelbagai bentuk) untuk membantu kita.

Namun ada ketikanya kita pula digunakan untuk menjadi bala tenteraNya bagi membantu orang lain.
Di sebelah mana kita berada – ia nikmat Allah yang wajib disyukuri – lihatlah dengan pandangan mata hati betapa Allah itu Maha Berkuasa. Tiada satu pun yang mustahil.

Kami mohon keampunanMu ya Allah.

Artikel di copy dari SINI.

Read More......

Musafir Syawal, Rindu Ramadhan

Salam and good day!


Alhamdulillah, hari ni mood saya agak baik dan rasa tenang aje..hehe.. Dapat update 1 blog lain dan 3 page fb! Bukan senang nak mencari mood nak buat ayat dan update status tau... Rase tak adil pula jika blog sendiri tak di update..


Bulan Syawal akan beransur pergi beberapa hari lagi.. Rindu pada Ramadhan tetap dipendam jauh di dalam hati ini. Ramadhan adalah hadiah dari Allah buat hamba-hambaNya yang beriman. Moga kita tergolong di dalam orang2 beriman dan dikasihiNya insyaAllah. Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan. Kerana setiap ciptaanNya pasti akan meninggalkan kita. Namun, Allah tetap bersama kita walau jauh sekali kita melupakanNya... Astaghfirullah..


Bulan Syawal ni aja dah 2 kali saya bermusafir kerana memenuhi amanah.. Alhamdulillah, walau banyak kene berkorban, Allah masih memilihku untuk berjuang dan mendapat rahmat dariNya.. Terima kasih Ya Allah! Sebagai anak perempuan yang tinggal bersama keluarga pastinya banyak batasan yang perlu dijaga dan dihadapi.. Mama agak bising kerana kerap sangat keluar rumah berprogram.Ya, nak berjuang pasti banyak halangan. Walaupun mereka kurang memahami apa yang diri ini perjuangkan, namun hanya Allah mampu membalas segala jasamu dan kerelaanmu membenarkan anakmu ini keluar untuk menyebarkan kebaikan. Moga ini saham untuk mereka di Akhirat nanti, insyaAllah doaku!



 Dewan Bustanul Ariffin di batu Pahat, Johor. Kenangan terindah dan mahal yang saya lalui. Tarbiyyah dan kesabaran penting supaya kita sentiasa 'waras' dan bertindak di dalam kawalan. Saya suka nama ni, tak tau nama tokoh atau ape.. Kene search la lepas ni..


Gambar ni diambil di RnR Gambang.. Bas berenti untuk rehat makan dan solat. Sampai aje di cafe rnr ni, saya tertarik dengan dekorasi unik ni. Ye lah, sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sekaligus. Namun, tengah asyik memerhatikan hiasan ni tiba2 jantung saya berdegup kencang! Kwn2 tidak sedar akan kehadiran kucing, namun saya dapat perhatikan sepintas lalu. Mulanya terkejut ingatkan bangkai kucing... Rupanya kucing ni tengah tidur nyenyak! Alhamdulillah, lega rasanya hati ni :))


Di bulan Syawal ni, pastinya banyak jamuan raya. Saya suka masak, walaupun simple.. Saya memang jenis tak reti makan luar! Beruntung la suami saya nanti..hehe.. Saya suka masak lauk pauk je, untuk kuih-muih dan kek ni memang tak pandai.. Malas pun boleh jugak.. Saya ni jenis suka campak2 je bahan2.. Pendek kaa, masak ikut resepi sendiri.. Tapi kalau nak buat kek atau kuih ni, kene ikut sukatan.. ade disiplinnya, tak boleh suka2 hati je campak2! Nanti jadi bende lain plak kan.. :))


