...Memohon HidayahNya...

"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Daqmie - Tangis Sebatang Tamar (Official Music Video)








Kisah tangisan sebatang tamar yang menangis kerana akan digantikan yang baru kerana rindu kepada Rasulullah SAW. Batang tamar itu menjadi tempat Nabi SAW bersandar di mimbar.

Sekarang ini banyak kisah manusia yang menghina Junjungan Mulia Nabi SAW, andainya mereka tahu betapa mulianya kasih sayang dan rindu mereka kepada Nabi SAW..pasti tiadalah yang berani berlaku hina begitu. Ya Allah, ampuni segala dosa2 kami.. kurniakan kami redhaMu dan syafaat baginda SAW.. Laukana bainan

Read More......

Bibik!

Salam and good day!




Subhanallah... tersenyum gembira saya saat ini diizinkan Allah untuk terus menulis.. Alhamdulillah! Di kala kekangan sumber, masa dan idea.. akhirnya tergerak juga diri ini berkongsi kisah2 untuk dijadikan iktibar. Saya suka berkongsi kisah2 suka mahupun duka untuk dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita. Sudah setahun rupanya blog ini tiada nukilan2 yang bukanlah bagus sangat pun jika dibandingkan dengan kisah2 yang lain...

Buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali..

InsyaAllah akan ku ingat pepatah ini sampai bila2.. Alkisahnya, hampir setahun saya melihat dari jauh seorang bibik. Orang gaji yang berasal dari Indonesia ini (saya lupa asalnya dari mana) berperwatakan agak warak bagi saya.. iya, jika dibandingkan dengan bibik2 lain yang pernah saya kenal sebelum ini. Saya namakan dia Bibik M.

Sudah menjadi adab bagi saya untuk menghormati orang yang lebih tua, walaupun kerjayanya orang gaji, ataupun pengutip sampah! Saya sentiasa berpesan pada anak2 murid saya (terutamanya anak majikan bibik tersebut) untuk menghormati orang yang lebih tua, tanpa mengira darjatnya. Jangan suka hati meninggikan suara dan membantah. Mahu diikut segala yang cikgu ini nasihatkan..terpulang.. saya hanya mampu berdoa...

Oleh kerana majikan bibik ini merupakan seorang hartawan dan agak rapat dengan saya... jadi selalulah saya dijemput ke majlis2 yang dibuatnya. Terakhir adalah majlis tahlil yang diadakan di masjid berhampiran rumahnya. Memang 'lain' suasana bila bergaul dengan orang kaya.. memang sangat JAUH dengan jiwa ini. Namun, demi untuk memenuhi undangan, saya teruskan jua memenuhi undangannya.. Siapa sangka, Bibik M ini lah 'teman rapat' saya di majlis tersebut. Saya sukakan kesederhanaan dan kewarakannya yang pernah bekerja di negara teluk..serta mahir berbahasa Arab.. Pendek kata, tak perlulah saya menjadi 'kaya' untuk sama2 bergaul dengan orang kaya.. cukuplah dengan kesederhanaan ini..

Selepas itu, setiap kali berjumpa atau terserempak kami sentiasa bertegur sapa.. bulan berganti bulan.. Akhirnya sebulan yang lepas, Bibik M tiba2 mendekati saya ketika saya sedang berehat di luar pejabat selepas kelas tamat. Banyak yang dikongsi berkenaan masalah yang dihadapi di rumah majikannya. Siapa sangka, dia juga bertanya bagaimana untuk keluar dari Terengganu. MasyaAllah, saya tidak mahu meneka apa masalah yang dihadapinya... malah, jauh sekali untuk bersangka buruk dengan majikannya itu. Maklumlah, saya kenal (walaupun tidak kenal secara mendalam) majikannya itu. Saya hanya menjawab segala persoalannya tanpa syak wasangka. Namun, saya berdoa moga Bibik M dipermudahkan segala urusannya.. InsyaAllah.

