"Hidup ini adalah pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk agamamu.. Allah sayang padamu!"

Daqmie - Tangis Sebatang Tamar (Official Music Video)








Kisah tangisan sebatang tamar yang menangis kerana akan digantikan yang baru kerana rindu kepada Rasulullah SAW. Batang tamar itu menjadi tempat Nabi SAW bersandar di mimbar.

Sekarang ini banyak kisah manusia yang menghina Junjungan Mulia Nabi SAW, andainya mereka tahu betapa mulianya kasih sayang dan rindu mereka kepada Nabi SAW..pasti tiadalah yang berani berlaku hina begitu. Ya Allah, ampuni segala dosa2 kami.. kurniakan kami redhaMu dan syafaat baginda SAW.. Laukana bainan

Read More......

Bibik!

Salam and good day!




Subhanallah... tersenyum gembira saya saat ini diizinkan Allah untuk terus menulis.. Alhamdulillah! Di kala kekangan sumber, masa dan idea.. akhirnya tergerak juga diri ini berkongsi kisah2 untuk dijadikan iktibar. Saya suka berkongsi kisah2 suka mahupun duka untuk dijadikan pengajaran dan iktibar untuk kita. Sudah setahun rupanya blog ini tiada nukilan2 yang bukanlah bagus sangat pun jika dibandingkan dengan kisah2 yang lain...

Buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali..

InsyaAllah akan ku ingat pepatah ini sampai bila2.. Alkisahnya, hampir setahun saya melihat dari jauh seorang bibik. Orang gaji yang berasal dari Indonesia ini (saya lupa asalnya dari mana) berperwatakan agak warak bagi saya.. iya, jika dibandingkan dengan bibik2 lain yang pernah saya kenal sebelum ini. Saya namakan dia Bibik M.

Sudah menjadi adab bagi saya untuk menghormati orang yang lebih tua, walaupun kerjayanya orang gaji, ataupun pengutip sampah! Saya sentiasa berpesan pada anak2 murid saya (terutamanya anak majikan bibik tersebut) untuk menghormati orang yang lebih tua, tanpa mengira darjatnya. Jangan suka hati meninggikan suara dan membantah. Mahu diikut segala yang cikgu ini nasihatkan..terpulang.. saya hanya mampu berdoa...

Oleh kerana majikan bibik ini merupakan seorang hartawan dan agak rapat dengan saya... jadi selalulah saya dijemput ke majlis2 yang dibuatnya. Terakhir adalah majlis tahlil yang diadakan di masjid berhampiran rumahnya. Memang 'lain' suasana bila bergaul dengan orang kaya.. memang sangat JAUH dengan jiwa ini. Namun, demi untuk memenuhi undangan, saya teruskan jua memenuhi undangannya.. Siapa sangka, Bibik M ini lah 'teman rapat' saya di majlis tersebut. Saya sukakan kesederhanaan dan kewarakannya yang pernah bekerja di negara teluk..serta mahir berbahasa Arab.. Pendek kata, tak perlulah saya menjadi 'kaya' untuk sama2 bergaul dengan orang kaya.. cukuplah dengan kesederhanaan ini..

Selepas itu, setiap kali berjumpa atau terserempak kami sentiasa bertegur sapa.. bulan berganti bulan.. Akhirnya sebulan yang lepas, Bibik M tiba2 mendekati saya ketika saya sedang berehat di luar pejabat selepas kelas tamat. Banyak yang dikongsi berkenaan masalah yang dihadapi di rumah majikannya. Siapa sangka, dia juga bertanya bagaimana untuk keluar dari Terengganu. MasyaAllah, saya tidak mahu meneka apa masalah yang dihadapinya... malah, jauh sekali untuk bersangka buruk dengan majikannya itu. Maklumlah, saya kenal (walaupun tidak kenal secara mendalam) majikannya itu. Saya hanya menjawab segala persoalannya tanpa syak wasangka. Namun, saya berdoa moga Bibik M dipermudahkan segala urusannya.. InsyaAllah.

Selepas itu, Bibik M mula mendekati saya.. mungkin 'terlalu baik' bagi saya. Sebenarnya, saya  sentiasa memastikan jurang2 tertentu dengan sesiapa sahaja yang masuk dalam kehidupan saya.. terutamanya orang asing.. Namun, Allah sentiasa memberikan firasat kepada kita dalam menghadapi hidup ini. Mulai selepas itu, sentiasa saja ada perasaan kurang enak tiap kali Bibik M mendekatiku..

