Salam and good day!
Suke la baca artikel ni.. Really inspiring me, insyaAllah. "Cinta akan mencari manusia. Jangan manusia yang mencari cinta" (Dr Yusuf Al Qardhawi) .. Maksudnya, jangan terhegeh-hegeh sangat laaa.. Kalau dah jodoh takkan ke mananya.. Ye tak..? Ok, jom buat keje semangat skit! :)
---------------------------------------------------------------------------------
 |
| Di jalan dakwah aku menikah.... |
|
|
|
-Gambar Hiasan-
"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah.
Hari sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F".
Mesej ukhti Ira tiba-tiba muncul di ruangan
chatting Facebook. Agak berderau darah jantan aku apabila insan yang semakin aku pendam perasaan kepadanya menegur aku.
"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi
presiden Kelab Bidadari Syurga UKM. Tak silap saya awak pun dapat
anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena Bulan Dakwah kan?"
Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan
assignment yang berlambak depan mata. Sungguh bersemangat aku
chatting dengan
ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam. Pantang muamalat
muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam. Itupun aku
langgar.
Kerana apa?
Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?
"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" tanya
ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi tidak lena. Aku
mula rasa serba salah.
"Awak, awak...kenapa awak panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya?
Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan muslimat yang
lain?"
Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini?
Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam
dua muka? Mempunyai 2 identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan
sufi yang bertapa. Kala nafsu melonjak, ghairah aku untuk kembali jahil.
Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan.
Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia.
Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah. Tapi
lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula
membogelkan niat suci tadi.
Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak
kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja
dengan keasyikan berukhawah muslimin muslimat. Akibat terlalu asyik,
jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.
"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.
"................"
Tiada jawapan.
"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus
diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang.
Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara seislam
bertunjangkan rasa takut takut dan gentar kepada Allah. Kita orang
dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah
menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian
Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling
mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"
(al-Hujurat: 13)
TAKWA.
Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?
Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?
Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan
TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!
Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?
Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita
hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua
masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah
nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.
Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.
Copy dari
SINI.