Selepas itu, Bibik M mula mendekati saya.. mungkin 'terlalu baik' bagi saya. Sebenarnya, saya  sentiasa memastikan jurang2 tertentu dengan sesiapa sahaja yang masuk dalam kehidupan saya.. terutamanya orang asing.. Namun, Allah sentiasa memberikan firasat kepada kita dalam menghadapi hidup ini. Mulai selepas itu, sentiasa saja ada perasaan kurang enak tiap kali Bibik M mendekatiku..

Bibik M sentiasa datang ke pejabatku di kala saya keseorangan.. ada saja yang ingin dibantunya.. tolong kutipkan sampah.. walaupun sudah beberapa kali dihalang, kerana biarlah saya saja yang bersihkan pejabat saya.. pernah juga dia beria-ia mahu saya kumpulkan semua buku2 terpakai yang ingin dibuang kerana dia ingin jualkan sekaligus.. namun, positifnya..bagus juga kerana tidak perlulah saya angkut buku2 terpakai yang berlambak di pejabat tu ke kilang recycle di KT.

Selepas itu, diberikannya saya barangan alatulis yang siap di packing untuk dijual kepada anak2 murid.. RM2 agak mahal bagi saya untuk dijual.. saya juga tidak bertanya dari mana datangnya barang2 itu. Namun, bersangka baik.. mungkin bibik itu rajin beli barang2 dan membungkusnya untuk mendapat duit lebih.. InsyaAllah, saya cuba bantu selagi termampu.. pada mulanya kuantiti barangan sekitar 7 paket.. lama kelamaan2 makin meningkat.. aduh, pening jugak fikir bagaimana mahu jual kesemua barang2 itu. Barang2 yang diberi untuk dijual itu bukannya menguntungkan saya.. tapi, sekadar mengambil hatinya untuk tolong bantu dia menjual...

Kemuncaknya kisah Bibik M adalah pada 2 minggu yang lepas... setiap awal bulan memang saya sibuk kerana waktu itulah ibubapa akan berjumpa saya untuk membayar yuran kelas. Setelah selesai ibubapa 'mengerumuni' saya untuk membayar yuran pada hari itu.. saya pun siap2 untuk memulakan kelas... tiba2 Bibik M muncul tanpa diduga...

"Wah.. banyak duitnya.. mari lah sikit duitnya itu.."

"errkk... apa dia?" tanyaku kembali seperti tidak mendengar..

"marilah sikit duitnya.. mau pinjam.. RM10 cukuplah.. nak beli topup..." katanya bersahaja

Tiba2 darahku menyirap... tak tahulah nak marah ke... terkejut ke... takut ke.. entahlah.. Aku pun buntu mahu bagi alasan apa. Sebenarnya, bukan tidak mahu membantu orang yang dalam kesusahan.. Namun, nak buat baik kena beringat! Jangan sampai diperdayakan.. Astaghfirullah...

"Macam ni lah.. saya bayar barang2 yang bibik beri ni.. tak payah pinjam lah.. saya beli kesemuanya" 

"errr..ooo.. kalau begitu RM20 lah ya kesemuanya..." dia pun kaget dengan kata2ku..

"Lepas ni saya tak mahu lagi barang2 untuk dijual.. ini yang terakhir.." kata2ku tegas.. RM20 untuk barang2 itu memang tidak berbaloi.. Namun, CUKUPLAH! Bukan mudah untuk membina kepercayaan, namun dalam sekelip mata sahaja segala kepercayaan bisa lenyap..!

"ohh..baiklah.. terima kasih yaa..." dia segera berlalu..

Kasihan pelajarku hari itu.. memang "tak betul" sekejap emosi dan fikiranku hari itu marah memikirkan hal yang telah berlaku..

Hari ini.. daku dikhabarkan Bibik M telah dihantar ke Indonesia.. Rupanya banyak kisah2 kurang enak yang berlaku di luar pengetahuanku sebelum ini.. Daku menerima berita itu dengan 'kosong'...