Walaupun kek coklat moist yang saya masak ni, kek segera.. namun, ade bahan2 yang saya kene masukkan sendiri untuk menjadikannya kek yang 'normal'..hehe.. Alhamdulillah, keknya menjadi dan enak sekali.. Walaupun pada mulanya agak hesitate nak masak atau tidak kek ni sempena jamuan raya tu.. tapi tetap teruskan atas rasa tanggungjawab dan ukhuwwah. Malam tu agak keletihan sebab banyak program dan aktiviti dari siang sampai malam. Hampir pukul 12 tengah mlm siap2 mengadun bahan dan mula mengukus kek ni.. Banyak betul halangan nak siapkan kek ni.. Patutnya sejam dah siap masak, tapi hampir pukul 3 pagi baru siap! Penat+mengantuk+nak marah.. mcm2 perasaan mari demi siapkan sebiji kek ni.. Gas habis, pastu kene masak kat luar rumah. Ade dapur kat luar rumah jgak. Kucing2 mengacau buat kek dan 'merengek' lapar dan nak bermanja seperti biasa. Mcm2 lagilah..hehe.. Apepun, tarbiyyah dari sebiji kek ini amat berharga. Ya, bila kita merasa susah dan 'sempit'.. pastinya Allah lah tempat kita mengadu.. Manusia biasa tertipu dengan 2 perkara.. 1) masa sihat, 2) masa lapang.. Pendek kata, masa senang kita biasa lupakanNya.. Apabila ditimpa kesusahan, kesakitan,dll itulah tanda kasih sayangNya.. Moga setiap kesusahan dan kesedihan yang menimpa adalah kaffarah dosa2 kita.. Amiin..


Oklah, dah lewat malam dh ni.. InsyaAllah awal pagi nak bangun sahur. InsyaAllah, baki sehari lagi nak cukupkan puasa sunat 6 Syawal. Moga diberi kekuatan olehNya. Hidup ini pilihan, maka pilihlah yang terbaik untuk agamamu!

Read More......

Perutusan Eidul Fitri 1433

Taqabbalallahu minna wa minkum


Read More......

Tahniah!

Salam and good day!



Jodoh itu rahsia Allah.. Dan aku yakin Allah telah memilih IMAM yang terbaik buatku!


Hari ni dapat message dari sorang sahabat menjemput saya untuk terlibat sama di dalam projek portal Islamik. Waa, macam menarik je! Saya suka berkongsi apa sahaja kisah menarik untuk dijadikan kenangan dan pedoman bersama. Pada masa yang sama, apabila kita memberi.. kita akan merasa KAYA!


"Orang yang tidak memiliki tidak bisa untuk memberi"


Kebetulan pula tu saya post di fb berkenaan blog.. Rezeki la tu.. Moga projek yang dirancang ini berjaya dan mendapat sambutan sahabat2 lain insyaAllah..


Hari ni ada masa pula saya menjenguk blog saya.. Ada beberapa blog yang menarik dan memberi saya inspirasi dalam kehidupan ini.. Setiap post/artikel saya ikuti sebelum ini.. Namun setelah beberapa lama saya sepi daripada dunia blog ni, hari ni saya kembali menjenguk blognya... Waa... jelesnya saya! Orang yang saya admire dah KAHWIN!


Saya bukan jeles dan tidak suka dia berbahagia dengan kehidupannya.. Cuma, jeles yang baik sebab beruntung muslimah yang dipilih sebagai zaujahnya adalah muslimah lagi solehah pada pandangan saya.. Pendek kata, pilihan dia tu berbaloi dan wajar utk kita jeles! Saya doakan moga kehidupan orang yang saya admire tu berbahagia dan cinta mereka hingga ke Syurga.. Amiin.. (Saya admire die bukan sebab fizikal, tapi suka idea dan setiap kisah yang dia kongsi. Fikrah yang jelas, serta punya pronsip yang tegas dalam hidup)..


Itu dunia blog... Teringat kembali kisah di facebook.. Betullah, alam maya ni memang BAHAYA jika kita tidak mampu mengawalnya.. Saya mudah admire orang, bukan jatuh cinta... tapi SUKA... Ada beza ke? Beza sangat tuhh! Di fb pun saya ada admire seseorang jugak.. Sebabnya, die sedang melalui proses dan fasa2 perubahan/hijrah dari zaman kegelapan ke zaman cahaya. Sebelumnya pakai 'bangles' dan hidup dalam dunia lagha.. tapi sedia untuk berubah dan berjinak-jinak dengan fikrah Islamiyyah. Alhamdulillah. Namun, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya... Rupa2nya pilihan hatinya wanita yang tidak bertudung. 


Pada mulanya saya tidak dapat menerima pilihannya itu... Bagi saya, kehebatan seorang lelaki dibelakangnya adalah 2 wanita hebat iaitu ibu dan isterinya. Jika dia betul2 ingin berubah, mengapa tidak realisasikannya di dalam kehidupan yang nyata??


Hidup ini adalah pilihan.. Namun, pilihlah yang terbaik untuk agamamu! Setiap orang punya ujian berlainan, kisah hidup yang berlainan... Maka sebab itu, jangan pernah kita bersangka buruk dan memperlekehkan pilihan dan jalan hidup orang lain. Baik buruk seseorang hanya Allah sahaja yang menilainya.. Kita berhukum pada zahirnya sahaja...