Bibik M sentiasa datang ke pejabatku di kala saya keseorangan.. ada saja yang ingin dibantunya.. tolong kutipkan sampah.. walaupun sudah beberapa kali dihalang, kerana biarlah saya saja yang bersihkan pejabat saya.. pernah juga dia beria-ia mahu saya kumpulkan semua buku2 terpakai yang ingin dibuang kerana dia ingin jualkan sekaligus.. namun, positifnya..bagus juga kerana tidak perlulah saya angkut buku2 terpakai yang berlambak di pejabat tu ke kilang recycle di KT.

Selepas itu, diberikannya saya barangan alatulis yang siap di packing untuk dijual kepada anak2 murid.. RM2 agak mahal bagi saya untuk dijual.. saya juga tidak bertanya dari mana datangnya barang2 itu. Namun, bersangka baik.. mungkin bibik itu rajin beli barang2 dan membungkusnya untuk mendapat duit lebih.. InsyaAllah, saya cuba bantu selagi termampu.. pada mulanya kuantiti barangan sekitar 7 paket.. lama kelamaan2 makin meningkat.. aduh, pening jugak fikir bagaimana mahu jual kesemua barang2 itu. Barang2 yang diberi untuk dijual itu bukannya menguntungkan saya.. tapi, sekadar mengambil hatinya untuk tolong bantu dia menjual...

Kemuncaknya kisah Bibik M adalah pada 2 minggu yang lepas... setiap awal bulan memang saya sibuk kerana waktu itulah ibubapa akan berjumpa saya untuk membayar yuran kelas. Setelah selesai ibubapa 'mengerumuni' saya untuk membayar yuran pada hari itu.. saya pun siap2 untuk memulakan kelas... tiba2 Bibik M muncul tanpa diduga...

"Wah.. banyak duitnya.. mari lah sikit duitnya itu.."

"errkk... apa dia?" tanyaku kembali seperti tidak mendengar..

"marilah sikit duitnya.. mau pinjam.. RM10 cukuplah.. nak beli topup..." katanya bersahaja

Tiba2 darahku menyirap... tak tahulah nak marah ke... terkejut ke... takut ke.. entahlah.. Aku pun buntu mahu bagi alasan apa. Sebenarnya, bukan tidak mahu membantu orang yang dalam kesusahan.. Namun, nak buat baik kena beringat! Jangan sampai diperdayakan.. Astaghfirullah...

"Macam ni lah.. saya bayar barang2 yang bibik beri ni.. tak payah pinjam lah.. saya beli kesemuanya" 

"errr..ooo.. kalau begitu RM20 lah ya kesemuanya..." dia pun kaget dengan kata2ku..

"Lepas ni saya tak mahu lagi barang2 untuk dijual.. ini yang terakhir.." kata2ku tegas.. RM20 untuk barang2 itu memang tidak berbaloi.. Namun, CUKUPLAH! Bukan mudah untuk membina kepercayaan, namun dalam sekelip mata sahaja segala kepercayaan bisa lenyap..!

"ohh..baiklah.. terima kasih yaa..." dia segera berlalu..

Kasihan pelajarku hari itu.. memang "tak betul" sekejap emosi dan fikiranku hari itu marah memikirkan hal yang telah berlaku..

Hari ini.. daku dikhabarkan Bibik M telah dihantar ke Indonesia.. Rupanya banyak kisah2 kurang enak yang berlaku di luar pengetahuanku sebelum ini.. Daku menerima berita itu dengan 'kosong'...

Allah itu Maha Adil.. Dia juga Maha Mengatur segala agenda kehidupan ini.. Allah Ya Bari'.. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. malah tiap2 kejadian itu merupakan peringatan buat kita untuk terus istiqomah berbuat baik dan mengharap redhaNya.. Daku tidak berdendam dengan Bibik M..malah kasihan dengan orang tua itu. Mungkin hidupnya susah, membuatkan dia terpaksa bertindak demikian. Tiba2 daku teringat dengan kata2 hikmah;

Pelaris perniagaan adalah AMANAH,
Pelaris rezeki adalah TAQWA.

Sungguh! Semakin dekat kita padaNya.. semakin kasih Dia kepada kita. Akan dipermudahkan segala urusan kita.. dimurahkan rezeki... dilapangkan dada.. bermacam2 kelebihan lagi.. hanya yang merasai tahu ajaibnya bercinta dengan Kekasih Sejati ini...

Bibik M, daku doakan moga dirimu sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya.. Ya Allah, bantulah dia untuk menjadi muslim sejati dan hambaMu yang dikasihi. Cukuplah perkenalan ini mengajar untukku sentiasa waspada dan tahu hanya Allah tempat mengadu. Walaupun hina pada pandangan manusia, jangan hina di sisi Allah..!

Read More......