Allah itu Maha Adil.. Dia juga Maha Mengatur segala agenda kehidupan ini.. Allah Ya Bari'.. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. malah tiap2 kejadian itu merupakan peringatan buat kita untuk terus istiqomah berbuat baik dan mengharap redhaNya.. Daku tidak berdendam dengan Bibik M..malah kasihan dengan orang tua itu. Mungkin hidupnya susah, membuatkan dia terpaksa bertindak demikian. Tiba2 daku teringat dengan kata2 hikmah;

Pelaris perniagaan adalah AMANAH,
Pelaris rezeki adalah TAQWA.

Sungguh! Semakin dekat kita padaNya.. semakin kasih Dia kepada kita. Akan dipermudahkan segala urusan kita.. dimurahkan rezeki... dilapangkan dada.. bermacam2 kelebihan lagi.. hanya yang merasai tahu ajaibnya bercinta dengan Kekasih Sejati ini...

Bibik M, daku doakan moga dirimu sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya.. Ya Allah, bantulah dia untuk menjadi muslim sejati dan hambaMu yang dikasihi. Cukuplah perkenalan ini mengajar untukku sentiasa waspada dan tahu hanya Allah tempat mengadu. Walaupun hina pada pandangan manusia, jangan hina di sisi Allah..!

Read More......

Sayangilah makhluk Allah di dunia.. pasti kita disayangi makhluk langit..

Salam and good day!



Saya boleh dikategorikan salah seorang INFJ. Tak perlu saya cerita panjang lebar psl  kategori ni.. Cuma uniknya orang INFJ ni sukar dicari dan dan hanya 1% manusia tergolong kategori INFJ. Saya tidak katakan saya ni pelik or whatsoever... cuma betul atau tidak, itu hanyalah kajian manusia yang boleh jadi betul atau salah.. Hanya kalam Allah sahaja yang selayaknya betul dan benar.

Orang INFJ amat sensitif dan setiap perbuatan penuh dengan kehalusan dan pengertian.. actually, saya pun tak reti mcmana nak explain pasal diri saya nih.. 

Hari ni saya menerima SEEKOR tetamu yang dihantar olehNya.. Entah dari mana, tiba2 seekor kucing putih kurus masuk ke dalam kelas saya... Ketika itu saya baru memulakan kelas. Saya yang pertama melihat kelibat kucing itu terus berkata.. "eh sayangggg..."

Anak murid terkejut tiba2 saya seperti excited mengucapkan "sayang"..hehe.. "cikgu kabo saang pada sape??" "bakpe cikgu panggil kucing tu sayang" "oooo.cikgu sayang kucing ehhh" ... mcm2 kata2 anak2 murid respons daripada ucapan sayang saya itu.. anak2 murid mmg perhati perbuatan dan pertuturan kita.. dan "scan" serta serap sebagai panduan mereka.. menjadi tanggungjawab guru untuk mnjawab segala persoalan sebaiknya dan penuh hikmah.

Saya kebetulan tidak membawa bekal makanan.. Jadi terpaksa "memaksa" anak murid yang tinggal sebelah pejabat saya untuk membawa nasi dan ikan untuk diberikan kepada kucing itu. Alhamdulillah, ia makan penuh bahagia.. Selesai makan ia masuk kembali ke dalam kelas dan tidur.. Melihat gelagatnya sudah memberikan ketenangan dan semangat buat saya..

Seharian berada di kelas saya membawa dirinya.. kadang2 anak2 murid bergurau senda dengan kucing itu.. Hari ini kehadiran kucing putih misteri itu menyerikan kelas saya.. ramai yang tertarik, kasihan, geli... mcm2 gelagat lagi yang  dapat saya perhatikan. Kelas berakhir pukul 9.30 mlam.. kesemua pelajar dan guru telah pulang. Setelah memeriksa kesemuanya, saya pun bersiap pulang. Kucing itu, yang saya namakan Puteh seperti memberitahu saya supaya jangan tinggalkannya.. berkali-kali saya terpaksa keluar dari kereta kerana Puteh duduk dekat dengan kereta, bimbang terlanggarnya.. Terlintas di fikiran untuk membawanya pulang.. tapi mungkin banyak mudaratnya.. 