Bukan hal saya untuk menyelidik mengapa dia memilih wanita tidak bertudung sebagai pilihannya.. Namun, dari kejauhan saya berdoa moga dia mampu mendidik wanita itu sebagai muslimah solehah. Lelaki tidak semestinya memilih wanita solehah sebagai isteri, kerana dia sebagai imam jika sudah bersedia maka dia mampu mendidik isteri (makmum) nya kembali ke pangkal jalan.


Bagi perempuan, tidak digalakkan memilih suami yang tidak soleh... Wanita perlu dibimbing, bukannya membimbing suami.. Kelak bisa mengundang bencana. Begitulah kisahnya...

Namun kisahnya, bila agaknya penulis yang menulis ni nak kahwin??? Itulah persoalan yang kembali timbul.. Saya memang memilih, kerana saya ingin memilih IMAM yang bakal membimbing saya ke Syurga, bukan ke NERAKA!! Setiap kali hati terdetik, bila agaknya dan siapa agaknya jodoh aku... saya sentiasa ingat pada janjiNya...


Allah swt berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" (Al-Mukmin:60)

 
Sungguh, Allah tidak akan menghampakan hambaNya.. Allah mungkin tidak memberi apa yang kita hajati, namun Allah memberi apa yang kita perlukan sebenarnya! Allah punya waktu dan perancanganNya yang tersendiri. Jadi bersangka baiklah padaNya. Raih cintaNya dahulu, insyaAllah Allah akan hantar orang yang kasih pada kita yang juga kasih padaNya kerana Dia cintakan kita.. Subhanallah!

Read More......

Yakin pada Allah..

Salam and good day!




Alhamdulillah, rupanya 'bernyawa' lagi blog saya nih..hehe..
Kebetulan malam ni diberi kudrat olehNya untuk update blog orang, jadi apa salahnya update blog sendiri nih..




Saya sukakan motivasi dan kata2 hikmah yang bisa mengajak kita untuk sentiasa positif dan dekat padaNya.
Dalam hidup kita ni, tanpa Allah sebagai pelindung dan pegangan kita.. sia2 hidup kita tanpa pedoman! Na'udzubillah... 




Dah setahun saya punya akaun facebook.. Setahun ni banyak pengalaman suka duka, pahit manis dll lah.. Sukar untuk diterjemahkan dengan kata2. Banyak yang saya kongsikan di facebook. Senang nak update.. Rasenye kalau lah blog ni senang nak update, insyaAllah hari2 saya update :))




 Sekarang ni dah pukul 11mlm lebih... Sebelum merehatkan diri mengecas tenaga untuk menghadapi hari esok (andai diberi umur olehNya lagi).. Saya ingin kongsikan suatu kata2 yang merupakan asas dan tunjang keimanan kita kepadaNya..






Sebagai seorang hamba kepadaNya, siapa kita untuk memaksaNya 'menerima' dan 'mengikut' segala kehendak kita. Segala yang kita jalani adalah demi mencari redhaNya. Segala yang datang dari Allah, maka ianya adalah BAIK buat kita. Hidup ini merupakan siri ujian. Ujian yang didatangkanNya pelbagai bentuk. Susah, senang, suka, duka.. Itulah lumrah kehidupan. WAJIB kita sebagai hamba menerima semua itu dan menjadikan Allah tempat kita berlindung dan berharap. 



Allah Taala berfirman yang bermaksud: ”Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada kamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah: Ayat 186)

Read More......

Hamza Namira - Ehlam Ma'aya - Dream with Me | حمزة نمرة - احلم معايا


Salam and good day!
 
Suka dan tenang dengar lagu indah ini.. Bagus untuk motivasi diri. Sekali jatuh, bukan bermakna jatuh selama2nya. Bangkitlah! Yang penting, orang yang menjadikan Allah sebagai pelindungnya PASTI tidak akan kecundang, kerana Allah Maha Melindungi dan KASIH pada hambaNya yang mengadu padaNya.. ♥


Berani bermimpi malam-malam kita akan berubah menjadi ribuan siang untuk terus berkarya mengejar mimpi kita... Tidak peduli berapa kali kita gagal, kita pasti mampu untuk bangkit lagi... :))
 