Ketika menaip post ni, saya nekad untuk membawanya pulang ke rumah. Saya yakin ia tidak bertuan.. Memang tak boleh tidur saya memikirkannya..! Jika betullah saya yang dipilih untuk menjaganya, insyaAllah Puteh akan tetap setia menunggu saya di pejabat esok.. Jika saya tidak mampu menjaganya, ada orang lain yang lebih layak menjaganya. Rezeki Allah yang kurniakan.. Dia Maa Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas tiap2 satu ciptaanNya.. Allah Maha Pemberi Rezeki.. Kita sebagai makhlukNya sentiasa mengharap dan mendambakan kurnianNya..

Bila melihatkan kucing yang yatim piatu itu, terfikir saya bagaimana keadaan manusia yanh terpaksa hidup sorang2 tanpa teman dan keluarga.. Kita yang memiliki segalanya WAJIB bersyukur dan menjaga sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan.. Kehadiran kucing itu amat menyentuh hati dan fikiran saya.. Bercucuran airmata bila muhasabah kembali segala dosa2 lalu dan memikirkan kehidupan di sana kelak.. Allahurabbi..

Kesimpulannya, kita tidak mampu mengawal dan menjaga segalanya, kerana kita adalah makhluk yang tiada berkuasa.. Sebaliknya hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya, Maha Sempurna, Maha Agung, Maha Merancang agar kita sentiasa di dalam jagaanNya.. Amiin.. Moga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayahNya serta istiqomah melakukan kebaikan. Allah suka dan sayang kepada orang yang penyayang.. doa orang penyayang mudah dimakbulkan jika dekat padaNya.. Moga kita menjadi hamba yang sentiasa dekat padaNya dan diredhaiNya... Amiin..

Lega rasanya dapat pujuk diri memikirkan keadaan dan kehadiran kucing itu.. Alhamdulillah. Moga Puteh dalam jagaanNya.. panjang umur, ada jodoh.. dapatlah saya jaga Puteh! 

Read More......

Pening weih!

Salam and good day!


Alhamdulillah akhirnya dapat jugak buka akaun blogger ni. Ya Allah, berdebar bukan main sebab saya lupa password akaun... Actually, saya yang lupa, ataupun sistem google, gmail dan yahoo yang confuse dengan akaun2 dan password2 saya yang berlainan ni..? Hampir seminggu godek2 akaun dan menjawab segala persoalan security blogger ni.. Akhirnya dapat juga buka akaun blog ni.. Namun, nak update kene pinjam laptop orang, tak boleh update dengan tab ku! Takpelah, mane2 lah asalkan senang hati.. Bila guna Android ni, tahap security lebih tinggi, jadi kene banyak hati2.. JANGAN lupa password! Ok, satu pengajaran buat saya :))



Read More......

Januari yang istimewa!

Salam and good day!

Nak menangis rasenye artikel yang saya taip berjela-jela tapi hilang sekelip mata! uwaaaaa... Maklumlah sebelum ni expert guna laptop.. Kali ni guna tab pulak... Mane tak jakun jadinye... Actually, saya bukan main lagi nak bercerita kisah2 bulan Januari... Namun, beginilah nasibnye...

Hampir 3 bulan saya kehilangan laptop.. Rumah dipecah masuk.. Saya dan family ketika itu di KL menghadiri majlis perkahwinan sepupu.. Dah takde rezeki, redha dengan kehilangan.. Jika kita rasa susah, orang lain lagi susah. Saya hanya hilang laptop, ahli keluarga lain kehilangan barangan yang lebih berharga. Namun, Alhamdulillah ahli kelurga semuanya selamat..

Tanggal 14 Januari secara rasminya galaxy tab 2 berada di tangan saya.. Alhamdulillah! Dah lama saya mencari2 gajet untuk memudahkan kerja peribadi dan jemaah... Moga rezeki tab yang Allah beri pinjam ini digunakan sebaiknya dan beramanah.. insyaAllah. Pendek kata, jika segalanya kerana Allah pasti akan Allah bantu dan lindungi... Sekarang ni masih dalam proses 'mengenali'...hehe.. Hari2 keje memang sibuk, susah nak ambik masa menggodek2 tab ni... Weekend pula berprogram... Malam2 je ade masa untuk update.. Pukul 2 pagi baru tido.. Hishhh...lain pulak jadinye...

Tahun ni tahun ke-32 kelahiran saya.. Alhamdulillah, masih diberi peluanng olehNya untuk terus menumpang di bumi ini.. Moga Allah sentiasa memeliharaku.. Amiin.. Tahun baru disambut dengan sakit yang berlarutan hampir 2 minggu..  Demam dan batuk yang melanda amat mengganggu semangat dan emosi.. Sekarang dah makin pulih.. Madu dan limau nipis menjadi teman setia.

Dalam sakit2... Sebenarnya masih ragu2 untuk hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR-KL 112. HKR ni merupakan ibu segala himpunan. Namun, Alhamdulillah Allah pilih saya turut serta ke sana! 12 Januari di Stadium Merdeka takkan ku lupakan. Tiada provokasi dan ancaman... Semua pihak bekerjasama sebaiknya.. Walaupun penganjur dicekik dengan sewa stadium rm100k, namun sumbangan para peserta sebanyak hampir rm300k memang menakjubkan! InsyaAllah,PRU-13 ini bakal menyaksikan sejarah baru perubahan rakyat bangkit menentang kezaliman dan penindasan kerajaan! Sejaran membuktikan, kerajaan yang bobrok tidak akan bertahan lama.. Kerana itulah jnji Allah.. JanjiNya pasti benar... Kebenaran akan muncul jua. Moga Islam yang menang! Takbir!

10 Januari pasti tidak dilupakan... birthday Mursyidul Am PAS, TGNA.. Walaupun jauh langit dan bumi saya dengan tok guru, namun birthday sama ni sekurang2nyaboleh juga saya ambil aura tok guru :)

Istimewa Januari kali ini moga memberi sinar harapan dan kebahagiaan kepada saya di  masa akan datang.. InsyaAllah. Dokan saya teman.. Walapun kita saling tidak mengenali.. Doa kalian amat saya harapkan... Moga kita sentiasa di dlm rahmat dan kasih sayangNya.. Amiin...

Read More......

Aku masih di sini!

Salam and good day!


Alhamdulillah.. Akhirnya dapat jua mencoret di dalam blog ini sejak sekian lama... laptopku dicuri! InsyaAllah akan saya update pengalaman dan cerita2 menarik lepas ni.. Rezeki dari Allah yang diberiNya untuk saya gunakan untuk sebarkan kebaikan..

Doakan teman2.. moga saya terus diberi kekuatan dan kelapangan olehNya...

Ketemu lagi post yang akan datang.. insyaAllah :))


Read More......

Alangkah Indah Hidup Ini Jika Segalanya kerana Allah!


Salam and good day!

Hidup ini adalah pilihan.. Jika bahagia yang dipilih, maka berbahagialah!


Setiap hari saya akan buka facebook untuk menambahkan ilmu bacaan dan isu semasa. Alhamdulillah banyak perkongsian, pengalaman dll sepanjang memiliki akaun facebook ni.. Yang penting kena pandai jaga diri dan muamalat di alam maya. Bukan untuk bermuka-muka.. Sebab kadang-kadang keterujaan dan semangat berkobar-kobar bisa ‘membutakan’ dan membinasakan. Sebagai perempuan, da’ie dan hamba kepada Allah… Sudah tentu pandangan Allah yang kita utamakan. Pada masa yang sama, kita ingin mengajak orang kepada kebaikan, sudah tentu kita juga turut serta membaikkan diri kita (walaupun tidak sempurna).