EHLAM MA3AYA (Dream With Me)
By Hamza Namira

Dream with me
Of a tomorrow that’s coming
And if it doesn’t come
We’ll bring it ourselves
We’ll stride upon this path
Our many footsteps will lead us to our dream

Dream with me
Of a tomorrow that’s coming
And if it doesn’t come
We’ll bring it ourselves
We’ll stride upon this path
Our many footsteps will lead us to our dream

No matter how many times we fall
We’ll be able to rise again
Find the way through,challenge and defy the dark clouds
We’ll find our night transformed into a thousand days

Only if we dream
No matter how many times we fall
We’ll be able to rise again
Find the way through,challenge and defy the dark clouds
We’ll find our night transformed into a thousand days

Only if we dream
Dream with me my friend
Our footsteps will shorten the distance
I care about innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us

Now matter how long the journey becomes
Even if we become lost,my friend
Our reunion will rally us towards our dream

Toward our dream
Toward our dream
Toward our dream
Toward our dream
Toward our dream
Toward our dream
Toward our dream
Only if we dream

Read More......

Opick Tiada Duka Yang Abadi (lirik)

Tiada duka yang abadi..
 Percayalah, di sebalik setiap ujian, ada hikmah terselindung untuk mendekatkan diri kepada Pencipta.
Allah kasih pada hambaNya yang merintih dan mengadu padaNya. Allah Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3]



Read More......

Cahaya atas cahaya...

Salam and good day!



- Ya Allah, dengan cahayaMu aku berlindung bagi menerangi hidupku.. Bantulah aku Ya Allah!  -



Dipetik dari SINI


Perhatikan bagaimana sebuah lampu pelita menyala. Ia perlu sebuah kaca pelindung supaya tidak tertiup angin agar api kecilnya tetap menyala. Ia selalu minta diisi minyak oleh orang lain sebagai sumber bahan bakarnya.


Inilah gambaran orang baik yang memberi manfaat cahaya kepada sekitar, akan tetapi ia sesungguhnya lemah. Ia selalu memerlukan orang lain yang melindunginya. Ia selalu memerlukan minyak pujian, penghargaan, pengakuan, belas kasihan, dan perhatian orang lain. Ketika tidak ada minyak itu maka lampu pelitanya padam. 


Akan tetapi cahaya yang abadi adalah apabila minyaknya bukan dari Timur atau dari Barat, akan tetapi ia menyala dengan sendirinya. Karena sumber cahayanya bersumber dari Cahaya diatas Cahaya.


Itulah perbedaan antara orang yang berbuat baik tapi bergantung kepada manusia, dan orang yang berbuat baik tetapi bergantung pada Allah. Kita termasuk yang mana?


“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah misykat, yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu bagaikan sebuah bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi. Yaitu pohon zaitun yang bukan dari timur atau dari barat, yang minyaknya menyala walaupun tidak disentuh api. Cahaya diatas cahaya, Allah membimbing kepada cahaya-Nya bagi siapa yang dikehendaki. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Annur: 35)



Read More......

Cukuplah Allah sebagai pelindungku!

Salam and good day!


“Cukuplah Allah tempat aku berlindung, dan Allah sebaik-baik memberi perlindungan”





Ingin berkongsi kisah benar anak muridku, Amirul 9 tahun.. :)



Suatu malam yang hening…

Amirul: Bismillahirrahmaanirrahiim… (Mulutnya terkumat –kamit mengucap syahadah, membaca Al-Fatihah dan Ayat Kursi)

Saya ketika itu sibuk memeriksa seluruh kelas sebelum menutupnya untuk pulang. Dia dan adiknya masih belum balik. Pelajar yang lain semuanya dah pulang. Dalam hati terdetik, bagusnya budak ni.. Berzikir ingatkan Allah sementara menunggu ibu.. Agaknya kene hafal untuk tugasan kat sekolahnya kot..

Cikgu: Amirul, kenapa ibu tak mari lagi..? (Saya ‘mengganggu’ zikirnya…)
Amirul: Kita tak tahu cikgu… (Matanya berair sambil memandang saya)
Cikgu: Eh, awak menangis ke..? Kenapa?
Amirul: Kita takut cikgu.. (Suaranya tersekat-sekat)

Dalam hati… patutlah zikir banyak2.. Alhamdulillah. Sejuk hati cikgu.

Cikgu: Mai sini dekat cikgu… Takpe, cikgu telefon mak awak okey..? (Tersenyum)


“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.” (Al-Baqarah:152)


Read More......