Sedang khusyuk membaca status facebook, tiba-tiba ada seorang pemuda pm saya… “Ambe minta maaf segala salah silap. Walaupun raya dah lama habis, nak mintak maaf jugak atas terkasar bahasa tempoh hari.. Mana tau, nanti tak sempat nak minta maaf dah.. ”

Terkejut jugakdapat pm dari sahabat ni.. Tak sangka dia minta maaf atas kejadian beberapa bulan yang lepas…

Tiba-tiba fikiran saya menerawang kepada kejadian yang berlaku tersebut….

Saya kebetulan menghadiri dan bertugas untuk satu program. Dan ketika itu, program telah tamat dan saya pun beransur untuk pulang. Namun, dari kejauhan saya perasan seorang pemuda (pemuda tersebut) meluru ke arah saya.. Saya hanya mampu tersenyum ‘menyambut’ kehadiran pemuda tersebut.. curious kenapa pemuda tu mari pada saya… belum sempat berkata-kata….

“Kenapa….. dok reti ke….. bla bla bla” tiba-tiba saya diserang! Senyuman saya sebelum itu kembali kendur… hanya kerutan di dahi dan ‘kekejangan’ mulut daripada berkata-kata.. Selepas saya dimarah tanpa usul periksa itu, pemuda tersebut terus berlalu dan melakukan tugasnya.. saya yang terkulat-kulat menahan marah dan membebel keseorangan.. Kebetulan seorang kakak yang ‘bersama’ ketika saya dimarah turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana kejadian tersebut… Ini tidak adil!! Saya adalah mangsa keadaan… Mengapa saya yang dimarahi dan dipersalahkan atas kesalahan dan kecuaian pihak terbabit..???

Kejadian tersebut saya simpan kemas tanpa dendam… Cuma hanya berkongsi dengan seorang sahabat yang mengenali pemuda tersebut.. Saya seorang yang takkan melupakan ‘kejahatan’ atau kebaikan yang orang lakukan pada saya… Namun, saya bukan seorang pendendam.. Pendek kata, memaafkan tidak semestinya melupakan..

Saya menjawab pm pemuda itu (tanpa rasa was-was)… “Saya dah lama maafkan.. Walaupun bukan salah saya, perkara biasa aje.. Takde apa2 lah..” … “tq, jazakillah” jawabnya balik..

Alangkah indahnya hidup ini tanpa dendam dan hasad dengki… Saya kagum dengan pemuda tersebut yang berani meminta maaf pada saya.. Maknanya dia sedar akan kesalahannya.. Marah tidak bertempat dan tanpa usul periksa.. Bukan senang seorang lelaki minta maaf! Ego mereka umpama maruah mereka.. Dan saya tidak berniat untuk memanjangkan peristiwa tersebut.. Tak ingin bercerita segala benda yang tidak berkenan di hati.. Biarlah dia dan sahabat-sahabatnya mencari jalan penyelesaian.. Jika pendapat saya yang diperlukan, ya… saya sudi untuk member pandangan dan cadangan seikhlasnya..

Memang berbeza memiliki kawan dan sahabat.. Kawan banyak saya jumpa merata-rata.. Namun, sahabat saya hanya bisa ketemu di dalam jamaah! Bergaduh dengan sahabat tidak sama bergaduh dengan kawan.. Itulah indahnya jika hidup kita ini segala-galanya kerana Allah.. Memaafkan kerana Allah. Meminta maaf kerana Allah.. Menegur kerana Allah.. Berkasih sayang kerana Allah! Subhanallah!

Kawan2.. Sahabat2 semua.. Diri sendiri.. Moga kita menjadi orang yang bersyukur. Sentiasa memperbaiki diri menjadi hambaNya yang taat dan kasih padaNya.. Rahmat Allah tidak akan pernah terhitung banyaknya oleh kita.. Jika kita benar-benar ingin hidup dan mati kerana Allah, PROVE IT!!


Read More......